Khidmat masyarakat di Kampung Sagil
16 Disember 2011 , sekitar jam 2.45 petang, pelajar kokurikulum khidmat masyarakat seksyen 8 di bawah pimpinan saudara mohd fazrin memulakan langkah menaiki bas untuk menuju ke sebuah perkampungan melayu di dalam daerah Ledang.
Ketibaan mereka disambut dengan begitu meriah. ADUN kawasan juga turut serta. Kemudian kesemua mereka dibahagi-bahagikan kepada keluarga angkat masing-masing.
Penulis hanya berpeluang menjenguk mereka pada hari kedua. Sepanjang perjalanan hanya dihiasi dengan hujan yang mencurah. Kadangkala lebat. Kadangkala sederhana.Melalui lebuhraya dari Ayer Hitam keluar di Tangkak. Membelok ke kanan, menemui pekan Tangkak.Bergerak lagi menuju ke kawasan kampung sagil hingga menemui papan tanda masuk dan juga banner program yang terpampang.
Rupanya perjalanan tidaklah begitu dekat. Tatkala tiba, terpaksa menghubungi pengarah program dek kerana gagal menemui lokasi sebenar. Pengarah program bersama beberapa pelajar dan ketua kampung sedang melaksanakan akiviti ziarah mesra. Ziarah mesra ialah aktiviti mengagihkan barang-barang keperluan kepada penduduk kampung yang kurang berkemampuan. Sepuluh buah rumah telah terpilih hasil cadangan dari ketua kampung. Barangan di bawa sendiri oleh pelajar hasil daripada sumbangan yang dicari beberapa minggu sebelum program dapat dilaksanakan. Keperluan yang diberikan hanyalah keperluan asas seperti beras, tepung gandum dan minyak. Beras pun bukanlah seguni beras yang boleh dibuat stok hingga menjelang eid 1433. Beras bungkusan sebesar lima kilo sahaja. Namun ianya cukup bermakna bagi warga yang amat memerlukan, juga satu bentuk tarbiyyah kepada pemuda pemudi ini.
Ziarah berakhir sekitar jam 11.30 pagi. Kami kembali ke kawasan penduduk kampung untuk menikmati sedikit juadah yang tersedia. Sambil makan, bersembang bersama ketua kampung. Orangnya memang peramah dan memenag senang untuk didekati. Banyak juga cerita yang dikisahkan..
Menjelang zuhur, penulis berada di surau berhampiran. Zuhur hanya penulis, imam dan juga anak imam. Ya Allah! Hanya dtiga orang sahaja? Mana pula perginya yang lain? Mana pula perginya pelajar-pelajar penulis?
Usai zuhur, penulis bergerak ke pekan Tangkak untuk mencari sesuap nasi. Hujan turun kembali di sekitar pekan. Usai menikmati hidangan berharga RM7.00, bergerak ke masjid jamek Daerah Ledang. Tidur sebentar di dalam kereta sementara hujan masih turun. Menjelang Asr, masuk ke masjid dan menyertai jamaah. Masjid daerah ledang ini amat menarik senibina dalamannya. Dengan hiasan lampu yang agak malap, juga hiasan cornish yang tidak berapa mewah, mampu untuk membantu hati menghadap sang penciptanya..
Usai Asr, penulis tunggu dahulu di dalam masjid. Sekitar jam 6 petang, penulis bergerak menuju ke lokasi. Ketika tiba, wira putih milik pemerintah ini diletakkan di hadapan surau. Pelajar sedang memakai kain pelikat untuk acara bola sepak memakai kain pelikat. Acara ini berjalan agak lama dan rancak dengan sambutan hangat dari pemuda kampung. Sebelum itu, acara lain seperti boling padang, kerusi beracun, cari gula dalam tepung telah mengambil tempat.
Menjelang Maghrib penulis bergerak ke masjid berhampiran. Hujan renyai masih turun. Usai Maghrib, bergerak semula ke lokasi. Keadaan masih tenang. Pelajar masih belum tiba. Hujan agak perlahan turun. BBQ sedang sibuk disediakan oleh pemuda kampung.
Usai solat Isya, bergerak ke khemah. Ketua kampung menyonsong kami. Datang pula OCS dan juga ketua pemuda. Perasmi majlis, pegaai penerangan juga telah tiba. Kanak-kanak kampung sedang sibuk mencuba set karaoke milik pejabat penerangan.
Acara bermula sekitar jam 9.30 malam. Pengacara pelajar berduet. Pasangan yang agak bagus, namun wujud juga pelbagai kecelaruan dan masalah teknikal.
Pegawai Penerangan selaku perasmi akhirnya dapat memegang pembesar suara. Malangnya, beliau bercerita mengenai politik pemerintah, seolah berkempen. Pelajar kelihatan agak resah. Kalaupun ingin menanam doktrin ke dalam dada anak-anak muda ini, janganlah kelihatan terlalu terdesak. Mereka ini bukan anak-anak muda tahun 60 an ataupun anak-anak hingusan di bangku sekolah. Mereka adalah insan terpilih dan terpelajar. Tujuan mereka turun di tengah-tengah masyarakat selama dua malam ini bukan hanya untuk mendengar kempen atau dogma politik semata-mata. Banyak perkara yang perlu mereka selami. Banyak kisah yang perlu mereka jiwai.
Usai majlis, makan BBQ. Daging kambing agak lazat walaupun potongannya agak besar. Menjelang jam 1045 pelajar yang berminat mula berkaraoke. Penulis akhirnya pulang sekitar jam 11.30 bersama seorang pelajar yang perlu pulang ke kampung bagi menghadiri sesi temuduga kerja. Sepanjang jalan, hujan mencurah. Dalam hati berdoa agar kampung halaman tidak ditimpa banjir..
Tiba di kawasan lokasi pelajar sekitar jam 1230 pagi. Perjalan pulang, hujan masih turun. Tiba di rumah sekitar jam 1.30 pagi.
Aktiviti hari akhir ialah gotong royong di kawasan tapak aktiviti. Bas mereka sangat lewat tiba. Penulis tidak dapat bersama mereka pada hari ketiga tersebut...

Ulasan