Pengalaman lampau : Apabila anda ditamatkan kontrak

Staf kerajaan ada yang diambil bekerja dengan status tetap dan berpencen, ada yang diambil bekerja selaku pekerja kontrak (pelek juga ya..ingatkan kerja buruh kontrak sahaj...di pejabat kerajaan pun ada), ada yang diambil secara sambilan bahkan ada juga secara khidmat singkat.

Diantara kesemua status yang disenaraikan, hanya yang berstatus tetap dan berpencen sahaja yang mampu tersenyum panjang. Tiada apa lagi yang perlu dirungsingkan. Kerajaan mempunyai prosedur yang amat ketat untuk menamatkan perkhidmatan staf yang telah masuk ke status seumpama ini. Tindakan undang-undang ke atas staf yang berstatus seperti ini, meskipun dicalit dengan kesalahn-kesalahan tatatertib, amat jarang dikenakan tindakan buang kerja kecuali jika kesalahan yang dilakukan mungkin membabitkan keputusan mahkamah.

Diantara mereka, tolak staf tetap dan berpencen, staf kontrak adalah yang paling beruntung kerana setiap kali kontrak berjaya ditamatkan, akan mendapat imbuhan sebulan gaji. Ini bermakna, staf kontrak barang pasti akan mendapat imbuhan seumpama bonus apabila selesai kontrak tanpa mengira sama ada kontrak akan disambung atau ditamatkan.

Penulis pernah berkhidmat sebagai staf kontrak sejak 1997 hingga 2001. Kontrak adalah 2 tahun. Ertinya berjaya hingga 2 penggal. Memang seronok apabila berjaya menamatkan kontrak dan berjaya meraih imbuhan sebulan gaji. Namun ada juga kegusaran apabila berada di fasa 6 bulan sebelum tamat kontrak. Kerana pihak majikan anda mampu menamatkan kontrak anda pada bila-bila masa sahaja, itu yang termaktub dalam kontrak, dan majikan juga boleh menamatkan kontrak tanpa perlu memberikan jangkamasa yang terlalu lama daripada tarikh sebenar berakhirnya kontrak.

Namun, pekerja kontrak perlu memohon penyambungan kontrak dalam masa 6 bulan sebelum kontrak tamat, tetapi jawapan dari pihak majikan amat lewat.

Itulah yang berlaku dan itulah realitinya. Sebagai contoh nasib yang menerima penulis dan dua orang sahabat penulis di Pejabat Agama.

Pada penggal kedua, apabila penulis memohon penyambungan kontrak untuk 2 tahun lagi, lebih kurang hanya beberapa hari sahaja kontrak akan tamat, barulah jawapan diterima daripada ibu pejabat, itupun hanya disambung 6 bulan sahaja...wah..bagaikan runtuh langit!! Al maklumlah, penulis merupakan anak sulung yang menjadi tulang belakang keluarga memandangkan ayahanda penulis baru sahaja meninggal sekitar tahun 1997, beberapa bulan sahaja selepas penulis berkhidmat di jabatan tersebut. Fikiran menjadi sedikit buntu dan berserabut.

Tapi syukur kerana sahabat penulis di daerah lain, tidak disambung kontrak. Sedangkan beliau baru sahaja mendirikan rumah tangga...Sahabat seorang lagi di daerah berlainan turut hanya disambung selama 6 bulan sahaja dan beliau mengambil langkah terus meninggalkan jawatan tersebut.

Alasan yang diberikan ialah, jawatan Penolong Pegawai Penaksir zakat hanya boleh dijawat oleh individu berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan dan bukannya kelulusan Diploma Pentadbiran Awam!!...Alangkah jengkelnya alasan itu, sedangkan salah seorang sahabat juga di ibu pejabat terus disambung kontrak sedangkan dia juga berkelulusan yang sama cumanya ada hubungan dengan pihak atasan.

Penulis dengan penuh rasa rendah diri cuba untuk menghadap Pengarah, namun rayuan ditolak tanpa alasan. Penulis cuba mengadap YB yang berkuasa atas pentadbiran agama, juga ditolak bahkan diberikan pula alasan-alasan politik yang menjengkelkan. Memangnya begitulah tabiat orang politik. Tidak mahu langsung berpijak di bumi yang nyata. Sememangnya penulis terasa begitu dizalimi.

Oleh kerana itu, masa 6 bulan yang diberikan hanya diisi dengan membuat resume dan mengedarkan ke serata lokasi yang berbau pekerjaan. Alhamdulillah, dengan izinNya jua, penulis mendapat pekerjaan yang tetap...

Mungkin perkara ini nampak kecil, namun sebenarnya wujud anasir-anasir ketidakadilan. Yang paling malang, jawatan yang dipaksa dikosongkan telah diisi oleh anak pengarah sendiri...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol