Temuduga dan kita


Pernahkah anda semua menghadiri temuduga? Penulis percaya hampir kesemua pembaca blog ini pernah melalui proses yang menggentarkan jiwa dan mendebarkan dada ini. Ada sesi temuduga yang memberikan impak yang sangat bermakna dalam kehidupan kita. Ada juga yang kurang memberikan impak. Impak yang timbul dari sesi temuduga selama sejam atau kurang itu kadangkala boleh merubah hampir keseluruhan peta dari kehidupan kita. Ianya boleh menjadikan seseorang itu dari bujang kepada berkeluarga, bahkan ada juga yang boleh menyebabkan daripada bermonogami kepada berpoligami.

Impak lain yang mampu merubah sketsa kehidupan insan melalui proses ini ialah apabila berjaya mendapat pekerjaan yang diidamkan, apabila berjaya naik pangkat dan temuduga terpenting dalam diari kehidupan fana kita ialah tatkala kita baru sahaja melangkah masuk ke bilik temuduga terakhir dan disoal oleh dua panel temuduga yang sangat hebat, iaitulah munkar dan nankir!!

Untuk temuduga pekerjaan, telah banyak yang dilalui oleh penulis. Pertama sekali ialah tatkala mencuba menjawat jawatan pertama secara formal, iaitu jurutol.

Yang terakhir ialah untuk jawatan gred yang lebih tinggi di organisasi penulis. Temuduga kali ini dibuat pada waktu malam. Mungkin pembaca merasa amat pelik, tapi itulah hakikatnya. Penulis masuk sekitar jam 11 malam dan berakhir sekitar awal 12 pagi!! Seramai lima orang pesaing mengambil bahagian untuk merebut satu kerusi sahaja yang kosong. Masing-masing yang hadir mempunyai pengalaman dan sijil yang amat mengujakan sesiapa sahaja. Mungkin hanya penulis sahaja yang hanya berbekalkan sedikit pengalaman dan sijil yang kurang menghairankan panel. Walau bagaimanapun, usaha tetap diteruskan.

Kebanyakan soalan yang diberikan pada awalnya agak sukar untuk dijawab walaupun sebenarnya mudah jika kita ada terbaca artikel berkaitannya. Tetapi dek kerana iklan dikeluarkan pada Rabu dan tarikh tutup permohonan pada Jumaat manakala temuduga pula pada Selasa malam, mana mungkin sempat untuk membaca sebanyak mungkin artikel, perlembagaan apalagi buku-buku berkaitan arahan atau perintah am?

Penulis kurang menaruh sebarang harapan kali ini meskipun hati begitu teruja juga. Hanya kepada Allah diserahkan segala urusan. Cumanya bagi pandangan penulis, temuduga kali ini kelihatan lebih mudah berbanding temuduga kenaikan pangkat yang telah dilalui... tunggu sahaja jawapannya sama ada mengecewakan atau mengumbirekan. Bak kata ketua panel sebelum berlalu pergi, apa ucapan jika tuan/puan gagal? Kebanyakan kami menjawab pasrah....tapi dalam hati, Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui ...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol