RBR Endau dan TOT

Jumaat 26 Mei 2011 seawal pagi, sebenarnya seawal jam 2 pagi lagi, penulis telah dikejutkan oleh anak kedua penulis yang kurang sihat kerana demam. Kepanasan yang melanda dirinya sejak semalam telah membuatkan penulis dan isteri kurang enak untuk tidur. Walaupun hingga menjejak ke pukul 3.30 pagi, akhirnya kami berjaya juga tidur sebentar.

Menjelang jam 6 pagi, menguruskan solat subuh dan kepanasan sang puteri kedua masih ditahap yang agak membimbangkan. Setelah berjaya memasukkan ubat melalui jalan belakang, kerana puteri penulis yang berusia 2 tahun lebih ini amat sukar makan ubat, maka kepanasan mula menurun.

Menjelang waktu dhuha, penulis menghantar anak ke pakar kanak-kanak yang berhampiran. Kemudian, menjelang jam 9.30, penulis dihantar ke bus stop di jalan mersing untuk menunggu bas ke RBR Rompin.

Bas yang ditunggu hanya tiba sekitar jam 10.30 pagi. Tanpa sarapan pagi, penulis bergerak memulakan musafir ke RBR untuk program TOT bersama Pusat Kokurikulum dan Kebudayaan (PKK)

Penulis sebelum itu telah menjadi temuduga di PKK dan mungkin penulis di antara yang berjaya dalam temuduga tersebut untuk dilantik selaku pengajar kursus kokurikulum.

Sekitar jam 12.30 kami tiba di Endau Rompin. Kerana tuntutan dan raungan dari perut semakin kritikal, dengan segera kami mencari kedai makan berdekatan. Dek kerana makanan yang dipesan lewat tiba, kami tidak solat Jumaat pada hari itu...

Kami masuk check in sekitar jam 2 petang. Bilik yang diperuntukkan boleh tahan juga selesanya, hampir seperti bilik di Seri Malaysia. Acarabermula sekitar jam 3 petang. Kami solat jama' sebelum bergerak ke dewan yang telah ditetapkan.

Jam 3 petang, agak ramai juga yang sudah berada di dewan. Peserta diminta membuat pendaftaran dan diberikan sebuah fail yang diisi dengan pelbagai maklumat berkaitan, Taklimat yang diberikan telah membahagikan kami kepada dua kumpulan yang besar, satu kumpulan senior dan satu lagi kumpulan junior.

Penulis sudah tentu masuk kumpulan junior kerana merupakan muka baru dalam kumpulan ini. Di dalam kumpulan ini, ceramah pertama terus disampaikan oleh PM Dr Ahmad Esa dengan tajuk kemahiran insaniah. Selesai jam 5 melepak sahaja di bilik. Usai makan malam kembali menikmati ceramah oleh Ketua Pusat sehingga menjelang jam 10.30 malam.

Usai ceramah, bergerak minum malam dan kemudiannya bergerak untuk taklimat sulit.

Pagi bermula jam 8.30 pagi dengan ceramah oleh KJ Pusat Koko dan berterusan hingga jam 3.30 petang. Menjelang jam 4 petang, ceramah pedagogi dan pada sebelah malamnya ialah ceramah bersama pengarah.

Malam Ahad, kesihatan san perbg puteri masih mendebarkan. Menurut perbualan telefon, kepanasan masih kuat dan telah dirujuk ke hospital berdekatan serta diambil darah namun tiada pula suspek kepada penyakit lain seperti denggi.

Akhirnya puteri penulis dirujuk ke pengamal perubatan tradisional. Itupun penulis berulangkali mengingatkan supaya merujuk kepada pengamal perubatan Islam yang sebenar, bukan separuh masak ataupun yang hanya berpura-pura.

Menjelang waktu Subuh Ahad, panggilan dari isteri masih mendebarkan. Kepanasan masih tetap tidak menurun. Penulis bergegas mencari ahlil Akhyar agar dapat dihantar ke stesen bas berhampiran.

Ahli akhyar dan PH bersetuju menghantar penulis. Kenderaan ahlil akhyar memang hebat dan laju. Pada mulanya penulis fikir akan dihantar ke Endau sahaja, tetapi kami telah dimajukan hingga ke Mersing dalam jangkamasa kurang dari 40 minit...

Dari mersing mengambil bas hingga ke Kluang yang mengambil masa kira-kira 2 jam perjalanan. Dalam perjalanan mendapat berita pemergian sepupu isteri...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol