Sg Abong Muar

Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan ...At Taubah : 18


Kali ini kami sekali lagi terpilih untuk menabur bakti, mengutip ganjaran dan cuba menuai budi sekali lagi. Lokasi ialah masjid Sg Abong Muar. Untuk pertama kalinya kami melaksanakan aktiviti di dalam rumah Allah.

Musafir bermula di pagi Jumaat yang indah menumpang kenderaan tuan guru bersama pegawai hutan. Singgah di stesen minyak shell parit sulong untuk mengisi tangki dan tiba di lokasi sekitar jam 12.00 tengahari. Acara bermula dengan makan tengahari di gerai dalam kawasan masjid. Masjid Sg Abong Muar tidak mempunyai bangunan yang terlalu indah sehebat Masjid Putrajaya, apalagi seluas masjid Negeri Selangor. Dari luar, hanya sebuah bangunan empat segi tanpa bumbung melayu. Namun kawasan sekitarnya luas dengan deretan kedai milik masjid yang disewa oleh peniaga muslim sekitar pecan Sg Abong.

Makan tengahari itu ditaja oleh pihak masjid. Solat Jumaat di masjid itu dihadiri oleh ratusan umat Islam. Usai solat, kami menurunkan barang-barang peribadi dan kegunaan program ke dalam pejabat imam yang besar dan berhawa dingin. Kami dijangka akan menggunakan pejabat imam, bilik mesyuarat yang lengkap dan eksklusif serta bahagian atas untuk penginapan sepanjang program.

Usai Asr, peserta yang berjaya dikumpulkan ialah sekitar 50 orang sahaja. Taklimat oleh KK sebagaimana biasa termasuk pegenalan para fasi pejuang. Kali ini bersama-sama kami ialah muka-muka baru yang telah sekian lama tenggelam, iaitu Haji D dan juga Mr Mod. Kami juga bakal dibantu oleh pelajar muslimat.

Ice breaking menyusul sekitar jam 6.15 dipimpin oleh penulis. Acara yang diaplikasikan ialah rantai nama dan juga membuat ayat. Pembentukan kumpulan dibuat dengan mencari bunyi-bunyian yang sama. Akhirnya, pembentukan kumpulan terlaksana sebanyak lima kumpulan dengan pengasingan lelaki dan wanita.

Solat Maghrib terlaksana selepas makan malam. Makan malam yang sangat unik yang dihidangkan di dalam dulang. Kami para fasi tidak dapat mandi petang itu dek kerana masalah masa.

Tazkirah mahrib oleh penulis dengan hikmah solat manakala dinamika kumpulan dibawa oleh Mr Mod. Selesai pembentangan, spot check ringkas diadakan dan kemudian bersurai. Kami bermesyuarat di bilik mesyuarat untuk melihat perkara yang telah dilaksanakan dan juga perkara yang akan dilaksanakan pada esok hari.

Seawal jam 4.30 pagi, peserta telah dikejutkan untuk qiyam. Program itu hanya bermula sekitar jam 4.45 pagi. Tazkirah subuh oleh Hj H. Kembara dalaman dilaksanakan dengan 4 CP. Ianya hanya berakhir sekitar jam 3 petang.

Menjelang Asr, refleksi kembara berjaya dilaksanakan. Selesai Asr, acara jamrah hikmah mengambil tempat dipimpin oleh Hj D. Tazkirah maghrib dipimpin oleh Pengarah program. Acara tangisan sebagaimana biasa oleh TG. Namun penulis dan PH tidak menghadirkan diri. Usai program, kami minum malam di luar mencari gerai yang berhampiran.

Hari terakhir ialah jati diri sebagai pengisian slot tazkirah subuh terakhir. Ini diikuti oleh pop corn dan kemudian refleksi barang amanah. Ini diikuti oleh slot parenting, slot baru yang dipimpin oleh hj D. Menariknya, ibu bapa yang hadir juga turut menangis teresak-esak bersama anak-anak mereka.

Sememangnya perlu ada pembaharuan yang dibuat dalam program seumpama ini walaupun berdikit-dikit. Mungkin juga sudah tiba masanya untuk pihak pengurusan memikirkan pendekatan yang lebih menarik, juga memikirkan juga kaedah untuk mendekati golongan sasar yang lebih remaja seperti pelajar-pelajar sekolah menengah.

Fasilitator muslimat yang dipilih kali ini terdiri dari kalangan pelajar yang jelas kelihatan semangat dan kekentalan perjuangannya. Kata sesetengah pendapat, janganlah menilai seseorang itu dari zahirnya. Namun untuk sesi motivasi berbau islami, penampilan zahir seseorang itu juga perlu diambil kira. Janganlah kita memilih seseorang itu hanya berdasarkan jawatan semata-mata, tanpa mengambil kira serta menghalusi akhlak dan peradabannya. Sebagai contoh, jika seorang fasi wanita itu boleh menyentuh peserta lelaki, meskipun berlapik, dan tanpa sebarang alasan yang konkrit ataupun dharurat, dek kerana kumpulan ini merupakan kumpulan yang mendokong cita-cita islami, maka ia buleh dianggap sebagai kurang sempurna yang boleh digugurkan dari kalangan nama-nama yang harus dipilih menyertai program seumpama ini. Lainlah kalau kumpulan atau program ini tidak mendukung wawasan berbau islami. Walaupun sebenarnya atau yang sepatutnya kesemua program yang dilaksanakan tidak boleh tidak perlu menekankan aspek islami, namun kadangkala dek kerana kelemahan pengorganisasian, kita juga terlepas pandang.

Kadang-kadang kita bercakap soal pakaian peserta wanita yang tidak mematuhi syariah, dalam keadaan pihak fasi wanita sendiri kurang sempurna soal penutupan auratnya. Kita juga bercakap mengenai soal krisis sosial dan krisis keimanan, dalam keadaan fasi wanita kita masih boleh bergaul mesra hingga 'menyentuh' peserta berlainan jantina.

Mungkin kumpulan ini terlalu unik di mana KK mengambil peranan yang agak besar dalam sesi yang dilaksanakan, bukan hanya sekadar menjadi pengawal masa dan disiplin. Namun, perlu diingat bahawa pengawasan masa dan disiplin perseta perlulah menjadi agenda utama KK. Janganlah kerana dek terlalu ghairah untuk bersama dengan pelaksanaan modul, KK agak 'terlepas' dalam mengatur tugasan utamanya selaku pelaksana undang-undang dan juga menjaga keselamatan para peserta.

wallahu alam.

Ulasan

Aku berkata…
Terbaik... mmg benar apa yg diperkatakan kekadang kita terlepas pandang, kita berbicara tentang islam tetapi kita sendiri masih terlekat dgn propanganda syaitan.. dan penumpuan peranan adalah amat penting bagi mengelak kecelaruan tugasan..
Aku berkata…
Memang benar apa yang diperkatakan kekadang kita terlepas pandang, kita berbicara tentang Islam tetapi kita masih lagi bangga dengan prppanganda syaitan dan pengkhusuan tugas perlu dikemaskini lagi agar tidak berlaku kegahirahan sehingga terlupa kepada tugas asal...

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol