Bangsa Melayu Islam semakin berani dan maju?



Unjuran Tahun 2005-2010

Mungkin kegawatan moral manusia berbangsa melayu-Islam sudah berada di paras yang amat kritikal sekarang. Dalam keadaan remaja yang semakin teruk dilanda gegaran hendonisme - mengangung-agungkan artis, mengangkat aktiviti zina, menjadikan arak selaku hidangan ternama, membunuh bayi-bayi yang tidak berdosa, dan pelbagai lagi, kini remaja pra tua pula memainkan peranan menambah bebanan laknat sumpah seranah di atas mukabumi yang dulu dikenali sebagai semenanjung emas ini. Bumi yang dikenali di kalangan beberapa blogger konspirasi sebagai bumi yang dijanjikan Tuhan ....


Apakah makna disebalik kebejatan yang semakin hari semakin melampaui batas ini? Bangsa melayu kita yang mewarisi akhlak pemalu, sopan santun dan menjunjung Islam dari nenek moyang kita kini sudah semakin hilang arah, menjadi manusia tidak tahu malu, tidak segan bertelanjang di tengah-tengah media, sangat 'gumbira' mengaibkan sesama bangsa dan agama, kalau boleh hendak disalib di atas menara KLCC agar bangsa 1 malaysia tahu bahawa melayu-islam di Malaysia kini maruah mereka boleh disepak terajang tanpa malu asalkan matlamat 'suchi' tercapai?

Apakah ini bentuk kemajuan yang hendak kita capai? Adakah ini bentuk keberanian bangsa yang hendak kita canai. Tatkala masih ada lagi anak-anak melayu-Islam yang masih tergagap-gagap bercakap di khalayak ramai dalam program jati diri, sang perosak sudah berani berbogel sambil belari di kepulauan pantai Mering...Tatkala anak-anak muda melayu islam masih merangkak-rangkak mencari identiti dan pekerjaan sara hidup, perosak bangsa sudah kenyang terbaring menghisap darah bangsa sendiri.

Tatkala rakyat marhain kais pagi makan pagi kais petang makan petang mencari sesuap nasi, mencukupkan bekalan buat membeli sepeket susu anak kecil yang meraung kelaparan di rumah, menangis mengenangkan harga barang yang semakin melambung, sang perosak sedang gumbire berusaha menjatuhkan bangsa sendiri...

Ya Allah...Kami memohon kepadaMu..Bantulah kami....

(Nabi Yaakub) menjawab: "Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah ......" Yusuf : 86

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol