Maulid di jalanan

Jumaat 4 Mac 2011 bersamaan 29 Rabiul Awwal 1432 kami telah bersama-sama berada di tapak pelepasan perarakan bersempena sambutan maulidurasul peringkat organisasi. Namun di pihak pejabat penulis, hanya tidak sampai sepuluh orang yang memberikan komitmen. Berpakaian lengkap baju kebangsaan, kami kemudiannya berarak mengelilingi organisasi. Perarakan yang disertai dengan bunyi-bunyian kompang, solawat dan juga perbualan.

Ini merupakan satu ekpresi kecintaan terhadap junjungan. Ini merupakan keaktifan diri dan organisasi terhadap seruan seorang manusia bernama Muhammad SAW lebih 1400 tahun yang lalu. Kumpulan pelajar yang menyertai perarakan lebih tersusun, ramai, meriah dan menarik. Tatkala hampir ke garisan penamat, mereka bertakbir menandakan kesyukuran diatas kesempurnaan 'tawaf' tadi.

Ini adalah petanda kami menyintai mu ya Rasulullah... Namun sunnah-sunnahmu masih lagi kami segan untuk ikuti. Perintahmu masih lagi kami segan dan malu untuk amalkan manakala segala tegahanmu masih pula kami serunuk melaksanakannya.

Alangkah malunya jika mengaku sayangkan nabi hanya seqadar berarak keliling kampung sahaja...itupun tak semua yang turun menunjukkan kecintaan pada mu Ya Rasulullah...tetapi lebih malu lagi apabila mengaku cintakan nabi tapi masih benci terhadap sunnah-sunnahmu ...apalah ertinya lafaz cinta itu?

Abdullah bin Ubai b Salul tokoh munafik senantiasa ikut Nabi SAW, solatnya selalu di belakang Nabi SAW tetapi beliau akhirnya terjerumus ke lembah nifaq.

Abu Jahal diriwayatkan amat gembira dengan kelahiran Nabi SAW hingga dikatakan menyembelih beberapa ratus ekor unta sebagai korban sebagai lambang kesyukuran, namun apabila Nabi SAW mengiytiharkan nubuwwah, beliau manusia pertama yang menentang dakwah Nabi SAW.

Ayuh...Janganlah kita menjadikan acara sambutan ini hanya sebagai acara tahunan sahaja. Makan, berarak, dengar ceramah, ketawa dan pulang. Tiada lagi cetusan kecintaan terhadap junjungan. Tiada lagi secebis ingatan buat beliau. Tahun hadapan, kalau panjang umur buat lagi program yang sama...sunnah nabi kita terus tinggalkan...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol