Jumaat ini ...

Jumaat ini penulis sekali lagi solat Jumaat di masjid organisasi. Minggu sebelumnya hanya solat di masjid kampung kediaman kerana masih bercuti dek kerana isteri melahirkan anak yang keiun tiga.

Khutbah yang disampaikan oleh khatib pada kali ini juga amat baik isinya dan amat menyentuh perasaan. Ianya juga berbentuk peringatan terhadap kegilaan manusia kini untuk menikmati hiburan hendonisme tanpa batasan. Memuja danmengagungkan artis melebihi penghormatan terkesan tehadap para ulama.

Penulis juga terhadap ulasan pagi di radio IKIM pagi tadi yang melaporkan mengenai ada remaja dan pelajar yang tidak tahu mengenai nama PM yang pertama. Ada juga yang tidak tahu mengenai tarikh kemerdekaan negara. Fenomena ini sebenarnya telah merebak sejak tahun 2001 lagi ketika itu penulis bertugas selaku penghulu mukim 8. Ketika dalam perjalanan untuk menghadiri satu majlis, penulis mendengar satu slot siaran di RMJ dimana DJ bertugas cuba bertanyakan soalan-soalan berbentuk patriotik berkaitan tarikh dan nama-nama penting bagi negara, seperti tarikh kemerdekaan, nama bapa kemerdekaan dan sebagainya namun gagal dijawab dengan tepat oleh remaja. Sayang sekali remaja melayu kini. Mereka boleh diibaratkan sebagai 'buta sejarah'. Memang sepatutnya kerajaan melalui KPM mengumumkan kewajipan matapelajaran sejarah sebagai subjek lulus SPM pada perhimpunan agung UMNO lepas melalui lisan TPM yang juga Menteri Pelajaran.

"Buta Sejarah" satu hal...yang lebih menyedihkan ialah mereka juga 'rabun agama'...ada yang masih tergagap-gagap bila disuruh melafazkan ucapan syahadah...ini adalah apa yang berlaku di pejabat agama tempat penulis bertugas dahulu melalui ujian lisan yang dijalankan terhadap bakal pengantin. Di IPTA masih ada pe lajar yang 'buta' al quran...bahkan ada yang masih tidak tahu solat...

Apakah ini generasi Malaysia kita? Wallahualam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol