Sisipan Ramadhan 14, 15 dan 16
Hari pertama ke pejabat untuk minggu ini. Badan terasa agak kurang selesa tiba-tiba sewaktu melangkah masuk ke kenderaan untuk memulakan perjalanan pulang. Singgah di masjid jejantas untuk menyertai jamaah Asr. Tiba di bazaar Ramadhan untuk menyelesaikan misi bonda.
Usai solat Maghrib bersama isteri, berehat sebentar sebelum memulakan tugas menghantar anak ke sekolah setengah jam. Sekolah ini merupakan sekolah untuk melatih anak-anak berumur 5 tahun ke atas untuk kemahiran membaca. Selepas selesai, terdapat beberapa misi lagi yang perlu diselesaikan untuk isteri. Berkebetulan hujan sedang turun. Kembali ke rumah agak lewat. Dihadapan rumah, tatkala hendak membelok ke rumah, sudah kelihatan sebuah motosikal dari hadapan. Yakin bahawa motor terseut masih jauh, citra hitam segera dibelokkan masuk ke halaman rumahnya. Rupa-rupanya anggaran penulis tersasar. Motor sebenarnya sudah tidak dapat mengawal diri. Agak malang kerana di belakang kenderaan penulis terdapat sebiji wira yang menunggu. Maka motosikal telah melanggar dan meranapkan cermin lampu kereta tersebut. Pemandunya seorang wanita muda. Memandang penulis dengan wajah yang agak masam.
Pemandu motor seorang muda agak kurang berpuas hati. Dia segera kembali ke rumah tuan punya motor. Rupa-rupanya motor pinjam.
Apabila tuan motor kembali, penulis menjanjikan akan membayar kos baik pulih. Terhadap tuan punya wira juga dijanjikan perkara yang sama. Selesai untuk malam tersebut.
Keesokan harinya sekitar jam 11 pagi, satu panggilan telefon hinggap di HP penulis, tatkala satu mesyuarat sedang di adakan. Pemanggil adalah tuan punya motor. Dia menyatakan kos ialah sebanyak RM 270...Pergh...mahal juga harganya. Namun penulis menjanjikan akan membuat pembayaran selewat-lewatnya Jumaat malam.
Beberapa minit sebelum iftaar pemilik motor muncul lagi di hadapan rumah bersama motor yang telah dibaiki. Sebenarnya keluarga penulis menghalang penulis membayar gantirugi. Mereka mengatakan bahawa penulis tidak bersalah sebaliknya peminjam motor itulah yang bersalah. Ditambah lagi penunggang semasa itu masih tidak memiliki lesen, tidak memakai topi keledar dan brek belakang yang tidak berfungsi.
Namun setelah menimbang semula. Mengambil pandangan sahabat2 di pejabat yang terlibat dengan bidang kepolisian, maka penulis mengambil keputusan untuk membuat pembayaran sahaja.
Malam Ramadhan 16 pemilik wira juga telah membuat panggilan untuk mendapatkan gantirugi sebanyak RM120. Pembayaran dijelaskan malam itu juga melalui perbankan internet.

Ulasan