Wang Ehsan oh Wang Ehsan

5 Mei 2011 jam 9.00 pagi...itulah tarikh dan masa yang diwar-warkan di beberapa balairaya, surau dan masjid sekitar kluang khusus untuk mangsa banjir yang berlaku pada 30 Januari 2011 (Ahad) lepas, dimana wang ehsan kununnya akan dibahagi-bahagikan kepada semua mangsa yang terlibat.

Pada awalnya, senarai nama penerima boleh dirujuk di kedai berdekatan. Malangnya, bila penulis ke sana, senarai nama tiada. Menurut pemilik kedai, senarai nama tersebut telah hilang...keanehan pertama.

Maka pada pagi hari yang dijanjikan, penulis terpaksa masuk lewat ke pejabat semata-mata untuk hadir ke acara tersebut. Pada imaginasi penulis, sudah barang pasti program akan berjalan dengan lebih teratur dan tersusun berbanding tahun-tahun malang sebelumnya berdasarkan kepada pengalaman.

Tapi sayangnya, tatkala penulis tiba sekitar jam 9.15 pagi, keadaan sudah mula sesak. Masalah pertama hendak mencari parkir kereta. Penulis terpaksa berpusing dua kali untuk mendapatkan tempat, itupun pada kali kedua main letak suka hati sahaja.

Naik ke atas, terpaksa mencari nama sama ada tersenarai ataupun tidak. Kaunter ada tiga ataupun empat, namun langsung tidak sistematik. Tiada sebarang maklumat yang ditampal untuk mengenali kaunter. Sepatutnya, letaklah mengikut kawasan penempatan banjir, contohnya kaunter A untuk penempatan banjir Dewan Kampung Pisang, Sekolah Kg Kubu atau sebagainya, namun hal itu tidak berlaku. Setelah penulis berdiri menunggu giliran di satu kaunter hampir 30 minit, barulah dapat maklumat, kaunter dibuka mengikut abjad nama. 30 minit berdiri sia-sia kerana salah kaunter!!.

Berdiri berbaris pula pada kaunter yang sepatutnya. Setelah tiba giliran, begitu pilu kerana nama tidak tersenarai begitu juga nama bonda.

Maka terpaksa mengisi borang lain untuk rayuan dan entah bila ianya akan diambil tindakan.

Betapa hinanya keadaan mangsa-mangsa banjir diperlakukan. Seperti fakir miskin yang datang mengutip bantuan. Sudahlah masa bekerja terbuang begitu sahaja.

Alangkah moleknya kalau sistem dikemaskini. Apakah salah kalau sekiranya sistem kaunter diperbaiki. Lekatkanlah abjad A- N kaunter 1, M-W kaunter 2, tentu lebih mudah. Di kaunter pula, masih guna sistem manual. Apakah menjadi satu kesalahan kalau diletakkan sebuah note book untuk memudahkan pencarian? Apakah begitu hina dan jijik sekali untuk melayan kami mangsa banjir ini hingga peralatan moden segan untuk digunakan?

Ya Allah...hanya kepadamu kami mengadukan kesedihan...

Ulasan

Azam berkata…
itulah lumrah di negara kita sekarang ini....ada link maka akan dapatlah imbuhan...kalau tidak sekadar berharap...ketua2 kampung yang sepatutnye bertindak sebagai org tgh pon....sama....

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol