Misi Untuk Tuhan
Sekali lagi dengan izin dariNya kami kembali dipanggil untuk menyelesaikan misi PINTAR siri 3/2011 bertempat di lokasi dua minggu lepas, Institut pertanian Ayer Hitam Batu Pahat yang terletak berhadapan dengan tol masuk Ayer Hitam.
Sahabat yang setia hadir tetap sama. Cuma salah seorang S tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan. Begitu juga dengan Haji H. Kem komandan tetap dengan pelakon yang sama. Pegawai Hutan kali ini dilakonkan oleh watak biasa, bukan watak dua minggu sebelum ini. Ada juga pertambahan watak dan peranan pada kali ini. Imam ahli Akhyar dan juga syekhul Islam. Tentu sahaja acara akan menjadi lebih dramatik dan menarik.
Penulis hadir agak lewat dek kerana kesibukan di pejabat. Selepas waktu pejabat, barulah berpeluang untuk memandu ke kem. Tatkala tiba, acara LDK I telah bermula iaitu ice breaking yang dikendalikan oleh Mr S. Penulis tidak dapat bersama kerana terdapat beberapa urusan yang perlu diselesaikan. Hanya sekejap cuma menjenguk muka.
Makan malam dihidangkan dengan sajian yang amat menyelerakan. Kuliah Maghrib dibawa oleh imam I. Manhaj kesufian beliau telah membawa kepada deraian air mata para jamaah.
Usai kuliah, dinamika kumpulan mengambil tempat. Ini adalah salah satu amanah yang dipikulkan ke atas batu jemala. patik. Terdapat 10 kumpulan yang dibentuk pada saat ice breaking. Setiap kumpulan perlu merekacipta bendera, nama kumpulan, moto kumpulan, lagu kumpulan beserta gaya kumpulan. Penulis tidak mendapat kumpulan. Begitulah jika agihan kumpulan dan pemegang dinamika kumpulan tidak dilakukan oleh orang yang sama serta mempunyai kelainan misi pula!!
Pembentangan kumpulan sepeti biasa, kebanyakkannya hambar. Hanya ada satu dua kumpulan yang mampu memberikan sedikit kesempurnaan. Masih wujud kumpulan yang tiada lagu.
Hari kedua menyaksikan solat subuh dipimpin oleh ahli Akhyar. Kuliah pula disampaikan oleh beliau juga beserta aktiviti qiyam sebelum Subuh. Sungguh seronok menghayati zikir selepas solat beliau.
Kembara yang merupakan salah satu subjek wajib dalam menyelesaikan misi PINTAR ini mengambil tempat menjelang waktu Dhuha. Pegawai Hutan meneruskan peranannya bagi memimpin kembali kembara yang hampir kehilangan arah dua minggu lepas. Penulis hanya seqadar penunggu di CP Akrab, atau CP I. Selesai proses kesemua kumpulan, bergerak pula ke CP terakhir menyaksikan peserta merenangi tasik buatan dibawah pimpinan KK. Solat jamaah Zuhur di lapangan dilaksanakan sebanyak dua sesi. Ramai juga peserta yang agak keliru bila diarah solat di atas rumput dengan pakaian yang basah serta berlumpur. Metodologi pemikiran ortodok rupanya telah mengakar umbi dalam jiwa anak-anak kita bahawa pakain kotor perlu dibersihkan sebelum solat. Mereka gagal untuk membezakan di antara kotor bernajis dengan kotor semata-mata. Jika jiwa yang masih suci ini gagal untuk sejajarkan kembali dengan pemahaman sebenar, sudah barang tentu mereka akan menjadi muslim yang beranggapan bahawa kotor pakaian perlulah mandi dahulu baru solat. Maka akhirnya nanti mereka akan meinggalkan solat dengan alasan pakaian kotor walhal tiada secalit najis pun yang melekat atau menghalang.
Kembara hanya berakhir sekitar jam 4 petang. Selepas mandi, mereka digiring ke surau untuk menyelesaikan Asr. Refleksi dilaksanakan di dewan sehingga jam 6.30 petang. Sepuluh perkara yang ditemui sepanjang kembara disenaraikan dan dibaca mengikut kumpulan. Cita-citaku juga dicoretkan dan peserta secara random dipilih untuk membacakannya di khayalak.
Kuliah Maghrib disampaikan oleh syeikhul Islam. Persiapan untuk acara bertangisan dibuat sebelum azan Isya'. Usai solat Isya', peserta dikumpulkan lagi untuk bertangisan. Tuan Guru menjalankan tugasan rutinnya setiap kali program. Sebelum paparan video pertama, sudah ada beberapa pelajar yang memulakan tangisan. Sebaik sahaja video pertama selesai, suara tangisan menjadi semakin kuat memenuhi ruang. Kelihatan guru-guru sekolah mundar mandir di sekitar perhimpunan pelajar dalam cahaya samar kegelapan bilik kuliah. Tidak pasti kenapa mereka berkelakuan begitu. Adakah kerana mereka risau dengan keadaan pelajar atau mereka sendiri sebenarnya cuba menahan sendu yang sudah mula berputik. Cahaya dari lensa kamera sebahagian guru agak membimbangkan kerana ia boleh mematikan mood pelajar.
Akhirnya, tidak sampai slide ketiga, TG telah menghentikan program dan meneruskan ke agenda warkah ibu. Ada terdapat beberapa pelajar yang disuruh membacakan tulisan mereka tetapi tidak dapat dilafazkan, entah kerana malu atau kerana terlalu sedih.
Menjelang dinihari, KK telah membawa beberapa bungkus nasi baryani untuk santapan. bagai orang bersahur untuk berpuasa esok hari, yang sedang tidur segera bangun untuk makan.
Subuh agak lewat pagi ke tiga kerana beberapa masalah teknikal. Jati diri mengambil sesi pagi diikuti oleh ceramah oleh Dr. Y. Penutup bermula jam 11.15 pagi diserikan dengan kehadiran pegawai dari PPD Batu Pahat.
Rama-rama putih sedang terbang menuju Allah..
Kempen ke bang?
Kuliah Maghrib oleh Imam ahli Akhyar
warkah ibu
Ingin ku bacakan buatmu ibu...

Ulasan