Syaaban telah menjelma kembali

Hari ini rupa-rupanya 3 Syaaban 1432 hijrah... Ini bermakna ada lebih kurang 26 hari lagi untuk kita masuk ke Universiti Ramadhan untuk menjalani program mencanai iman dan jika kita berjaya akan beroleh segenggam Ijazah Taqwa. Nilai ijazah ini terbahagi kepada tiga pula iaitu,

i. Awam
ii. Khusus
iii. Khawasul Khusus

Entah bagaimana keadaan kita apabila selesai pengajian dan pentarbiahan di universiti agung tersebut. Mahu atau tidak mahu, suka atau benci, setiap insan bergelar muslim pasti akan masuk ke dalam universiti pentarbiahan tersebut. Bezanya ialah sikap dan keadaan kita apabila masuk ke dalam institusi Ramadhan ini. Ada diantara kita yang masuk dalam keadaan terseksa. Seolah-olahnya masuk ke pusat tahanan perang (POW). Ada juga yang masuk seolah-olah hadir ke kursus pembangunan manusia atau team building. Ini semua adalah bergantung kepada keimanan seseorang.

Selaku seorang yang cuba meningkatkan kualiti keimanan, semoleknya seawal Rejab lagi kita telah membuat sedikit persediaan untuk menghayun kaki memasuki universiti Ramadhan. Persediaan dari segi pemantapan keimanan. Kita sepatutnya sudah mula mencuba untuk bangun malam, atau bangun lebih awal dari biasa, atau lebih baik lagi kalau sebelum terbitnya fajar. Kerana kalau tiba Ramadhan baru nak try bangun awal, payah sedikit, kecuali dengan kehendak dan keizinan dariNya jua...

Semoga kita dapat sekali lagi masuk ke universiti Ramadhan..Insya Allah dengan kualiti yang lebih baik dari tahun sebelumnya...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol