Mesyuarat Pemilihan JK Surau Masjid
Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan ... At taubah : 18
Pemilihan JK masjid dan surau di negara ini, khususnya di negeri Johor biasanya berjalan dalam keadaan tenang tanpa kedengaran sebarang gelora. Dan perkara itu sudah berakar dan bertradisi sejak sekian lama. Akhir-akhir ini sebelum berlagu gempita sang kuning di ibu kota, kedengaran di kaca televisyen dan akhbar mengenai cadangan kerajaan negeri pulau Pinang untuk mengadakan pilihanraya dalam memilih AJK masjid. Maka disambut oleh sebahagian besar melayu-muslim di serata ceruk rantau tanah semenanjung emas ini dengan nada penuh negatif, menentang keras akan cadangan tersebut.
Penulis ingin menyatakan sesuatu yang berlaku. Dalam pemilihan jawatankuasa surau di qaryah penulis, yang sepatutnya dilaksanakan melalui mesyuarat agung, dan meyuarat agung itu jika dilihat dari segi makna dan kaedahnya, ialah memanggil segala ahli yang ada yang menjadi anggota sesebuah organisasi untuk hadir pada satu tarikh yang ditetapkan, untuk memilih AJK baru setelah membubarkan ajk lama, kecuali jika dalam mesyuarat tersebut ada cadangan agar dikekalkan muka-muka lama dan disokong oleh majoriti, maka kekallah yang lama.
Namun ianya tidak berlaku sedemikian. AJK surau yang lama dipanggil, dengan wakil 2 - 3 orang ahli qaryah lain selaku PEMERHATI, untuk memilih AJK baru yang selalunya ialah PEMILIHAN SEMULA AJK lama untuk membaharukan lesen, seolah-olahnya, agat tauliah yang lama selaku AJK diperbaharui. Seolah-olah memperbaharui lesen memandu, atau memperbaharui pasport antarabangsa lagaknya.
Maka kekallah muka-muka lama walaupun ianya kebanyakan mereka boleh dianggap gagal dalam menjalankan tugas memakmurkan masjid dan surau sebelum ini. Walaupun imam yang ada dibenci oleh anak qaryah, namun jika AJK lama masih suka dan chenta, maka kekallah sang imam. Meskipun JK lama dikritik hebat oleh anak qaryah, namun jika AJK sedia ada dibawah pimpinan pengerusi masih jatuh kasih, maka kekallah yang lama.
Oleh kerana itulah, jarang kita dapat mendengar sebarang bentuk pembaharuan berlaku di masjid atau surau qaryah. Ini adalah kerana golongan baru, golongan muda, jarang mendapat tempat manakala golongan lama yang mengekalkan pemikiran dan ideologi lama, meneruskan perjuangan dan agenda yang kununnya masih belum selesai.
Maka tidak pernah berlaku sebarang bentuk pelaksanaan demokrasi dalam pemilihan songsang seumpama ini.
"Eh, nanti kalau buat pemilihan seperti yang tuan nyatakan, boleh berpecah belah.." kata pakcik Ismon.
"Mana boleh...bukan senang nak kumpulkan anak qaryah.." begitu pula alasan Asmat.
"Cara macam ni yang paling baik. Mudah dan tak perlu nak fikir-fikir panjang lagi. Janji ada AJK. Jangan sampai tak ada .."
Bila kita akan berubah? Bila masjid hendak maju? Hampir setiap hari disogokkan dengan pemakmuran masjid dan surau tetapi jika AJK yang ada masih orang lama dan sama, tiada sebarang wawasan dan pembaharuan yang boleh dibuat. Penambah baikan bangunan, pembesaran dan penempelan kosmetik pada bangunan bukan membawa makna kepada memakmurkan...jika roh surau dan masjid masih kosong, jamaah masih jauh dan kurang..
Wallahu alam.

Ulasan