Semalam yang hangat
20 Mei 2011 penulis terpilih untuk menyelesaikan misi di SK Seri Machap Kluang. Masa yang diberikan amat singkat. Bermula jam 5 petang Jumaat dan berakhir pada tengahari Sabtu. Penulis bersyukur kerana masih dipilih menyertai kumpulan ini. Kumpulan yang tidak sampai 10 orang ini ditugaskan atas nama penaja yang lain daripada biasa.
Hujan yang agak lebat menyambut ketibaan penulis sekitar jam 4.30 petang. Pegawai Hutan, pegawai riadah dan pegawai kamera sudah sedia menanti di lokasi kejadian. Sempat juga meninjau sedikit keadaan kawasan, sebelum menikmati jamuan yang disediakan.
Keadaan sekolah yang mempunyai dua bangunan yang dipisahkan oleh sebatang jalan utama dan disambung pula dengan jejantas dengan anak-anak tangga yang amat curam.
Menjelang jam 6 petang, barulah program dapat dimulakan dengan penyerahan secara formal pihak sekolah kepada pihak fasilitator. Taklimat seringkas mungkin dilaksanakan dan menjelang jam 6.30 petang, barulah program ice breaking dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh tuan F. Hanya dua aktiviti sahaja dalam masa 15 minit. Satu pencapaian yang amat baik telah ditunjukkan oleh beliau.
Makan malam hanya boleh dilaksanakan sekitar jam 7 malam. Usai makan, berkumpul di dataran dan bergerak pula ke surau untuk acara kerohanian. Kuliah disampaikan oleh Al Fadhil Imam II.
Selepas Isya’, pelajar bergerak pula ke dewan untuk aktiviti dinamika kumpulan yang dikendalikan oleh Miss F. Ianya merupakan satu percubaan yang baik. Selesai program, diikuti pula oleh acara tangisan. Pelajar hanya masuk tidur sekitar jam 12.30 pagi.
Jam 1 pagi masih kedengaran derap kaki peserta di bilik tidur mereka di tingkat atas lokasi tempat tidur fasilitator. Akibatnya, pada jam 4.45 pagi sebagaimana yang dijanjikan, peserta lelaki masih belum bangun manakala peserta perempuan sudah terpacak di surau.
Usai kuliah Subuh, denda larian dikenakan kepada pelajar lelaki yang amat lewat dalam pergerakan mereka. Juga kerana kelewatan mereka menghadiri qiamullail. Riadah pagi dihujani oleh titisan hujan rintik-rintik yang kemudiannya reda dan disambung semula aktivitinya.
Kembara dalaman Berjaya diadakan di dalam kawasan sekolah. Ceramah oleh Dr Y juga berjaya dilaksanakan sebelum penutup. Jam 1.30 selesai segala acara.
Gembira dapat bertugas dengan KF dan rakan kerja yang baru. Wallahualam.

Ulasan