Kenangan Lampau : Sekolah Rendah
Penulis memulakan alam persekolahan di sekolah rendah kebangsaan Long Jaafar Taiping Perak, sekitar tahun 1982. Sekolah yang sederhana besar, dengan lambang kepala gajah dan moto gajah mati meninggalkan tulang, manusia mati meinggalkan nyawa. Zaman persekolahan pada watu itu amat seronok Dipenuhi dengan pelbagai acara permainan. Khususnya pada waktu rehat, ada sahaja aktiviti yang dirancang.
Apabila naik darjah dua, penulis bersekolah di sebelah petang. Pada mulanya, penulis pergi menaiki land rover pasukan gerak khas, yang berlambang kepala harimau dengan pisau bayonet di tengahnya. Malek, itulah nama yang tertera pada pakaian uniform pemadu kenderaan tersebut. Pernah sekali, kenderaan terlambat ambil penulis hingga menjelang senja yang menyebabkan penulis menangis.
Di sekolah ini, apabila waktu rehat, antara acara yang paling menarik ialah bergerak ke bahagian belakang kerana di sana ada sebatang anak sungai. Aktiviti biasa ialah meraduk sungai untuk menangkap anak ikan.
Beberapa bulan kemudian, kenderaan land rover tentera tidak boleh lagi mengambil penulis. Akhirnya penulis diterima menumpang kenderaan cikgu maimunah. Kenderaan beliau ialah ford lama. Seronok juga pergi dan balik sekolah naik kenderaan cikgu.
Menjelang penggal kedua, bapa penulis, juga seorang tentera, telah diarah bertukar ke Kota Kinabalu Sabah. Maka penulis dan keluarga juga terpaksa berpindah ke sana. Bersekolah di dalam kem. SK Lok Kawi Kem...
Hari pertama masuk ke kelas darjah dua, ialah pelajaran ilmu hisab. Guru yang masuk terus menulis soalan dan kemudia duduk. Murid dikehendaki menyelesaikan masalah. Penulis gagal faham dan hanya dapat telur.
Bersekolah di dalam kem sudah barang pasti pergerakan ke sekolah dengan menaiki trak tiga tan. Seawal jam 6.30 pagi, kami telah menunggu di tempat yang disediakan. Di Sabah, jam 6.30 pagi matahari yang keluar seperti jam 7.00 pagi di semenanjung malaysia.
Di sekolah ini, penulis buat pertama kalinya dapat susu kotak percuma di bawah skim Yayasan Sabah. Mungkin di Malaysia, Sabah merupakan negeri pertama memberikan susu percuma kepada murid. Bahkan pelajar juga menerima pensil dan buku latihan percuma dari Yayasan.
Di sekolah ini, penulis ditemukan dengan seorang pelajar yang kuat mengamuk. Apabila dia sudah mula amukan, pensil dipatahkan, buku dikoyakkan. Hanya guru sahaja yang mampu menenangkan.
Aktiviti waktu rehat juga masuk ke bahagian belakang sekolah, di situ ada padang dan dihujung padang terdapat sedikit hutan yang memisahkan sekolah dengan kem askar melayu. Dihutan itu, ada sedikit kawasan lapang dengan anak sungai. Di sini, kita boleh menangkap anak-anak udang. Itu juga merupakan aktiviti sementara menantikan kedatangan trak tentera untuk memunggah anak-anak tentera ini pulang ke kuarters penginapan.
Aktiviti cuti sekolah di sini ialah main perang-perang. Penulis rasa peramainan sukan paint ball adalah diambil dari falsafah permainan ini. Untuk memulakan permainan ini, tindakan pertama ialah mendapatkan peluru yang diambil daripada buah pokok ru yang sudah gugur. Kemudian penyediaan senjata ialah dengan mencari kayu yang diikat dengan getah. Getah untuk melastik perlu lebih banyak untuk memberikan impak luarbiasa. Kalau terkena peluru boleh bintat badan dibuatnya. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada jumlah getah yang dipasang pada 'senapang' kayu tersebut...
Peperangan yang berlangsung seolah-olah medan perang sebenar. Selalunya kami dibahagikan mengikut blok penginapan keluarga. Persitiwa pertempuran paling diingati ialah dibawah blok 29 dan blok 27. Masing-masing begitu ghairah menembak...
Aktiviti lain di hujung minggu ialah main rounders. Ianya hampir sama dengan permainan soft ball. Permainan ini amat diminati oleh kebanyakkan anak penghuni blok 30, blok penginapan penulis sekeluarga.
Kadang-kadang arwah ayah ada juga mengajak menangkap ketam di pantai yang terletak sangat hampir dengan blok penginapan. Berjalan melalui pantai yang surut airnya dan menikam ketam yang cuba berlari. Sungguh seronok saat itu untuk diingati..
Di Sabah juga, penulis mula berguru dengan guru agama secara khusus. Pada mulanya penulis menyertai kelas al quran di masjid. Namun, dek kerana laporan pergaulan yang agak kasar di sana hingga ada yang terputus telinga, bonda telah menamatkan pengajian penulis dan mencari guru al quran di flat blok 29. Di situ, bukan setakat mengaji al quran, tetapi juga asas-asas fardhu ain. Kami juga solat berjamaah di situ. Bagi penulis, disitulah lokasi pertama pengajian agama penulis secara formal. Ustaz yang mengajar ialah ustaz Dahari.
Penulis telah dilantik sebagai pengawas untuk pertama kalinya semasa dalam darjah lima. Waktu darjah lima, penulis juga menghadapi peperiksaan penilaian darjah lima. Ketika peperiksaan percubaan, penulis telah mendapat 4A 1 B.
Selaku pengawas, antara tugas mingguan ialah membaca ikrar dan rukunnegara semasa perhimpunan pagi.
Semasa penilaian darjah lima, penulis telah dihinggapi sakit mata, namun peperiksaan tetap dihadiri. Keputusan sama seperti percubaan, 4A 1 B, yang B ialah Matematik. Keputusan itupun sudah cukup membanggakan pihak sekolah sebenarnya.
Semasa cuti akhir penggal, keluarga penulis kembali ke semenanjung. Buat sementara waktu, penulis tinggal di rumah datuk di 29 Lintasan Rokam, Pekan Razaki, ipoh Perak. Arwah datuk penulis semasa itu bertugas di JPJ ipoh. Penulis telah didaftarkan untuk memasuki darjah enam di SK Sg Rokam Ipoh Perak. Seronok juga di sekolah ini, lebih-lebih lagi pada waktu ini penulis mula berjinak dengan pasukan pengakap sekolah. Antara acara yang tidak boleh dilupakan ialah perpisahan guru besar. Penulis terlibat memegang bunga manggar dan guru besar diarak menaiki kereta sport merah.
Cuti akhir semester, penulis berpindah sekolah ke kluang johor. Sek Keb Kg Melayu. Lokasi agak dekat dengan rumah dimana penulis ke sekolah dengan menaiki basikal. Guru kelas semasa itu masih muda, seorang guru perempuan yang lebih rendah dari ketinggian penulis.
Di sekolah ini, penulis mula mencipta kecemerlangan akademik hingga berjaya menggondol keputusan no 1 untuk kesemua darjah enam. Antara peristiwa pahit disini, ialah ketika diperli guru kerana berpakaian pengakap, yang pada waktu itu dipakai pada setiap hari isnin, hanya kerana kesalahan yang kecil. Sejak itu, penulis berkecil hati dan terus meninggalkan pakaian pengakap yang sebenarnya menjadi minat dan kegilaan penulis sebelum daripada ini.
Pertama kali kembali ke negeri Johor agak kekok kerana sekolah bercuti pada hari Jumaat dan memulakan minggu persekolahan pada hari Ahad. Sekolah agama perlu dihadiri pada sebelah petang..
Menghadiri sekolah agama juga merupakan pengalaman menyeronokkan. Penulis terus masuk ke darjah dua sekolah agama kerana sudah berumur 12 tahun. Guru semasa itu ialah ustazah khadijah. Kemudian naik ke darjah tiga sesi pagi semasa itu penulis berada di tingkatan satu dengan ustaz salleh. Penulis jarang hadir ke kelas dan kerap ponteng namun peperiksaan dapat nombor yang agak tinggi di dalam kelas. Semasa darjah empat ketika itu berada dalam tingkatan tiga, bersama ustazah Jariah. Namun sayangnya, berhenti sekolah kerana hendak menumpukan pada SRP kononnya..
Mungkin penulis paling banyak menjadi murid di sekolah-sekolah seluruh malaysia hingga mencapai empat sekolah iaitu;
1. 1982-1983 - SRK Long Jaafar Taiping Perak
2. 1983-1986 - SRK Lok Kawi Kem Kota Kinabalu Sabah
3. 1987 - SRK Sungai Rokam Ipoh Perak
4. 1987 - SRK Kg Melayu Kluang Johor
Moga Allah merahmati dan mengampuni guru-guru ku...Amiin

Ulasan