Apabila kita rasa kita sahaja yang betul...
Sebenarnya, bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Ia tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur. An Nahl:23
Kadang-kadang kita kerap merasa dalam apa bentuk pertelingkahan, persengketaan atau permusuhan dan perselisihan, kita beranggapan bahawa kita ini senantiasa berada di pihak yang benar. Kita amat jarang untuk berlapang dada menerima perkataan manusia yang dianggap 'musuh'dan senantiasa bersisi negatif terhadap segala perlakuan, perkataan bahkan senyuman mereka yang telah dicop ini terhadap kita, walhal kadangkala mereka sebenarnya cuba untuk menjernihkan keadaan.
Ada yang mengadu bahawa jiwa tidak tenteram di pejabat lantaran diri telah dicop 'jahat' dan tidak layak untuk dijadikan rakan taulan, apalagi sahabat handai. Di pihak yang lain juga terang-terang menolak kembali tawaran persahabatan juga kerana yakin dan percaya bahawa orang tersebut adalah pendosa dan penjahat serta pelbagai label lagi demi untuk menguatkan hujjah.
Maka wujud atas situasi tersebut orang yang 'dipulau' dan menerbitkan anasir tension, yang membuahkan bibit-bibit kebencian untuk melangkah ke pejabat, terasa segala yang dilakukan oleh pihak lawan sebagai usaha untuk menambahkan lagi ketegangan, apabila hilai tawa dianggap satu aktiviti memperli dan sebagainya. Dan kemudiannya pihak yang terasing ini juga akan kerap 'hilang' sama ada bersurat (cuti, cuti sakit dsbnya) atau tanpa berita formal.
Apabila perkara seumpama ini berlaku, perjalanan pentadbiran sesebuah organisasi akan terganggu. Ini kerana wujud manusia yang gagal memisahkan di antara emosi dan kerja. Penulis mendapat makluman di organisasi yang lain juga banyak kewujudkan dua puak yang tidak sebulu. Namun yang menariknya mereka bersikap profesionalisme dalam kerja. Kerja tetap cekap dan teratur, namun bertegur sapa tidak sekali walaupun meja hanya dipisahkan dengan sekatan rendah.
Apabila anda dalam keadaan situasi seumpama ini, dipulau, dibenci, dicaci, diperli dalam keadaan anda seorang diri di pejabat tanpa pembelaan pihak atasan, apakah yang patut anda lakukan?
Berhenti kerja? - Tindakan yang kurang tepat dalam situasi ekonomi sekarang yang makin menambahkan beban dan tekanan pada diri dan keluarga pula.
Melarikan diri? Dengan kerap ponteng..cuti..MC...ghaib..ianya akan memberikan kesan jangka panjang terhadap sesebuah organisasi bahkan bakal mengundang dosa pula kerana banyak urusan dengan pelanggan tergendala, wang gaji menjadi kurang bersih dan sebagainya.
Buat bodoh dan bersikap profesional...itu yang terbaik. Biarlah orang nak caci aku...biarlah orang nak umpat aku...biarlah orang membenci aku.. selagi aku yaqin bahawa aku berada dalam kebenaran, maka sudah barang pasti Allah bersamaku. Bukankah Rasulullah SAW menerima nasib yang lebih teruk pernah dipulaukan oleh kaum keluarga dan masyarakatnya hanya kerana dakwah baginda..Kerja tetap dijalankan dengan baik. Ponteng jauh sekali. MC kalau benar-benar sakit yang tak boleh bangun. Cuti kalau memang sangat diperlukan.
Alah itu Nabi...kita manusia biasa...itu ungkapan seorang yang egois namanya. Bukankah Tuhan telah memerintahkan agar Nabi SAW dijadikan contoh ikutan terbaik? Mengapa pula kita bersikap ego yang merupakan contoh ikutan syaitan sedangkan Allah telah menyatakan bahawa syaitan itu musuh yang nyata dan jangan diikut jejak langkahnya?
Tetapi kalau kita ini sememangnya berada di tempat yang salah, memang kita punyai perangai buruk hingga manusia membenci kita, maka berubahlah dengan kadar segera..
Masyarakat yang membenci juga patut berubah. kembalilah kepada fitrah. Tidak jatuh sehelai bulu pun kalau kita yang memulakan untuk bermaafan, bertegur sapa. Kalaupun perasaan benci dan iri masih membakar dan menyesakkan dada, cukuplah dengan bermuka, bertegur, membantu tugasannya dan tidak perlulah hingga kena keluar makan bersama, tidur bersama dan sebagainya bak belangkas, namun itu lebih mulia dan baik.
Selagi kedua dua pihak yang bertelagah masih mengikut telunjuk syaitan, bersikap ego, nko yang salah nko la minta maaf, nko ni asyik hilang jek, nko ni itu nko ni ini, maka terus terusanlah menjadi pengikut syaitan dan bersedialah untuk bersama dengan syaitan juga di neraka kelak....nauzubillahi min zaalik.. !!

Ulasan