Kesalahan dan kesilapan ketika solat berjamaah
Adalah menjadi sesuatu yang sangat menggembirakan hati apabila melihat berduyun-duyun manusia mengerjakan solat berjamaah. Meskipun bilangan mereka ini semakin mengecil dari hari ke hari, namun kita sebenarnya mampu membuat satu analisis mengenai kehadiran mereka setiap waktu.
Jika di masjid organisasi, waktu paling ramai ialah waktu zuhur dan asr kerana ianya waktu bekerja. Waktu paling sedikit ialah waktu subuh. Begitu jugalah halnya dengan waktu subuh di qaryah penulis. Penulis pernah terbaca mengenai hadis Nabi SAW yang menyatakan bahawa diantara perkara yang paling berat untuk dilaksanakan oleh golongan munafiq ialah solat Subuh dan Isya' secara berjamaah. Diriwayatkan juga bahawa Ibn Umar tatkala mendengar hadis tersebut, apabila pada waktu subuh tidak bertemu dengan orang yang biasa hadir solat berjamaah waktu yang lain, maka hatinya akan tertanya-tanya dan curiga, adakah yang tidak hadir itu sudah dihinggapi penyakit nifaq.
Diantara perkara biasa yang berlaku dalam solat berjamaah, ialah kegagalan jamaah untuk memahami hadis yang bermaksud, "barangsiapa yang dapat ruku' bersama imam maka ia dianggap mendapat rakaat.."
Biasa kelihatan jamaah yang masbuq, apabila tiba dan melihat imam sedang ruku, terus takbiratul ihram dan ruku, sedangkan tatkala ia membengkokkan tulangnya, sang imam bergerak untuk bangun, lalu makmum menyangka bahawa ia telah mendapat rakaat bersama imam sedang ianya tidak berlaku. Ulama menyatakan bahawa yang dikatakan mendapat serakaat bersama imam ialah apabila dapat rukuk sama dengan imam sekurang-kurangnya seqadar bacaan subhanallah.
Oleh itu, makmum yang gagal memahami kaedah berjamaah ini terus sahaja memberi salam apabila imam memberi salam, walhal mereka ini dianggap berhutang satu rakaat. Ini adalah antara perkara yang kerap berlaku...Wallahu alam

Ulasan