Banjir dan banjir lagi
30 Januari 2011 - Penulis bergerak ke Kuala Lumpur pagi sekitar jam 8.30 pagi. Singgah untuk membeli petrol dan sarapan di Ayer Hitam. Keadaan hujan turun berterusan sejak semalam agak menggusarkan perasaan. Namun ianya sirna apabila melihat keadaan sungai Mengkibol yang masih berada di bawah paras yang membimbangkan.
Perjalanan melalui PLUS hanya menemui hujan yang turun berterusan sepanjang jalan hinggalah tibanya ke lokasi. Rumah ibu saudara yang asalnya merupakan rumah arwah nenda. Keadaan hujan masih tidak berubah. Kami kemudiannya bergerak ke rumah pengantin di Rawang.
Rumah pengantin juga dihujani hujan agak lebat. Pengantin sangat berlandaskan Islam. Selawat dibaca tatkala pengantin bergerak ke meja makan. Para hadirin dihidangkan dengan alunan nasyid dan selawat. Dalam kehujanan itu aiskrim tetap dihidangkan.
Kembali dari pengantin singgah semula di rumah ibu saudara. Dapat berita dari adik ipar kluang sudah banjir.
Kelam kabut kami bergerak pulang kerana sejarah banjir. Dalam perjalanan pelbagai manusia dihubungi oleh bonda dan isteri untuk mohon bantuan mengangkat alat elektrik ke bahagian atas rumah.
Tiba di Kluang, keadaan sememangnya banjir. Tiada sebarang maklumat mengenai banjir di Kluang sebenarnya dari corong radio. Yang ada hanya berkisar di Segamat, lebih-lebih lagi Tenang.
Di Kluang keadaan seolah-olah tiada apa yang berlaku. Namun kawasan ke rumah sudah tidak boleh dimasuki kenderaan. Akhirnya banjir itu tiba lagi...hujan masih turun kadang-kadang lebat. Paras sungai agak tinggi. Singgah makan di kedai nasi ayam.
Nyatalah dan redha sahaja. Rumah sudah dimasuki tentera Allah, iaitu banjir. Bermalam di rumah mertua bersama anak-anak, isteri, ibu dan adik. Sepanjang malam hujan mencurah tanpa ada tanda berhenti.Isnin hujan masih turun. Kami sudah boleh pulang masuk ke rumah melihat keadaan rumah. Banjir sudah surut. Namun bekas yang ditinggalkan memenuhi ruang dapur. Rumah ibu lebih berat kerana pusat pentadbirannya terletak di dapur. Berterabur habis segala harta benda.
Gerak gempur pembersihan segera dibuat. Tukang kunci dipanggil untuk menukar tombol yang rosak dipecahkan untuk gerakan menyelamatkan harta benda dunia yang terletak di dapur.
Gerak gempur pembersihan rumah ibu dibuat pada hari Selasa. Selasa cuaca agak baik. Keluarga kami kembali pada hari Rabu.
Sampai bilakah keadaan ini akan berulang? Adakah dengan seqadar memberikan bantuan sekampit beras, sekilo gula dan tepung dapat mengubat jiwa dan kelukaan mangsa yang kehilangan kerusi, tilam, katil, almari, bahkan alatan elektrik? Adakah dengan pemberian RM500 boleh menebus ganti segala peralatan yang terendam di dalam air?
Mengapakah pihak pemerintah tidak berfikir lebih jauh. Bilakah masanya hendak dibuat projek pembesaran parit dan sungai ataupun plan pemindahan rakyat yang berisiko benjir ke kawasan penempatan lebih selamat? Adakah perlu dinantikan hingga beberapa kampung ghaib dari peta muka bumi negara barulah hendak dibuat plan pemindahan yang sememangnya sudah amat terlewat?
Alangkah malangnya.....

Ulasan