Tiga hari di sekolah itu...
Sekali lagi penulis dipelawa untuk menabur bakti di sekolah menengah di Yong Peng bersama rakan-rakan yang sama. Cuma geng ini sudah menerima kehadiran beberapa rakan ahli baru yang juga berminat dan ingin berkongsi.
Perjalanan dimulakan dengan menaiki kenderaan baru milik PH. Singgah di kampung tertentu untuk mengambil KK. Singgah juga di pekan kecil untuk makan pagi namun tiada makanan berat yang tinggal untuk jualan. Mujurlah penulis mendapat bekalan tatkala singgah di rumah Allah.
Kami masuk ke kawasan sekolah sekitar jam 11.00 pagi dengan semangat berkobar untuk masuk ke hutan bagi melihat dan tag kawasan kembara. Sayangnya, pihak urusetia gagal untuk tiba lebih awal. Kami menyempurnakan Jumaat di masjid yang agak besar di pekan tersebut.
Usai solat, kami bergegas pulang, mendapatkan motor dan barang-barang lantas bergerak melurusi trek kembara untuk esok. Usai tugas, kami bergerak pula ke lokasi program di tingkat atas. Kehadiran peserta belum mencapai keseluruhan. Namun, beberapa minit menjelang Asr, KK telah memulakan taklimatnya dan diikuti oleh taklimat telurku sayang oleh PH. Barang peribadi milik peserta juga diambil seperti HP, dompet, kunci motor dan juga rokok.
Selesai acara, kami solat Asr bersama dengan diimami oleh Imam I. Usai solat, acara ice breaking mengambil tempat dengan dikendalikan oleh 2S. Ice breaking kali ini ialah acara membaling bola dan kemudian bola yang disambut, perlu dinyatakan nama si pembaling dan kemudian namanya selaku penyambut. Lebih kurang seperti permainan rantai nama. Selesai, acara menampal belakang peserta dengan pelbagai jenis pekerjaan. Kemudian peserta diminta mengenalpasti apa yang tertampal di belakangnya dengan bertanyakan beberapa soalan kepada pasangannya.
Makan malam menjelma sekitar jam 6.45. Para fasi dihidangkan dengan lauk yang agak menyelerakan. Makanan dimasak sendiri oleh guru-guru sekolah.
Maghrib dikendalikan oleh penulis manakala kuliah I oleh Imam I. Usai solat Isya, acara seterusnya ialah dinamika kumpulan yang dikendalikan oleh Mr S. Pembentangan mengambil masa yang agak panjang kerana ada 10 kumpulan. Letih juga menunggu hingga menjelang jam 12.30 pagi. Nama-nama kumpulan telah ditetapkan lebih awal dengan memberikan setiap kumpulan yang telah dibentuk bentang tadi maklumat mengenai tokoh-tokoh tertentu. Ianya menyebabkan sekatan terhadap kreativiti ahli kumpulan untuk menamakan kumpulan mereka.
Pembentangan memperlihatkan bahawa kebanyakan peserta melihat lambang bulan bintang adalah perlambangan agama islam (http://hashamosha.blogspot.com/2011/02/rahsia-bulan-sabit-dan-bintan-lambang.html) Ada juga yang cuba meletakkan kalimat Allah dan Muhammad selaku perlambangan Islam.
Tidur malam di bangunan sekolah kali ini agak selesa kerana kami tidur di bilik aktiviti, dengan permaidani dan penyaman udara, meskipun bilik air masih kurang selesa namun itu bukanlah persoalan pokok.
Subuh diimamkan oleh Imam I. Kuliah oleh tuan haji H. Acara kembara bermula agak awal. Penulis telah bertindak selaku runner memasang beberapa tag yang masih belum selesai, menghantar fasi ke CP bersama sahabat K. Mujurlah ada bantuan sahabat ini.
Pergerakan kembara agak lancar pada awalnya, namun tersekat di CP khayalan dek kerana
gara-gara keinginan yang membuak tanpa perancangan rapi..Akibatnya pergerakan telah tersekat hingga menjelang Asr baru mereka tiba semula ke lokasi penamat. Makanan pelajar dihantar ke CP4 dan juga CP khayalan kerana jam 14.00 masih banyak kumpulan yang tersangkut di sana.
Usai Asr, aktiviti refleksi mengambil tempat . Sahabat PH mengambil tempatnya yang selayaknya. Usai aktiviti, kami makan malam bersama. Kuliah Maghrib ini disampaikan oleh penulis. Kemudian, selepas Isya acara bertangis tangisan. Kalau sebelum ini ianya dikendalikan oleh TG. Namun kali ini ianya dikendalikan oleh PH. Sememangnya PH ada bakat yang tersembunyi cumanya beliau perlu lebih bersedia dan mengemaskini corak penyampaiannya. Namun tatkala di akhir, ada juga perkara yang kurang baik berlaku.
Sebaik selesai acara sebelum tidur,pemeriksaan dibuat untuk mengenalpasti peserta yang mungkin menyimpan rokok, atau HP atau apa-apa sahaja barang larangan. Yang ditemui adalah beberapa HP dan juga daun pakau yang masih elok dibalut plastik.
Saat-saat tidur masih lagi dibilik yang ber air cond ini. Dikejutkan oleh nyanyian lagu anak kecil main api dari HP sekitar jam 4.30 pagi. Penulis perlu memimpin acara qiamullail. Peserta tatkala penulis tiba sudah hampir memenuhi ruang surau.
Kuliah subuh oleh ayahanda KK. Dilaksanakan di dewan kami tidur malam tadi. Penulis dan beberapa orang sahabat menyambung mimpi yang terbengkalai pagi tadi.Keindahan pagi ini begitu nyaman sekali bagi melunaskan hutang tidur semalam.
Acara semasa sarapan ialah taklimat untuk program seterusnya iaitu graf sukaduka. Graf ini ialah berkaitan perkara2 suka dan duka yang berlaku sepanjang usia sejak berumur 7 tahun hinggalah berumur 20.
Acara ini antara lain ialah untuk menyungkil kisah-kisah silam pelajar, boleh jadi ada kisah dukanya yang mungkin boleh dijadikan pengajaran dan iktibar. contohnya, ia berduka sangat apabila ibu bapanya bercerai...dan itu disebutkan dalam pembentangannya.
Selesai ialah acara menulis serta menyiapkan karangan dan seterusnya membaca hasil karangan tersebut.
Program ini diakhiri dengan acara penutup yang dikendalikan oleh guru-guru sekolah tersebut.
mencari kerja ..
Oh telurku...

Ulasan