Ramadhan 11, 12 & 13




Sekali lagi penulis dipanggil untuk memenuhi misi bersama pelajar INSEP...Segala puji bagiNya yang masih memilih penulis tergolong dalam golongan ini...meskipun dalam bulan kemuliaan ini. Bukanlah berpuasa itu menjadi halangan kepada agenda meneruskan perjuangan, bahkan ianya merupakan satu suntikan semangat kepada golongan muslimin yang berpuasa, dengan mengambil semangat dan iltizam para pejuang badar pada 17 Ramadhan, penulis beserta beberapa orang sahabat yang terpilih dengan ikhlas bergerak menuju ke lokasi di Savannah Hill, Ulu Tiram, pagi 11 Ramadhan.

Ketibaan di halaman banglo mewah itu hanya disambut oleh KK yang berkebetulan telah tiba lebih awal. Seqadar berbicara sedikit dan kemudiannya masuk ke bilik penginapan untuk meluruskan tubuh di pembaringan buat sekejap cuma.

Kami kemudian bergerak ke dewan. Sudah siap segala peralatan yang diperlukan. Pelajar hanya tiba selepas jam 12.30 tengahari. Dewan telah dipenuhi dengan kerusi pelajar. Sepatutnya kerusi ini dikeluarkan kerana xtvt bersama kami lebih menyenangkan dengan dewan dikosongkan ruang tanpa sebiji kerusi pun...

Taklimat bersama Penyelaras program membuka bicara pada tengahari itu. Wajah-wajah lesu dan kurang bersemangat jelas terpapar di kalangan peserta. Kemana menghilang semangat 17 Ramadhan itu?

Solat Zuhur dan Asr secara jama' taqdim dan qasr telah mewujudkan sejarah kerana imam lantikan membaca secara jahr...meskipun telah cuba diingatkan dengan kalimah SUBHANALLAH ..namun ia terus dibaca .. hatta untuk rakaat pertama Asr....mungkin kerana gabra atau kerana lupa ..moga ia menjadi iktibar kepada semua ..

Usai solat ialah acara bersama Mentor yang mengendalikan ice breaking .. Terkandung di dalamnya berkaitan ajaran EFT .. tepukan .. dan penulis membantu untuk acara konduktor .. saya ada bola...bola saya besar ...huhuhuhu

Acara petang ialah acara padang,dimana peserta diminta menyeberangi sungai asid dengan hanya menggunakan beberapa keping tikar getah. Satu kumpulan seramai 11-13 orang dan ada 10 kumpulan yang terlibat. Pelajar perempuan telah berjaya menyeberang terlebih dahulu manakala pelajar lelaki menyusul kemudian. Selepas mendapat refleksi, iaitu hasilnya ialah kerjasama, bagaimana hendak menyelesaikan masalah dalam keadaan kritikal dan sebagainya, kesemua ahli menunggu waktu berbuka. Penulis sempat mandi manda dan begitu juga dengan sahabat fasi lain ..

Menjelang Maghrib, kami sebilik agak lewat keluar...tatkala kaki melangkah masuk ke ruang makan, hampir kesemua peserta dan fasi sudahpun menikmati juadah iftaar...adakah mereka tercepat atau bagaimana? Nasi berlauk ayam dan ikan serta sayur menjadi juadah hari ini

Solat Maghrib hari itu ditakkhirkan ke waktu Isya...namun sekitar jam 7.45 am hampir kesemua peserta sudah selesai dengan juadah iftaar mereka. Duduk semula di pembaringan selepas iftaar agak kurang selesa kerana menunggu waktu Isya' berkunjung tanpa menunaikan solat Maghrib ...bukannya ditinggalkan tetapi ditakkhirkan ..

Solat Maghrib dan isya' ditunaikan sebaik sahaja masuk waktu Isya. Kemudian diikuti oleh tarawih dan sebelum witr, kami dihidangkan dengan tazkirah berkisar mengenai taqwa yang cuba dicanai sepanjang Ramadhan ini...

Acara malam dilewatkan disebabkan oleh Dekan CAD yang membuat sedikit questionair...PM melaksanakan keseluruhan program malam ini mengenai SWOT ... hingga menjejak ke jam 11.00 malam.

Suara alarm dari HP mengejutkan penulis sekitar jam 4.45 pagi, Ramadhan ke 12. Bersiap dan menuju ke kawasan makan .. tetapi tiada berselera untuk makan meskipun juadah agak menarik. Hanya duduk, meneguk air kosong bersama butiran tamar.

Subuh menunjukkan jamaah yang kurang daripada yang sepatutnya. Tazkirah dilaksanakan di dewan utama. Gambar makhluk yang tidak hadir subuh dan masih tidur dipaparkan di LCD...

Kembali dari dewan, menyulam mimpi hingga menjejak jam 11 pagi. Bergerak semula ke dewan yang sedang menjalankan program ceramah NLP. Isi ceramah kelihatan sangat menarik.

Sebelum meninggalkan dewan untuk menyejukkan mata, makhluk tidak hadir solat subuh dipanggil menghadap Timbalan Pengarah (TP). Kelihatan keegoan makhluk ini ... semoga Allah memberikan hidayah kepadanya ...

Selepas solat, ada tazkirah yang sangat menyenangkan. Tafsiran gandaan pahala berjamaah diterangkan dengan panjang lebar. Rupa-rupanya gandaan ke atas solat berjamaah adalah dengan kuasa 25 atau kuasa 27 sebagaimana maksud hadis. Untung bagi para isteri yang menggalakkan suami untuk berjamaah kerana mereka juga mendapat ganjaran yang sama sebagaimana suami mereka meskipun mereka hanya berada di rumah sahaja.

Ceramah bersambung sehingga jam 16.30. Terdapat game yang menarik yang dibuat iaitu boom boom bang ...

Selesai SDK ini, bersambung dengan SDK seterusnya ...namun penulis sempat keluar bersama mentor dan TG untuk mendapatkan sedikit makanan ringan buat bekalan untuk menghadapi xtvt waktu malam..

Sebaik kami tiba di dewan, program masih berjalan, dimana peserta sedang membuat tugasan menyiapkan pakaian dengan menggunakan akhbar yang terpakai. Pakaian hendaklah melambangkan UTHM...

Dan fesyen show itu bermula sekitar jam 6 petang dan berakhir sekitar jam 6.30 petang. Kemudian diikuti oleh mesyuarat bersama fasi untuk menghadapi xtvt malam ini. Mesyuarat menjejak ke pukul 7.15 petang. Seterusnya ialah acara iftaar. Lauk sotong goreng, daging rendang dan juga ayam...Ada kuih beberapa potong ...

Solat Maghrib dan Isya diawalkan secara taqdim. Usai solat, aku dan mentor bersegera pulang ke bilik. Bicara mengenai syiah .. bagaimana pandangan mereka mengenai fahaman ini. Penulis memberikan ulasan bahawa selagi kita masih menyembah Tuhan yang sama, mengakui Nabi yang sama dan mempunyai kiblat yang sama, kita masih bersaudara dengan mereka meskipun ada yang beranggapan golongan ini kafir, dan ada berita menyatakan golongan ini menghalalkan darah Sunni. Kita khuatir akan jurang ini sengaja diperbesar-bearkan oleh musuh hanya untuk melemahkan umat ini...

Kami ke musalla semula sekitar jam 8.45 malam namun manusia sudah memulakan solat tarawih maka kami kembali semula ke bilik tidur..

Kami keluar untuk menyertai xtvt malam bermula jam 10.00 malam. Penulis dan mentor ditempatkan di CP yang sama bersama seorang pembantu. CP kami memerlukan peserta memilih ahli dalam kumpulan untuk dijadikan si kudung seramai 4 orang, sibuta seramai 4 orang, si bisu seorang dan si normal juga seorang. Di tengah malam bulan yang agak terang, xtvt berjalan dimana sibuta perlu membawa si kudung menaiki guni dan ditarik ke suatu lokasi. Dalam xtvt ini, 3 orang telah tercedera dari 3 kumpulan. Seorang cedera selepas selesai dan sewaktu hendak pergi ke CP seterusnya. Dia terpaksa di bawa ke hospital. Seorang cedera dan tidak dapat meneruskan xtvt ke cp seterusnya kerana masalah pinggang, manakala seorang lagi (peserta wanita) terbaring selepas menarik kawan-kawan yang lain. Namun, beliau cepat pula recover..

XTVT malam di CP kami berakhir sekitar jam 2 pagi. Penulis, selepas minum sedikit, bergegas ke pembaringan...Sekitar hampir jam 3, TG kembali dari hospital selepas menemankan peserta yang tidak sihat.

Pagi 13 Ramadhan dimulakan sebaik terdengar alarm HP. Kejutkan sahabat mentor & TG untuk sahur, namun hanya mentor yang bangun untuk makan biskut. Penulis ke gelanggang makanan namun seperti semalam, hanya minum air beberapa gelas sahaja.

Subuh menunjukkan peningkatan jamaah yang memberangsangkan. Berdasarkan pengalaman, selalunya selepas xtvt malam, jumlah jamaah akan menyusut. Namun pagi ini, alhamdulilla, wujud perubahan yang sangat ketara.

Kembali ke pembaringan dan meneruskan mimpi sehingga jam 8.45 pagi. Jam 9, di dewan SDK diteruskan di bawah pimpinan PP. Aktiviti kali ini dibuat di dalam kumpulan kecil terlebih dahulu. Lima kumpulan yang awal diminta bersedia untuk public speaking dengan tajuk mengenai diri sendiri manakala lima kumpulan yang berbaki diminta menyediakan diri untuk simulasi temuduga kerja. Maka ini kumpulan ini, mereka perlu menyediakan empat orang panel, seorang penjaga masa dan seorang calon temuduga.

Selepas masa yang diberikan selesai, peserta dipilih secara rawak. Ternyata daripada beberapa orang yang dipilih untuk public speaking, hanya sebahagian kecil sahaja yang mampu bercakap dalam masa lima minit. Selebihnya hanya seqadar dua atau tiga minit sahaja.

Untuk simulasi temuduga, hanya dua kumpulan sahaja yang dipilih. Setelah memberikan komen dan refleksi, SDK terakhir mengambil tempat di bawah pimpinan Dr. ARM.

SDK ini memerlukan setiap peserta diminta tidak boleh bersuara, kecuali ketua kumpulan, penghulu an penghuluwati sahaja. Mereka perlu menyelesaikan puzzle dan setiap kumpulan perlu mencari puzzle masing-masing dan menyelesaikannya dengan membentuk puzzle yang besar mewakili kumpulan besar peserta. Tugas fasi ialah mengganggu-gugat tugas-tugas mereka, agar mereka kuat menghalang cabaran dan mampu juga melaksanakan misi.

Penutup menyaksikan ucapan dari pihak pelajar, PP dan TP .. serta acara bersalam-salaman ..

Penulis merasakan bahawa program kali ini kelihatan baik, meskipun pada awalnya pelajar menunjukkan sikap dan wajah muram, letih dan kurang bersemangat. Sebenarnya tiada sedikit masalah pun sekiranya latihan dilaksanakan dalam bulan Ramadhan .. Kekuatan umat itu boleh dilihat dari kekuatan dalaman dan keimanan mereka...

Semoga pelajar2 ini berjaya mendapat pekerjaan yang sesuai dengan bakat dan kebolehan mereka serta mampu menjadi generasi hebat untuk menegakkan agama Allah ..Insya Allah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol