Kem Pasir Lanun Mersing

Selasa 14 Disember 2010 penulis memulakan musafir ke resort pasir lanun mersing johor bersama salah seorang urusetia program, menumpang kenderaan avanza beliau dari rumah penulis bagi menyertai Kem Pemantapan Ibadah anjuran kelab staf dan salah satu jabatan di organisasi penulis.

Perjalanan bermula seawal jam 10.30 pagi. Pergerakan agak lancar dengan cuaca yang boleh dianggap sangat baik. Pemilik kenderaan seorang yang ramah dan banyak bercerita sedangkan penulis sangat pendiam dan hanya sekali-sekala menyampuk. Ketika menghampiri felda simpang ke felda nitar, kenderaan kami ditahan polis namun setelah sang bangau itu berpuas hati dengan jawapan pemilik kenderaan, kami dilepaskan pergi.

Tiba di tapak program sekitar jam 12.00 tengahari dengan cuaca redup dan peserta baru sahaja tiba dan sedang diperkenalkan oleh kem komandan dengan para fasilitator.
Selepas makan tengahari, kami solat jama d surau yang agak kecil namun keadaan di dalamnya agak selesa. Acara ice breaking pimpinan Ustaz Shahir diadakan di tepi pantai. Peserta adalah sekitar 60++ orang. Telur selaku barang amanah diagih-agihkan kepada peserta sebelum itu bersama pengenalan lagu program.
Acara identiti kumpulan dipimpin oleh pengarah program dan penulis memegang kumpulan seramai 9 orang peserta. Kumpulan penulis bersetuju memakai nama Khalid Al Walid. Kali ini kumpulan diminta membina perisai bukan bendera sebagaimana biasa.
Pembentangan kumpulan dibuat dalam masa lebih kurang 45 minit.
Suasana petang dengan permainan d tepi pantai, iaitu mengambil benda dengan mata tertutup. Beberapa peserta wakil setiap kumpulan dminta menutup mata dengan kain penutup mata yang disediakan dan perlu mengambl beberapa barang yang diletakkan di atas pasir dalam ruang yang telah disediakan. Peserta ahli kumpulan lain perlu memandu arah ahli yang ditutup mata untuk mengutip sebanyak mungkin barang yang ditaburkan. Fasilitator berhak untuk provok mereka.
Sebaik acara berakhir, mereka diarahkan untuk bersiap bagi mengikuti program seterusnya di surau.
Penulis ditempatkan di sebuah dorm bersama pengarah program, pegawai sukan, pegawai hutan, urusetia pemilik kereta dan dua orang fasilitator yang lain. Bilik dengan katil double decker, ditempatkan di katil atas bersama pegawai hutan, menimbulkan memmori tatkala berada di sekolah berasrama lebih kurang 19 tahun yang lalu..

Solat maghrib dan isya secara jama qasar dimamkan oleh pengarah program manakala tazkirah oleh Al Fadhil Ustaz Nurhakim dengan tajuk hikmah solat. Usai kuliah, kami makan bersama di dewan yang baru sahaja disiapkan oleh pemilik tapak program.

LDK malam membincangkan perkara-perkara asas dalam ibadah. Kumpulan penulis membincangkan mengenai mandi wajib dan mereka perlu membentangkan ianya dihadapan semua peserta di akhir LDK nanti.

Seawal jam 4.30 pagi peserta telah dkejutkan untuk qiamullail. Penulis tidak menghadiri program tersebut. Usai solat subuh, penulis menyampakan tazkirah bertajuk cinta. Diikuti dengan bacaan ma'thurat dan solat sunat Dhuha dipimpn oleh Al Fadhil pengarah program.

Program sepanjang siang ialah kembara. Penulis ditempatkan d CP2 yang dipangil CP zohor bersama ustazah dan suaminya. Tugasan di sini alah praktikal solat ketika sakit dan juga pemeriksaan tahap pemahan terhadap rukun iman dan rukun islam.Tatkala hendak pulang ke pengkalan, kenderaan pengangkut tidak kunjung tiba. Akhirnya terpaksa menapak bertiga. Kembara berlarutan hingga jam 6 petang. Ada beberapa kumpulan mentakkhirkan solat mereka di surau, meskipun pada perancangan awal hendak solat di atas pasir pantai. Acara seterusnya ialah mandi laut. Peserta begitu teruja ..

Malam ialah BBQ. Sebelum itu solat maghrib dan isyak di surau diserikan dengan tazkirah oleh penulis. Hujan mencurah turun tatkala tazkirah menuju ke akhirnya. Selepas makan malam, ceramah oleh penceramah jemputan. Penulis, pegawai hutan dan pemilik kenderaan bergerak keluar menaiki van organisasi. Kami minum berdekatan pekan Endau. Roti canai kuah kari. Sedap juga dalam sejuk-sejuk lepas hujan begini. Pegawai hutan meluahkan perasaan tidak berpuas hati dengan runner hari ini.

Kembali ke pengkalan, acara ceramah sudah berakhir. Bergerak keblik untuk beradu.

Subuh hari terakhir, tazkirah oleh kem komandan dengan tajuk jati dirinya. Kami meneruskan kembara mimpi dan kemudian bergerak untuk acara sukaneka. Kanvas hikmah yang menjadi acara wajib setiap kali program diteruskan dan geng fasi tetap menjadi juara...

Selesai kanvas, kami sarapan bersama dan program diteruskan dengan ceramah oleh ustazah diikuti oleh resolusi. Majlis penutup dirasmikan oleh wakil rasmi. Fasi terbaik jatuh kepada Pengarah Program....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol