Syawal 7
Khamis yang mulia...Bertepatan dengan sambutan Hari Malaysia buat pertama kalinya ia disambut secara rasmi dan diumumkan sebagai cuti umum negara. Meskipun sambutannya tidak sehangat sambutan Hari Kebangsaan, mungkin kerna sirna dek 'kegumbiraan' sambutan eid fitr yang masih membahang di beberapa buah negeri di sekitar semenanjung Malaysia, khususnya di bahagian selatan, yang menyambut seruan sebuah lirik lagu raya, "kita beraya selama sebulan"...
Perjalanan kali ini ialah menuju ke Ayer Hitam, lokasi sebenar di Restoran Z&Z, milik bapa saudara isteri, ada sambutan hari raya, makan-makan dan sebagainya. Sebelum itu, singgah di rumah kawan lama isteri dan sebelum itu bergerak agak lewat kerana ada tetamu yang menjenguk ke rumah. Tetamu yang tidak perna muncul. Alhamdulilla mereka digerakkan Allah untuk bertamu di rumah buruk ini.
Usai di Ayer Hitam , bergerak pula ke Parit Sulong juga rumah bapa saudara isteri. Beramai-ramai ke sana. Persekitaran rumah sungguh indah dengan kolam ikan yang jernih. anak-anak penulis melekat di pinggir kolam sambil bermai air, khususnya yang no. 2...
Malam seusai solat Isya', sahabat isteri sebanyak 2 keluarga juga bertandang. Kemudian, kami bergerak ke rumah bapa mertua abang ipar penulis...jam sudah menunjukkan jam 10 malam tatkala kami tiba...
Dalam kita asyik berziarah ini, beberapa adab dalam berziarah pula dijaga, khususnya dalam masalah masa ziarah. Cubalah kita hindari masa-masa rehat tuan rumah, sebagaimana yang telah ditetapkan dalam al quran, seperti selepas solat isya', selepas solat Zuhur dan selepas solat Subuh.

Ulasan