Marhaban dan baraan



Syawal di Johor disambut agak panjang, sama seperti yang diwar-warkan oleh media dan juga lagu-lagu hari raya, mungkin berbeza dengan sambutan di negeri2 lain seperti Kedah, Kelantan dan sebagainya. Namun berbeza pula tatkala sambutan eid Adha ... meskipun hari tasyriq dan hari-hari bertakbirnya agak lebih panjang, namun ianya hanya disambut sehari sahaja. Amat jarang yang mengamalkan acara kunjung mengunjung.

Amalan yang menjadi tradisi di negeri Johor ini ialah amalan ziarah marhaban dan baraan. Baru syawal kali ini penulis dapat maklumat berkaitan perbezaan diantara baraan dan marhaban. Kunjungan baraan ialah kunjungan ke rumah-rumah penduduk dengan tatacara bersalaman, makan dan bermaafan dan kemudian ke rumah seterusnya dan biasanya dilaksanakan pada waktu siang hari, manakala ziarah marhaban ialah acara yang hampir sama dengan acara baraan, cuma ditambah dengan bacaan selawat dan biasanya dilaksanakan pada waktu malam, selepas Maghrib dan disambung selepas solat Isya ... dan acara ziarah marhaban ini biasanya mengambil masa yang lebih lama kerana diselangi dengan acara bacaan selawat.

Terdapat beberapa kawasan yang mengamalkan ziarah marhaban mengikut permintaan tuan rumah dan rombongan ini hanya akan muncul dipintu-pintu rumah yang menjemput mereka .. manakala pergerakan baraan kelihatan lebih telus dengan menziarahi setiap pintu rumah penduduk..

Pada pandangan penulis, amalan ini amat baik cuma perlu ditambah baik dengan melaksanakan acara ziarah tanpa perlu tuan rumah menjemput. Cukup seqadar menghantar notis kepada penduduk mengikut giliran. Ianya pasti tidak akan menyusahkan tuan rumah untuk menyediakan hidangan. Apabila ziarah juga mengikut pilihan, maka tertinggallah rumah-rumah lain yang mungkin jarang ke surau, namun ada keinginan untuk rumahnya diziarahi oleh geng marhaban ini.

Alangkah moleknya jika geng marhaban ini menjejaki kesemua rumah dalam qaryah surau, tidak mengira sama ada dijemput atau tidak, ahli surau atau tidak, miskin atau kaya, dan sebagainya agar kekuatan dan rahmat serta sinar syawal itu benar-benar dapat dirasai oleh semua yang menyambutnya kemenangan syawal itu ...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol