Anugerah

20 Syawal 1431 ... Majlis penganugerahan berlaku di organisasi penulis. Penulis adalah seqadar juru acara majlis. Majlis yang agak berprestij itu dihadiri oleh kaum akademik dan juga para pelajar mereka. Seramai lebih kurang 166 orang telah terlibat untuk menerima anugerah tersebut. Kebanyakan yang layak dianugerahkan serta dimahkotakan sebagai cemerlang ini terdiri daripada bukan orang kita. Orang kita boleh dibilang dengan jari sahaja banyaknya.

Hidangan pada petang ini ialah nasi ayam. Para hadirin memakai pakaian yang mungkin diangap terbaik oleh mereka. Majlis seumpama ini penting sebagai satu lonjakan agar mereka dapat mengekalkan momentum kecemerlangan ini dalam musim seterusnya.

Perlu diambil kira bahawa kecemerlangan di dalam bidang akademik sahaja belum mampu untuk menyebabkan penyandangnya menjadi juara dalam arena persaingan kitaran ganas pekerjaan. Dalam keadaan dunia yang semakin mencabar, ditambah dengan kelembapan ekonomi kapitalis kini, hanya mereka yang benar-benar terbukti kemampuan dirinya sahaja yang memungkinkan untuk berjaya. Setiap individu harus juga mempersiapkan diri mereka dalam bidang 'soft-skill' agar nilai diri mereka semakin tinggi di pasaran kerja.

Sayang sekali majlis yang penuh berprestij ini mendapat sambutan yang agak 'dingin' daripada pihak ahli akademik sendiri. Walaupun begitu, sambutan dari kalangan penerima agak 'hangat' dan mengharukan.

Para penerima, khususnya yang bukan orang kita benar-benar bersemangat dan gembira. Selepas selesai majlis, tidak habis-habis mereka ini bergambar, sama ada sesama mereka ataupun sesama ahli akademik yang hadir. Kelihatan mereka benar-benar menghargai majlis penganugerahan ini yang dibuat khusus untuk meraikan mereka. Orang-orang kita yang mengecil jumlahnya kelihatan tidaklah terlalu teruja.

Diharapkan agar mereka dapat mengekalkan momentum ini ...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol