Jati Diri lagi
8 Januari 2011 tirai tahun baru ini dibuka dengan penyertaan penulis selaku fasilitator program jati diri INSEP pada kali ini. Program dilaksanakan di lokasi yang sama, AKLI Kota Tinggi. Kali ini program dimulakan pada hari Sabtu...mungkin kerana program pada hari Jumaat seringkali menyebabkan peserta tidak dapat menghadiri solat jumaat, maka pelaksanaan diubah pada kali ini.
Penulis bersama dengan fasi lain seperti mentor, pegawai hutan, tuan guru dan kem komandan. Tiba di lokasi sekitar jam 11 pagi. Mendapatkan penginapan sebilik dan dimulakan dengan taklimat oleh kem komandan dan penyelaras program diiringi jamuan makan tengahari dan solat jama' taqdim zuhur dan asr. Jumlah peserta yang hadir solat ini tidak penuh. Tidak seperti musim sebelum ini.
Acara selepas solat ialah ice breaking. Memandangkan kumpulan ini seramai 190 orang, ice breaking dipecahkan kepada 4 kumpulan. Penulis bersama mentor menerima beberapa orang peserta. Acara yang diadakan ialah rantai nama dimana setiap peserta perlu menyebut nama, nama manja, asal dan juga binatang yang menjadi kesukaan bersama bunyi.
Acara kedua yang diadakan ialah gayaku dimana setiap peserta perlu melemparkan ke hadapan barang peribadi sama ada kasut, selipar, topi dan sebagainya, dan kemudian bergerak untuk mengambil barang tersebut dengan gaya yang tersendiri sama ada berjalan, melompat dan sebagainya.
Acara ketiga pula ialah permainan konji-konji yang hanya memerlukan peserta melakukan gerakan dan nyanyian secara serentak.
Selesai ice breaking, kesemua peserta dikumpulkan untuk acara ice breaking yang lebih besar iaitu bonggo-bonggo dimana peserta perlu mencari nama atau barang yang ada kesamaan di antara mereka dan sesiapa yang telah selesai mendapatkan kesemua jawapan yang diperlukan dalam borang yang diberi, perlu naik ke pentas dan menjeritkan kalimah bonggo sebanyak 3 kali.
Akhir sekali, semua peserta perlu mencari lima orang ahli yang telah selesai dan membincangkan mengenai satu persoalan yang hanya seqadar dummy sahaja. Semasa refleksi, beberapa orang peserta memberikan pandangan dan juga fasi. Permainan ini adalah untuk jelekit atau memecahkan batu blok yang mungkin menghalang komunikasi berkesan sesama peserta. Apabila mereka mengalami kesemua permainan yang boleh membuang sedikit rasa segan diantara mereka, mereka akan lebih terbuka dan bersemangat untuk meneruskan acara seterusnya.
Menjelang jam lima selepas minum petang, kesemua peserta telah dibahagi-bahagikan kepada 14 kumpulan yang mengandungi seramai 13 ke 14 orang setiap kumpulan. Setiap kumpulan telah diserahkan kepada fasi masing-masing. Penulis telah diamanahkan kumpulan 13. Aktiviti petang ini ialah membentuk identi kumpulan dimana setiap kumpulan perlu menamakan kumpulan mereka, menobatkan ketua, membina organisasi, menyatakan moto dan lagu serta falsafah kumpulan. Mereka perlu membentangkan identiti kumpulan mereka semasa LDK seterusnya. Kumpulan 13 telah berada di surau untuk membincangkan tugasan. Penulis meninggalkan mereka sebentar memandangkan mereka lebih selesa berbincang tanpa kehadiran fasi. Penulis, tuan guru dan juga pegawai hutan pergi minum di gerai bawah dengan menu sup kambing. Berkebetulan bertemu dengan PM dan senior-senior staf.
Peserta mula makan sekitar jam 7 petang. Memandangkan Maghrib melabuhkan tirainya sekitar jam 7.15, keadaan agak kelam kabut. Tatkala penulis senghaja membuat rondaan mesra di bilik mereka, kebanyak mereka masih belum mandi dan ada juga yang sedang menikmati kepulan-kepulan asap rokok.
Tatkala suara imam sudah kedengaran, jumlah jemaah masih kurang. Usai solat, sememangnya jumlah jemaah amat kecil. Itupun, ada juga yang terus keluar sejurus selepas solat sedangkan acara seterusnya ialah kuliah maghrib oleh Tuan Guru. Tuan guru menyambung kuliah subuhnya pagi tadi, (pada kali ini peserta solat subuh di masjid universiti sebelum bertolak) berkaitan hadis 7 golongan yang mendapat perlindungan di padang masyhar kelak.
Menjelang jam 9 malam, pembentangan dibuat. Kumpulan 14 itu dibahagikan kepada 4 kawasan pembentangan. Penulis, tuan guru dan juga salah seorang fasi wanita beserta Dr telah ditempatkan di suatu kawasan. Pembentangan di kawasan penulis agak panas kerana kebanyakan peserta adalah terdiri daripada mereka yang out spoken. Selepas perbahasan hangat dan panjang, program berakhir.
Kembali ke bilik, kami berempat makan jajan dan kacang sambil berbual. Ahli bertambah dengan kedatangan kem komandan I.
Sekitar jam 5 pagi, acara qiamullail bermula di bawah pimpinan tuan guru. Penulis muncul tatkala azan dikumandangkan. Kuliah subuh disampaikan oleh penulis dengan tajuk cinta hakiki. Masa amat pendek.
Usai subuh, berbual di rumah penginapan manakala kem komandans menjalankan tugas mereka untuk mengendalikan acara riadah. Jam 9 ceramah oleh mejar. Jam 10.00 rehat. Apabila kelihatan kebayakan peserta meninggalkan bendera mereka, suatu keputusan cepat dibuat mengarahkan setiap peserta mengosongkan dewan walaupun tidak mahu minum. Kami berjaya merampas lima bendera.
Jam 10.30, mentor menjalankan LDK INSEP HORAY dimana peserta perlu mencari sesuatu yang boleh merungkaikan isi kotak misteri. Makan tengahari dan kemudian solat berjamaah. Keadaan jamaah masih merungsingkan fasi. Ada cadangan agar jemaah perlu menunggu sehingga semua peserta telah lengkap jumlahnya barulah imam memulakan solat.
Usai solat, acara seterusnya ialah ceramah solving problem oleh PM. Semasa ceramah, fasi menerima taklimat dari penyelaras berkaitan aktiviti barometer malam nanti. Penulis ditugaskan menjaga CP 3 sebagai perunding.
Acara sebelah petang pula ialah aktiviti LDK dikendalikan oleh tiga guru bahasa inggeris. Peserta perlu membahagikan ahli kumpulan mereka kepada si bisu, sibuta dan sicacat. Sibisu akan melihat gambar yang perlu dijelmakan dengan menggunakan kertas surat khabar. Sibisu akan cuba memahamkan si cacat anggota mengenai gambar tersebut. Si cacat perlu mengkhabarkan kefahamannya terhadap isyarat si bisu kepada sibuta yang akan cuba merealisasikan hasrat adalah sama seperti yang digambarkan dan dilihat oleh sibisu tadi. Game ini begitu menarik dan sesuai dengan ceramah PM petang tadi.
Acara berakhir dengan makan malam dan seterusnya solat maghrib dan isya berjamaah. Tazkirah oleh penulis menyambung tazkirah subuh tadi dan masa tetap singkat.
Menjelang jam 9.00, aktiviti barometer. Peserta dibekalkan dengan sejumlah wang dan mereka perlu menyelesaikan task iaitu mengukur ketinggian bangunan dewan makan dari tiang bawah hingga ke puncak tertinggi. Dengan wang yang ada, mereka boleh mendapatkan barang, khidmat nasihat bahkan jawapan jika mereka mampu menggunakan wang dengan sebaiknya. Ahli kumpulan boleh digadaikan untuk menambah wang. Kumpulan 13 telah menjuarai acara ini.
Pertemuan fasi selepas acara ialah untuk refleksi atau mengambil respon fasi dan juga persiapan untuk hari ketiga.
Subuh hari ketiga, jemaah tetap sama tidak bertambah. Kuliah membicarakan mengenai lirik lagu tema program. Selepas sarapan, ceramah oleh Dr lokman. Diikuti oleh minum pagi. Usai minum pagi ialah videoku. Satu siri filem pendek berkaitan kepimpinan dan jamaah. Soalan-soalan berkaitan filem tersebut akan diajukan dari masa ke semasa. Kemudian mereka akan kembali ke dalam kumpulan untuk membincangkan nilai-nilai yang diterima serta team work yang ditonjolkan dan kemudian dipersembahkan kepada semua.
Solat zuhur dan asar tetap seperti sebelumnya. Tiada tindakan drastik yang dibuat. Jam 2.30 petang acara menarik dimana PM menyarankan setiap kumpulan mempromosikan keluaran baru cassava. Makanan ringan diperbuat dari ubi kayu.Banyak juga kumpulan yang creative seperti kumpulan 3...namun ada juga kumpulan yang memboringkan serta tiada ketahuan biji butirannya.
Usai minum petang, pelajar dikehendaki menjalankan aktiviti BBQ dan organise program tersebut dengan sebaiknya. Hujan masih turun sejak pagi tadi. Fasi berkumpul di bilik gerakan untuk taklimat kembara. Tentu seronok berhujan di dalam hutan.
Menjelang Maghrib, kembara ditukar kepada kembara dalam kem sahaja. Jemaah solat semakin menyusut. Acara makan malam mereka agak hebat dan lebih baik. Usai makan malam, acara kembara II. Hanya kembara dalaman. Penulis satu CP dengan mentor menerima 3 kumpulan. Kumpulan pertama agak cekap. Kumpulan kedua ketua sayu dan menangis tatkala membacakan wasiat dan kumpulan 3 amat keras. Hatta hendak melihat bendera dituduh hendak mencuri bendera. hasilnya mereka ditahan sehingga jam 2 pagi!!!
Pulang ke pengkalan berjalan longlai jam 2.30 pagi. Mula acara tidur sekitar jam 3 pagi. Tatkala tersedar, sudah usai solat subuh. Penulis, mentor dan kem komendan II solat jemaah di rumah penginapan sahaja. Usai solat, terus menyulam mimpi.
Jam 9.30 baru bergerak dari bilik. Rakan-rakan telah siap packing hendak pulang. Acara ialah refleksi kembara diikuti oleh penutup program dan acara bersalaman.
Kumpulan ini baik pengorganisasian mereka berbanding kumpulan sebelumnya namun lemah dalam kerohanian. Hanya kumpulan di Desaru sahaja yang mampu menangi ksemua, kerohanian, kepimpinan dan pengornaisasian.
Penekanan lebih kemas dan tegas perlu dikenakan kepada sasaran seumpama ini.

Ulasan