Tebing Tinggi dan durian
Bermula 26 hingga 29 Jun 2011, sekali lagi nama penulis terpilih untuk menyertai kem jati diri di Tebing Tinggi Segamat johor. Ahad 26 Jun kami bertolak dari bumi Parit Raja sekitar jam 9.30 pagi menuju ke rumah mentor. Kami bergerak menuju ke Segamat dan singgah di Yong Peng untuk minum pagi. Walaupun penulis telah menyelesaikan tuntutan di Pt Raja, namun kerana menghormati sahabat yang masih belum menyelesaikan tuntutan diri, maka kami membantunya bersama di kedai makan tersebut.
Perjalanan kami merentasi, Chaah, Labis dan akhirnya menemui gemereh dan langsung membelok ke Pusat Latihan Felcra Tebing Tinggi yang agak terasing dan jauh dari bandar Segamat hingga ke jam 11.30 tengahari. Setelah mendaftar penginapan, kami bergerak ke dewan terbuka di bahagian bawah yang agak jauh dari kampus utama. Peserta sedang diberi taklimat oleh Kem Komandan dan juga berlatih nyanyian lagu-lagu wajib.
Bermula jam 12.15, ice breaking selaku LDK pertama membuka tirai. LDK I dipimpin oleh mentor dengan ice breaking. Peserta seramai 154 orang ini dibahagikan kepada beberapa orang fasilitator untuk melaksanakan beberapa aktiviti . Tiga aktiviti yang dicadangkan iaitu rantai nama, gayaku dan juga senandung gosok gigi. Senandung gosok gigi sangat menggelikan hati kerana ada peserta yang menggosok gigi dengan menggunakan perut..
LDK I diakhiri dengan pembahagian kumpulan . Sebelum itu aktiviti bonggo bonggo bonggo mengambil tempat. Peserta akhirnya dibahagikan kepada 12 kumpulan.
Sebagaimana keputusan mesyuarat asal, peserta akan diarah untuk solat berjamaah terlebih dahulu, dan kemudian makan barulah masuk ke bilik. Sayangnya, secara reality perkara tersebut tidak berlaku. Atas alasan kesukaran untuk berwuduk, peserta dilepaskan untuk makan, masuk ke bilik mengambil wudhuk dan kemudiannya solat. Hasilnya, peserta yang solat kurang dari 2/3 jumlah sebenar.
Sementara menunggu aktiviti seterusnya, kami berempat menuju ke kampung berdekatan, yang dinamakan Gemereh, yang mempunyai beberapa rangkaian kedai runcit. Disini kami membeli beberapa keperluan seperti ubat gigi dan juga jajanan. Kacang goring menjadi pilihan utama disebabkan harganya yang lebih murah berbanding harga di kedai-kedai biasa.
Sekitar jam 4.30 petang, aktiviti pembinaan kumpulan dipimpin oleh PH. Peserta yang telah dibahagikan kumpulan diminta menyediakan identity kumpulan seperti nama kumpulan, logo dan bendera kumpulan, lagu kumpulan, etika kumpulan dan juga tag line kumpulan. Kumpulan-kumpulan kecil ini akan dipandu oleh fasilitator yang telah ditetapkan. Tugasan ini berlangsung sehingga jam 6.30 petang. Or Makan malam di dewan makan kali ini lebih tersusun berbanding waktu tengahari tadi. Hidangan telah disiapkan di meja masing-masing. Lalat sangat banyak tanpa ada sebarang penjelasan yang konkrit.
Solat Jama Maghrib dan Isya’ dipimpin oleh Tuan Guru beserta tazkirah bertajuk solat. Penulis dan mentor yang ditempatkan sebilik telah kembali semula ke bilik untuk berehat. LDK III, pembentangan kumpulan dipimpin oleh Tuan Haji Z dan dibahagikan kepada tiga kumpulan besar. Penulis, beserta PH dan Dr. L telah ditempatkan di dewan terbuka lokasi aktiviti LDK I. Empat kumpulan akan membentangkan hasil kerja masing-masing. Kebanyakkan kumpulan mempamerkan sikap aggresif masing-masing dalam membuat pembentangan kumpulan. Aktiviti perbahasan dan persoalan yang ditimbulkan agak hangat. LDK III berakhir sekitar jam 10.45 malam.
Menjelang jam 11.30 malam, mesyuarat post mortem dan persediaan aktiviti hari kedua berlangsung dipimpin oleh penyelaras. Kesemua fasilitator hadir. Antara topik yang dibincangkan ialah berkaitan kehadiran peserta di surau.
Pulang ke bilik menonton TV seqadarnya dan akhirnya tertidur.
Hari kedua bermula seawal jam 5.30 pagi. Solat dipimpin oleh penulis dan tuan guru menyampaikan tazkirah sambungan tazkirah maghrib semalam. Usai tazkirah, kami bergerak ke bilik masing-masing untuk berehat. Pelajar meneruskan aktiviti riadhah pagi bersama kem komandan.
Ceramah satu oleh PM Dr Y manakala LDK kotak hikmah dipimpin oleh sang mentor. Seperti biasa mereka perlu mencari dan menggali barang tersembunyi.
Waktu zuhur jumlah jamaah dilihat agak kurang. sebelum solat, penulis bergegas masuk ke bilik-bilik peserta. Ternyata masih ramai yang berlingkar. Usai solat, tatkala melalui bilik-bilik peserta ada sekumpulan yang melaksanakan solat di bilik. Penulis sempat merakamkan aktiviti ini.
Aktiviti petang agak menarik. Peserta dibahagikan mengikut kumpulan, kepada tiga golongan, sibuta, sibisu dan si cacat. Sibisu akan melihat satu gambar dan kemudian cuba menceritakan kepada si cacat yang akan menyampaikan kepada sibuta untuk membina gambaran yang dilihat oleh sibisu itu tadi.
Tazkirah maghrib ke III disampaikan oleh penulis. Aktiviti Barometer berjalan dari jam 9 malam dimana penulis dan PH menjaga kedai jualan yang begitu pantas terjual barangan. Hanya satu kumpulan sahaja yang berjaya mendapat jawapan. Mesyuarat malam tidak kami hadiri.
Hari ketiga yang lebih mencabar dimulakan dengan qiamullail dan tazkirah IV masih oleh penulis. Usai tazkirah, penghulu dan beberapa orang peserta bertemu dengan Tuan Guru untuk mendapatkan pandangan bagi majlis BBQ menjelang akhir Asr nanti.
Ceramah pagi oleh Dr L diikuti oleh tayangan video oleh mentor. Video yang dipaparkan adalah sama seperti siri teambuilding sebelumnya. Selepas solat zuhur dan Asr secara jama’, penulis masih sempat menggempur bilik-bilik peserta. Mentor begitu ghairah kali ini untuk membuat persembahan nasyid melagukan irama yang pernah menjadi nostalgia kami tatkala berada di SHAH kira-kira 20 tahun lampau. Kami mengajak sekali tuan guru dan PH. Aktiviti petang ialah LDK bersama PM N tetapi kurang menyerlah berbanding sebelumnya.
Jam 5, mesyuarat persediaan kembara dan juga post mortem program sebelumnya. Menjelang jam 6.40, kami menghadiri BBQ dengan dada berdebar kerana hendak membuat persembahan. Sebenarnya kami telah inform lebih awal kepad penghulu program. Kehadiran fasilitator agak lewat manakala kami yang terawal. Istiadat rajuk menjadi perhiasan program sejak dahulu.
BBQ kali ini sangat berbeza dengan BBQ program sebelum ini. Sejak penulis terlibat, dan sejak LDK BBQ ini diperkenalkan, inilah pertama kali aktiviti yang diadakan ialah bacaan tahlil dan doa selamat, juga persembahan nasyid.
Usai solat, taklimat kembara untuk pelajar dan kami bersiap untuk ke CP. Penulis ditigaskan di CP yang biasa untuk memperdaya peserta. Kumpulan pertama masuk peringkap sekitar jam 11.00 malam manakala yang terakhir pada jam 4.00 pagi. Kembara kali ini mencatat sejarah dimana 5 kumpulan telah sesat. Itulah yang menyebabkan masa kembara terpaksa dilanjutkan hingga menjelang fajar sadiq!! Rut Pengalaman mistik ialah kami di CP terdengar suara perempuan menjerit seolah-olah hysteria sebanyak dua kali berturut-turut dan kami menyangka itu adalah suara peserta. Hingga ke akhir, tiada siapa pun yang mengaku empunya suara. Ianya menjadi misteri bagi kami!!
Penulis hanya kembali ke bilik sekitar jam 4.30 pagi. Tatkala mendengar alamrm jam 5.00 pagi, penulis tersedar dan hadir untuk solat Subuh yang dipimpin oleh Tuan guru. Beliau dan PH pulang lebih awal di hari terakhir ini. Usai Subuh, penulis bergegas pulang ke bilik dan sempat mengejutkan beberapa peserta yang masih terperangkap di dalam selimut tebal.
Aktiviti seterusnya ialah menyulam mimpi hingga jam 9 pagi. Mentor lebih beruntung kerana beliau pulang lebih awal semalam.
Refleksi kembara bermula jam 10.30 pagi. Peserta begitu teruja menceritakan pengalaman masing-masing dan yang tidak boleh dilupakan ialah diperdaya di CP penulis dan tuan guru.
Penulis dan mentor meninggalkan tebing tinggi sekitar jam 12.30 tengahari bersama penyelaras kembara. Kami meninggalkan makan tengahari dan kami singgah di Pagoh hanya untuk menikmati empat biji durian!!
Pembentangan kumpulan yang hangat
Apa ada dalam kotak?
Pemuda Al Kahfi muncul di Tebing Tinggi?
Char Kuey Teow...
Berbincang?
Iklan lagi..
Acara terbaik setakat ini
Nasyid pemuda .. Bilakah Al Quran akan dijadikan asas perjuangan membina generasi?
Nasyid sang gadis...alangkah moleknya kalau semua gadis Islam memahami aagama mereka..

Ulasan