Kenapa masih enggan berjamaah?
Mungkin telah banyak sekali entry penulis berkaitan dengan tajuk di atas. Sebenarnya penulis merasa agak kehairanan dengan sahabat-sahabat yang masih tidak mahu menyertai solat berjamaah walhal mereka sudah berada di lokasi yang sememangnya membolehkan mereka untuk berjamaah...?
Sebagai contoh, dua orang pemuda saling mengenali bercadang untuk mengerjakan solat di sebuah kompleks membeli belah. Didapati ada seseorang yang lebih senior sedang menyediakan diri untuk solat berseorangan. Salah seorang pemuda mempelawa senior tersebut mengimami solat. Senior itu langsung tidak respon sama ada dari segi mimik muka mahupun isyarat lain. Dia terus mengambil sehelai tikar sejadah lantas bergerak ke ceruk agak terpencil dan memulakan solat.
Si pemuda terpinga-pinga lalu mengambil keputusan untuk solat berseorangan..begitu juga sahabatnya..
Ini antara fenomena aneh yang berlaku.
Fenomena lain, dua orang pemuda juga yang langsung tidak kenal mengenali, masuk ke sebuah musalla untuk solat. Mereka berkebetulan bersama-sama mengambil wudhuk .. dan akhirnya memulakan solat secara bersendirian.
Adakah kita selaku muslim yang waras akan meninggalkan ganjaran 27 ganda ini sewenang-wenangnya dan merebut ganjaran 1 yang tiada jaminan itu? Masalahnya paling menggerunkan, umpamanya kita sudah pun berada di hadapan sebuah bank yang menawarkan pulangan 27% di kaunter utama dan juga tawaran 1% pulangan di kaunter kedua, namun kita masih merebut tawaran 1% sahaja..? Sudah barang tentu mereka akan dituduh 'gila' atau kurang berakal.
Tetapi bagaimana dengan tawaran dari Allah dan RasulNya? Manusia beriman sudah barang pasti tidak akan membiarkan peluang yang datang setiap waktu itu sirna begitu sahaja. Bagi mereka setiap tawaran dariNya pasti akan mendatangkan laba berlipat kali ganda..
Oleh itu mengapa kita masih membiarkan solat kita masih di takuk lama? Bilakah kita hendak 'up grade' dari 1 kepada 27 ganda? Apabila gaji kita ditahan tanpa kenaikan selama setahun, sudah barang tentu kita akan naik angin, panjat pejabat-pejabat berkaitan, hantar bantahan, masuk aduan rakyat dan sebagainya tetapi apabila solat kita khususnya masih di tahap lama sejak kita akil baligh hinggalah ke usia senja, kita tidak pernah hendak berusaha untuk meningkatkannya...
Alangkah ruginya...

Ulasan