solat dua imam?

Dalam perjalanan pulang dari mesyuarat tiga hari dua malam di salah sebuah hotel bajet di hujung selatan semenanjung Malaysia, singgah sebentar di salah sebuah R&R untuk menyelesaikan solat zuhur dan Asr secara jama' taqdim dan qasr.

Ketika imam kami hendak memulakan takbir Asr, muncul beberapa orang lelaki India Muslim bersama ketua mereka yang memakai lilitan serban serta berkain putih tanpa jahitan di hadapan kami dan terus iqamah dan menunaikan solat juga secara berjamaah serentak dengan kami!!

Beberapa orang lelaki yang sedang merehatkan lenguh tangan dan kaki kerana memandu kedengaran berkata-kata, "solat dua imam tu.." tatkala kami usai mengerjakan solat.

Fenomena ini agak aneh. Mengapa jamaah kedua itu tidak menyertai kami, kalaupun kerana mereka solat secara tamam, ataupun setidak-tidaknya menantikan jamaah kami selesai kemudian barulah memulakan jamaah yang baru.

Keadaan ini agak mengelirukan. Ianya boleh menimbulkan keributan dan ketidakselesaan bahkan akan menumbuhkan pula bibit-bibit perpecahan..

Bukankah solat berjamaah itu adalah untuk penyatuan? Adakah kerana imam jamaah kami hanya berseluar jeans dan berkemeja T tanpa kolar menyebabkan imam mereka yang berlilit serban merasa 'kurang selesa' untuk menyertai kami. Kalau pun begitu, sebagaimana yang disebutkan di awal tadi, adakah terlalu tergesa-gesa perjalanan mereka sehinggakan terpaksa memulakan jamaah baru tanpa mahu menunggu kami menyelesaikan jamaah kami?

Atau adakah kerana masalah perbezaan mazhab? Jika perkara ini terus dibiarkan menyubur dalam masyarakat Islam, maka JANGAN BERHARAP kemenangan Islam akan segera muncul di hadapan tentera kafir. Mereka bahkan hanya ketawa melihat kita yang masih terkial-kial dengan masalah fiqh yang masih belum selesai dan terus menjadi perdebatan berbanding persiapan kita untuk menghadapi tentera kuffar itu.

Kepada semua yang terbaca..berhati-hati apabila solat di R&R...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol