ulasan sembang pagi di IKIM
IKIM pagi ini agak ceria dengan kehadiran DJ baru iaitu PIAN yang diganding kan dengan SITI ROHANI SURANI. Topik perbincangan pagi ini berkisar mengenai desakan consesus pihak Bebas di Parlimen yang mendesak kerajaan menukar pinjaman PTPTN kepada Derma Siswa dan biasiswa.
Panggilan masuk pertama daripada seorang bapa yang meluahkan perasaannya berkaitan kedua-dua anaknya yang hanya setakat SPM tetapi telah bekerja selama 2 tahun dan mencapai gaji mencecah RM2000.00. Menurut si bapa itu lagi, kalau belajar hingga ke peringkat ijazah pertama, mengambil masa 5 tahun dan belum tentu mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan. Berlambak manusia yang berkelulusan ijazah pertama tidak mendapat pekerjaan, ataupun tidak mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan.
Adalah benar bahawa kita semua mahu melanjutkan pengajian ke tahap yang tertinggi namun terhalang dek kerana masalah kewangan. Meskipun diberikan pinjaman PTPTN, seperti IPTS yang menawarkan program yang menarik, namun bebanan hutang seumur hidup itu akan menghantui kehidupan selepas belajar. Bagaimana hendak menguruskan kewangan selepas bergelar siswazah dalam keadaan baru hendak memualakn kerjaya, baru hendak memulakan kehidupan...dengan hutang kereta, hutang rumah dan sebagainya. bebanan hutang yang ditanggung oleh bangsa kita ini perlu diambil perhatian serius oleh pihak yang berwajib...Wallahu alam.

Ulasan