Ketua itu ada hak untuk dihormati...
Bagi setiap oerganisasi terdapat ketua yang bertanggungjawab untuk menyelia dan mengawal pentadbiran kewangan dan perjalanan organisasi tersebut.Ketua adalah seseorang yang telah dilantik secara rasmi oleh sesebuah organisasi. Selaku ketua, dia mempunyai beberapa hak yang wajib dipatuhi oleh orang yang berada di bawah kekuasaannya.
Di sekolah di peringkat pelajar, wujud ketua pelajar, atau ketua pengawas. Wujud Ketua Pusat Sumber, atau ketua-ketua biro dan sebagainya.
Di pejabat, Ketua itu boleh jadi ketua jabatan, ataupun penyelia, ataupun ketua kerani (CC) ataupun juga boleh jadi seorang Penolong pengarah dan sebagainya, asal sahaja dia ada anak buah yang perlu dinilai, maka itu adalah ketua.
Selaku seorang Ketua, Islam telah menggariskan beberapa hak yang ada padanya yang perlu diberikan kepadanya oleh orang yang berada di bawah kekuasaannya. Diantaranya ialah :
1. Mendapat kepatuhan dan taat setia
Allah berfirman:
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada RasulNya serta pemerintah di kalangan kamu, kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah dan rasulNya, jika kamu benarbenar beriman kepada Allah dan hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (al-Nisa': 59).
Namun ketaatan itu dilarang pada perkara-perkara maksiat terhadap Allah dan RasulNya, sebagaimana maksud sebuah hadis, " "Tidak ada ketaatan kepada perkara-perkara maksiat kepada Allah, sesungguhnya ketaatan itu hanya pada perkara-perkara makruf"
2. Memberi kerjasama
Kerjasama padu perlu diberikan terhadap segala arahan dan perintah yang dikeluarkan oleh seseorang ketua, kecuali diperintahkan pada perkara maksiat, maka tiada wajib memberikan kerjasama kepadanya.
3. Mendapat Teguran dan Nasihat.
Ketua ada hak untuk ditegur oleh anak buah. Adalah satu kesilapan sekiranya ketua menolak sebarang pandangan dan teguran yang diberikan. Abu Bakr tatkala diangkat selaku khalifah ada menyebutkan dalam pidato awalnya, ""Jika sekiranya kamu lihat aku melakukan kebaikan, bantulah aku, dan jika sekiranya kamu lihat aku melakukan kesalahan, betulkan aku".
Umar pada waktu memberikan pidato awalnya di atas mimbar Rasulullah SAW tatkala dibaiah selaku khalifah kedua menyatakan, "Sekiranya kamu melihat kesalahanku maka perbetulkanlah.." Terangsang dengan kata-kata itu, bangkit seorang lelaki seraya menghunus pedangnya, "Jika Umar menyeleweng, nescaya akan kami betulkan dengan pedang kami.." Umar lantas mengangkat tangan menadah kelangit dan berkata, "Sykur, masih ada yang mahu membetulkan Umar dengan pedangnya.."
Ketua itu tidak semestinya seorang pemimpin dan pemimpin itu juga bukanlah seorang ketua. Di sesebuah organisasi, apabila ketua sangat berlebih-lebihan, maka akan kuncul pemimpin di kalangan orang lain yang berpengaruh dan berkaliber.
Amat rugi jika di sesebuah organisasi, kita dikurniakan dengan seorang ketua yang soleh dan baik serta ulama, namun kita sering mempersendakannya, membantah arahannya, mengumpat kelakuannya di belakangnya, tanpa ada rasa sekelumit rasa hormat terhadapnya. Mungkin kerana ketua itu terlalu 'linean' maka kita tanpa segan silu memperlekehkannya dan tidak ada sebesar zarah rasa malu padanya. Alangkah malangnya kita jika begitu...Kita khuatir jika nanti dek kerana tiada rasa bersyukur pada anak buah, maka Allah menggantikan ketua yang baik dengan ketua yang berkuku besi atau tembaga. Maka di saat itu, barulah agaknya bertemu buku dengan ruas, dan barulah terasa tanah yang dipijak terlalu sempit, siang yang dinikmati terlalu panjang dan terik, malam yang dilalui terlalu pendek dan merimaskan.
Pengalaman penulis di bawah ketua yang seperti itu agak memeritkan. Orang mungkin boleh berkata, "Kalau kena dengan aku dah lama aku buat begini begitu..." tapi itu hanya teori dan ilusi. Cuba alami sendiri...Kepada teman-teman yang memahami, bersyukurlah, atau Dia akan menarik kembali nikmat itu dengan sekelip mata. Hormatlah pada ketua kita, berlemah lembutlah serta rendahkan diri apabila berada di hadapannya.
Renungilah firman Allah dalam surah ibrahim ayat 7 , "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".
Janganlah kita terus dilekakan dengan keegoan kita selaku staf lama, kununnya yang paling berpengarauh, paling garang, dan sebagainya hingga kita menjadi angkuh dan berkata-kata di dalam hati, siapa boleh kalahkan aku, bos pun aku boleh patah-patahkan...kalu aku tak suka aku tak suka la buat...
kenyataan ini sangat angkuh bunyinya..apakah ianya tidak sinonim dengan dialog iblis
Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah." Al A'raf : 12
Ya Allah...selamatkanlah kami dari kebinasaan ego...

Ulasan