Ramadhan oh Ramadhan

Firman Allah di dalam surah al baqarah ayat 183 bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman..difardhukan atas kamu berpuasa sebagaimana difardhukan ke atas orang-orang sebelum kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa.."
Penulis terngiang-ngiang akan nasyid yang kerap menjadi 'penasihat' penulis tiap kali kedatangan bulan seribu bulan ini sejak ianya mula dimainkan di radio ikim.fm
ramadhan satu nasib tak serupa
peluangnya sama natijah berbeza
ramadhan mereka gembira cemerlang
mukmin berjasa diawal zaman
ramadhan kami malam terbuang
muslim berdosa di akhir zaman
mereka gembira kerana kedatangan mu
kami gembira dengan pemergian mu
malam mereka meriah disimbah nur al quran
tp malam kami muram bertemukan mu
mereka berlumba mengejar makrifat
tp kami lesu diburu nafsu
hati mereka bercahaya digilap takwa
jiwa kami gelap didera dosa
takbir mereka takbir kemenangan
hadiah mujahadah sebulan ramadhan
takbir kami lesu tak bermaya
tanda kalah lemah tak berdaya
puasa sekadar lapar dan dahaga
Moga-moga ianya bakal menjadi penasihat kepada sahabat yang lain juga...Selamat menjalani ibadah sepanjang Ramadhan dan moga kita termaktub dalam senarai orang yang bertaqwa tatkala konvokesyen akhir universiti ramadhan kelak...Insya Allah
Ulasan