Tiga hari di situ...

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. At Taubah : Ayat 41

Sekali lagi penulis telah terpanggil untuk menyertai misi kemasyarakatan pada 25-27 Mac 2011 bertempat di Pusat Pertanian Ayer Hitam Batu Pahat membantu gabungan anak-anak dari Sek. Keb. Parit Lapis dan juga Sek. Keb Tenaga Sepakat seramai sekitar 98 orang pelajar tahun 6 yang bakal menghadapi pperiksaan UPSR pada tahun ini.

Kali ini penulis hadir agak lewat, tatkala menjelang waktu zawaal tengahari Jumaat yang mulia. Beberapa sahabat yang setia sudah sedia menanti. Selepas mengemaskini bilik kuliah, kami bergerak ke masjid berhampiran untuk menunaikan solat Jumaat.

Usai solat, bersiap untuk meneroka laluan kembara. Sebenarnya, kali ini penulis diberi amanah untuk menyelesaikan acara kembara memandangkan PH tidak dapat hadir atas urusan lain. Ini merupakan amanah yang berat sebenarnya. Mujurlah ada Urusetia yang telah memahami trek di sini kerana sebelum ini, kami pernah melaksanakan program di sini. Trek adalah tidak terlalu susah. CP boleh ditembusi dengan kenderaan ringan dan juga berat. Sebelum acara taklimat bersama peserta, kami telah selesai tagging, mungkin yang terawal sejak penulis terlibat dengan program ini.

Taklimat sudah seperti biasa akan dikendalikan oleh KK. Ia juga mengandungi pakej pemberian amanah (telur) dan juga penyimpanan barang berharga (HP, duit, dompet dan sebagainya). Bezanya kali ini tiada penerangan mengapa perlu membawa amanah telur.

Usai solat Asr, berkumpul untuk ice breaking oleh Timbalan Penyelaras dengan dibantu oleh orang baru dari Pejabat Pendaftar (OBPP). Penulis bersama urusetia membuat sedikit persiapan untuk kembara.

Maghrib disusuli oleh tazkirah oleh Hj H bersama paparan visual. Sementara itu, taklimat ringkas kembara diadakan di dewan. Usai Isya' acara dinamika kumpulan mengmabil tempat dikendalikan oleh penulis sendiri. Setiap kumpulan perlu mengemukakan nama kumpulan, bendera kumpulan, moto kumpulan, lagu kumpulan dan juga tag line kumpulan.

Pembentangan yang dibuat oleh kesemua 10 kumpulan mengambil masa sebelum jam 12 dijangka tamat. Fasi hanya diberi peluang bertanya satu soalan, peserta dua soalan, markah diberikan oleh fasi yang terpilih dan juga kumpulan yang terpilih.

Subuh disusuli oleh kuliah penyelaras. Kemudian, sekitar jam 7.30 penulis mengambil tugas selaku pembantu PH (Pegawai Hutan). Taklimat kembara diadakan di lapangan. Kemudian peserta dilepaskan mengikut kumpulan dan tertahan di pelepasan yang terletak di medan letak kereta. KK agak aggresif melepaskan kumpulan dan menyebabkan penulis menahan mereka bagaikan menahan air bah yang turun dari bukit. Ini menyebabkan sedikit kesesakan trafik di CP pertama yang dikuasai oleh dua fasi baru wanita.

Perjalanan kembara agak baik dan kumpulan terakhir, yang kesepuluh, tiba tatkala jam 2.15 petang. Solat berjaya diadakan di lapangan, berbumbungkan langit dan berpermaidanikan rumput. Jurufoto sekolah sempat datang mengambil gambar2 kami solat. Mungkin kelakukan kami agak pelek pada pandangan mereka, seolah-olah pendakwah yang solat di tepi pelabuhan selat Melaka sekitar tahun 1400 masehi dahulu..

Acara makan di lapangan juga berjalan dengan jayanya dibawah bimbingan dan seliaan urusetia.

Refleksi kembara bermula sekitar jam 1500 dengan 2 orang peserta gagal untuk solat. Mereka diarah menunaikan solat dengan kadar segera..Refleksi ini penulis mengurangkan bercakap dan cuba memberikan peluang peserta yang memberikan buah fikiran. Mereka diminta menggariskan sepuluh perkara yang mereka dapat dan kemudian penulis memilih secara rambang peserta untuk membacakan cita-cita mereka yang telah dituliskan.

Menjelang jam 16.30, acara refleksi selesai. Minum petang dan kemudiannya diikuti acara riadah. Penulis mengambil kesempatan untuk merehatkan diri.

Selepas makan malam, bergerak untuk solat maghrib dan tazkirah oleh urusetia. Hebatnya beliau berjaya membuatkan peserta menangis!!

Usai Isya' acara yang dirancang ialah graf suka duka namun ianya dibatalkan dan terus ke agenda seterusnya iaitu pesan ayahanda, dahulunya dikenali sebagai jati diri. Kami mengambil kesempatan untuk minum di luar..

Tatkala kami kembali, pesan baru berakhir. Amat tepat masanya..

Membuat persiapan akhir untuk acara tangisan subuh esok..Menjelang fajar, qiamullail pimpinan TG mengambil tempat. Usai subuh acara bertangisan. Diikuti acara menulis warkah.

Kemudian ialah acara gold dan obverse oleh dua Dr. Menjelang jam 11.30, acara penutup.

KOMEN :

1. Kembara di kawasan ini dicadangkan agar dilaksanakan pada waktu malam kerana ianya kawasan tertutup. Pelaksanaan pada waktu siang agak mudah dan longgar.

2. Kuasa2 yang ada pada KK perlulah dikaji semula dan disesuaikan. KK sepatutnya menjadi seorang yang lebih sensitif terhadap kawalan masa dan disiplin. Dicadangkan agar KK sedia ada dilantik selaku COKK dan PH selaku KK sepenuhnya.

3. Pelajar berada di sek rendah tidak perlu didedahkan dengan terlalu banyak ceramah, bebelan dan sebagainya. Tindakan adalah lebih berkesan.

4. Barang amanah untuk pelajar sek rendah perlu ditukar segera. Mereka gagal menghayati falsafah telur. Sebagai contoh, penulis cuba memijak sebiji telur yang ditinggalkan, namun pelajar selamba menjawab, pijaklah cikgu...tu bukan telur saya..

5. Ceramah Jati Diri perlulah disesuaikan dengan keadaan dan masa. Ianya perlu dijadikan subjek elektif bukan subjek wajib program.

Semoga Allah membuka hati kita semua untuk mendapat hidayah dariNya...

AMARAN : Setiap yang ditulis adalah pandangan peribadi penulis semata-mata dan ianya tidak mencerminkan keputusan sebenar organisasi. Wallahu alam.



Minum cikgu...



Alangkah indahnya kalau setiap saat hanya menyeru dan mengangungkanNya semata..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol