Dua Hari Semalam Je
12 dan 13 April 2011 (Selasa dan Rabu) telah dipilih sebagai hari pelaksanaan program Dynamic Development, satu program di kem yang diadakan sebelum peserta dihantar ke organisasi lain untuk latihan industri selama hampir empat bulan.
Savannah Hill, lokasi yang dipilih sejak lebih tiga tahun oleh pihak pejabat penganjur. Entah apa yang istimewa lokasi ini penulis tidak tahu dan tidak ingin tahu.
Pergerakan aktiviti ini agak keberatan dilepaskan oleh ketua jabatan. Maklumlah, minggu bekerja. Selalunya ia dilaksanakan pada hujung minggu. Selama dua tahun berturut-turut ianya dilaksanakan dalam bulan Ramadhan. Selalunya selama 3 hari dua malam. Itu adalah waktu yang ideal untuk pelaksanaan program berbentuk kem . Sebenarnya waktu yang paling ideal ialah selama 4 hari 3 malam. Program jati diri selalunya berlangsung dalam jangkawaktu yang tersebut. Tetapi tidak pada program Dynamic. Namun kali ini, paling tidak ideal untuk total training. Waktu terlalu singkat. Akibatnya, segala aktiviti untuk tiga hari dikompres menjadi dua hari…
Tiba di lokasi sekitar jam 10 pagi. Peserta masih dalam perjalanan. Sempat berbaring di penginapan bagi melepaskan lelah perjalanan melebihi dua marhalah ini.
Belum sempat melelapkan mata, bas telah tiba. Kami bersedia untuk SDK I, iaitu ice breaking. Mentor mengambil tempat biasa dengan membuat kumpulan kira. Mulanya bertiga, kemudian berempat berlima dan seterusnya mengikut jantina. Kemudian, acara chicken dance mengambil tempat. Diakhiri dengan EFT.
Usai SDK I, SDK II mengambil tempat. Kami kemudian menikmati hidangan tengahari. Solat Zuhur dan Asr agak kurang memberangsangkan. Oh ya, kumpulan ini sejak daripada Kem Jati Diri lagi menunjukkan prestasi yang agak lemah dalam bab solat berjamaah. Bagi penulis dan beberapa orang sahabat lain yang bersetuju, ianya adalah satu bentuk KPI yang boleh diukur bagi menentukan kualiti sesebuah kumpulan. Jika ianya tidak mencapai KPI yang ditetapkan (100%) setiap waktu, bererti program mereka GAGAL. Meskipun mereka Berjaya meraih segulung sijil.
Usai solat ceramah bersama bekas KF. Ianya bukan seqadar ceramah tetapi juga ada aktiviti. Ia diikuti oleh aktiviti membuat barang menggunakan kertas surat khabar. Acara selepas riadah ialah mengangkat atau memindahkan botol mineral menggunakan tali dan juga ekor biawak.
Tazkirah pendek Magrib diikuti oleh aluan pengarah program. Kemudian, kembara minda. Penulis ditugaskan di CP bersama TG. Pertama kali sejak terlibat bersama, ditempatkan di CP yang sama dengan beliau. Disini seperti tahun lepas dan tahun sebelumnya, aktiviti ialah membawa si cacat anggota mendaki bukit menggunakan karung guni oleh sibuta dengan dipandu oleh sibisu. Simulasi di CP ini adalah yang paling mencabar dan paling banyak menggunakan tenaga!!
CP kami paling awal tamat, sekitar jam 2 pagi dan dicemburui oleh mentor. Kununnya kami menipu dan sebagainya. Biasalah manusia…Dan kisah itu berlarutan hingga ke saat pulang.
Subuh menunjukkan keadaan yang sangat menyedihkan. Usai solat, kami bergerak ke bilik mereka untuk mengejutkan mereka. Mereka masih gagal bangun rupanya. Bagi penulis, ini petanda jelas kegagalan program mereka.
Hari kedua hanya disi dengan ceramah sehingga menjelang waktu zuhur. Usai solat, acara pulau impian mengambil bahagian. Ia acara yang agak menyeronokkan. Mereka bermatian menyelesaikan puzzle bersaiz gergasi manakala fasi bertungkus lumus untuk menggagalkan mereka. SDK ini hanya berakhir sekitar jam 5 petang dan acara penutup pada jam 5.30 petang. Kami bergerak pulang selepas jam 6 dan tiba di lokasi menjelang Maghrib.
Berbanding peserta kem pengawas peserta berusia sekitar 14 ke 17 tahun. Kembara Wira mereka hanya berakhir selepas jam 3.30 pagi namun mereka mampu mematuhi arahan berkumpul jam 5.45 pagi untuk solat. Kembara minda yang diikuti oleh peserta sekitar 20-25 tahun yang berakhir sekitar jam 3 pagi, namun gagal hadir solat subuh. Apakah ini generasi yang bakal mewarisi kepimpinan Negara dalam jangkamasa terdekat ini?
Mari menari ewahh
gemuruh kah jiwa mereka untuk memperjuangkan agama mereka?
Simpul biawak..
mengejar biawak

Ulasan