Kenangan silam : Pengawas sekolah
Penulis terlibat dengan organisasi pengawas seawal darjah lima lagi di Sek. Keb. Lok Kawi Kem, Kota Kinabalu Sabah. Tatkala itu, sekolah rendah masih lagi memakai seluar pendek. Seluar panjang boleh dipakai dan biasanya hanya dipakai oleh anak-anak para ulama dan orang kaya. Harganya agak mahal. Kedua ibu bapa penulis tidak mampu untuk menyediakannya. Maka terpaksalah penulis memakai tali leher dan berseluar pendek. Bolehkah pembaca di luar sana membayangkannya? Seorang budak lelaki tonjang memakai seluar pendek dan bertali leher merah...
Pengawas darjah lima tidak banyak tugas yang perlu dibuat. Di dalam sekolah juga, jumlahnya tidak ramai. Antara tugas penulis ketika itu ialah membaca ikrar dan rukun negara setiap kali perhimpunan bulanan di sekolah.
Ketika berada di tingkatan dua, sekolah menengah Sultan Abd Jalil, Kluang Johor, sekali lagi penulis terpilih selaku pengawas. Pakaian pengawas ketika itu ialah baju putih dan seluar putih dengan tali leher berwarna kuning. Penulis pada waktu dan ketika itu amat tidak berminat menjadi pengawas namun dipkasa secara halus-halusan. Tugas pengawas tingkatan dua pada masa itu tidaklah terlalu besar. Seqadar membantu pengawas lain menjayakan agenda sekolah. Walau bagaimanapun, selaku pengawas paling senior (memandangkan menengah rendah, iaitu pelajar tingkatan satu dan dua) bersekolah pada sesi petang, maka penulis dikira memainkan peranan yang penting juga. Setiap petang sebelum pulang, roll call akan diadakan dimana semua pelajar wajib berkumpul di hadapan bangunan sekolah, kemudian barulah bergerak dalam barisan ke pintu pagar sekolah. Adapun bertugas, seqadar menjaga kantin atau pintu pagar mengikut giliran, dimana selalunya penulis jarang mematuhi jadual.. Jenayah semasa sekolah pada waktu itu ialah rokok (namun tidak sehebat qadar sekarang), pakaian seluar ketat (rock), atau seluar besar (baggy), kain singkat bagi perempuan. Jika pelajar ditangkap oleh guru disiplin, pasti tindakan seperti seluar dokoyakkan dan terpaksa berkain pelekat akan dikenakan.
Apabila masuk ke tingkatan tiga, penulis masih lagi terpilih meskipun pada awalnya penulis anggap mustahil terpilih kerana rekod kurang bersih sepanjang perkhidmatan dalam tingkatan dua. Rupanya muka ini juga yang terpilih. Kali ini pada sesi pagi dengan memaki sut kemeja berwarna kuning, seluar slack putih, berkasut hitam dan bertali leher kuning pekat. Pengawas paling muda untuk sesi pagi. Tugas yang diamanahkan juga tidak berat. Menjaga lokasi mengikut jadual tugas bersama rakan. Namun penulis culas juga.
Sememangnya jarang ada diantara kita yang suka bila dilantik selaku pengawas. Mungkin ada segelintir yang sangat berminat. Namun jumlahnya amat kurang. Pengawas selalunya menjadi manusia yang kurang popular di sekolah, lebih lebih lagi jika mereka ini berlagak dan tidak boleh berlebih kurang. Datang lewat seminit, nama dicatat tanpa mahu bertanya asbab kelewatan. Walau bagaimanapun, pengawas lelaki yang ada rupa selalunya menjadi pujaan dan igauan gadis-gadis remaja yang sedang meningkat naik di sekolah. Mungkin ini sedikit sebanyak menjadi penyebab wujud golongan yang terliur dengan jawatan ini.
Apabila penulis masuk ke sekolah berasrama penuh di Pekan Pahang, suasana dan iklim berkaitan persepsi terhadap pelantikan pengawas mula berubah. Di sekolah tersebut, apabila sistem pilihanraya diperkenalkan, ramai pelajar yang menawarkan diri untuk bertanding. Penulis juga merasa amat pelik dengan fenomena baru ini. Rupa-rupanya, setelah diselidiki, timbul jawapan seperti ini :
1. Pengawas di sekolah tersebut mempunyai kuasa yang lebih besar, khususnya exco asrama
2. Pengawas mempunyai bilik berasingan dengan pelajar lain,
3. Glamour yang luar biasa
4. Catatan pengawas dalam sijil tamat sekolah berasrama penuh boleh melonjakkan peluang untuk ke menara gading
Di sekolah ini, penulis telah dilantik sebagai salah seorang exco biasa asrama semasa berada di tingkatan lima. Exco ini merupakan exco yang dipilih secara khusus oleh majlis warden tanpa melalui proses pilihanraya pengawas sekolah biasa. Mereka boleh diumpamakan sebagai senator. Exco asrama terdiri daripada 12 orang pelajar lelaki dan 12 orang pelajar wanita. Bagi pelajar lelaki, pengawas yang dipilih melalui sistem pilihnaraya yang dilantik selaku exco adalah seramai 6 orang manakala 6 lagi adalah exco bertaraf senator. Senator senator kecil ini adalah merupakan ahli dalam Badan Pengawas Sekolah dan mereka juga berkuasa seperti kuasa pengawas biasa dalam menjalankan tugas, bahkan mempunyai kuasa lain di asrama yang mengatasi pula kuasa pengawas biasa bukan exco. Walau bagaimanapun, kuasa mereka di sekitar bangunan sekolah tidak terlalu ketara dan mereka tidak dimasukkan dalam tugasan menjaga kawasan-kawasan tertentu semasa rehat.
Dengan pakaian kemeja putih lengan panjang, berseluar dan berkasut hitam serta tali leher biru, setiap pagi di hard stand sekolah, kesemua warga sekolah ini akan dikumpulkan sebelum memulakan sesi sekolah untuk acara nyanyian lagu.
Terlalu banyak perkara yang memberikan kesan mendalam dalam kehidupan penulis sepanjang menjalankan amanah selaku salah seorang exco di sekolah ini. Terlalu banyak sukaduka yang dicoretkan. Ianya tidak boleh dituliskan disini kerana terlalu panjang. Ianya sedang disiapkan dalam bentuk penulisan buku....tunggu saja...

Ulasan