Ramadhan 1432
Marhaban Ya Ramadhan
Dengan izin dariNya jua, Alhamdulillah, kami masih diberi kesempatan untuk melangkah masuk ke gerbang universiti Ramadhan yang mulia. Kami masih lagi diberi kesempatan untuk mengikuti tarbiah dan kuliyyah Ramadhan 1432. Segala Pujian hanya bagiNya..
Ingin melukiskan keazaman pada kesempatan ini untuk mempertingkatkan kualiti Ramadhan ke tahap yang lebih baik. Takkan hendak mendapat Sijil Am Peperiksaan sahaja setiap tahun. Seqadar sijil hadir ke universiti Ramadhan sahaja tanpa mendapat ijazah taqwa yang sangat mahal dan tinggi nilainya itu. Tentulah kita diselaputi kerugian berterusan.
Oleh itu marilah kita bekerja keras buat merebut ijazah taqwa bernilai itu. Al Ghazali menyatakan bahawa darjat orang yang berpuasa itu terbahagi tiga iaitu :
1. Puasa orang awam
2. Puasa orang khusus
3. Puasa orang khawasul khusus
Sekurang-kurangnya kita rebutlah darjat yang kedua itu kalaupun tidak mampu melangkah ke darjat ke tiga yang paling tinggi. Darjat kedua, ialah puasa bukan seqadar menahan lapar dan dahaga semata-mata, tetapi juga menahan dua mata dari melihat sesuatu yang dilarang, menahan lidah dari memperkatakan perkara yang haram, lagha dan sia-sia, menahan tangan dan anggota-anggota lain dari melaksanakan perkara yang kotor dan sia-sia.
Sememangnya terlalu banyak cabaran dan ujian yang perlu dihadapi untuk peningkatan kualiti puasa itu. Bukan mudah untuk menikmati buah yang manis tanpa merasai kepahitan bekerja menanam dan membaja pohonnya.
Sahabat sekelian, marilah teruskan perjuangan ini. Bagi yang telah biasa dengan maqam kedua ini, teruskanlah untuk meningkatkan lagi ke maqam tertinggi, puasa khawasul khusus, puasa orang soleh dan puasa para Nabi.
Sayangnya di akhir zaman ini, Ramadhan yang tiba telah diisytiharkan sebagai bulan makan dan menjamu selera. Di peti televisyen, radio, papan iklan, majalah dan akhbar, diwar-warkan mengenai juadah pelbagai. Rancangan khas berkaitan kaedah dan acara penyediaan juadah berbuka juga menjadi agenda utama di siaran televisyen.
Ramadhan juga menjadi bulan penonjolan kehidupan 'ibadah' para artis, seolah-olah puasa merekalah yang sepatutnya menjadi contoh dan ikutan. Baik di majalah, akhbar dan juga peti televisyen, kisah para artis, selebriti dan sebagainya menjalani ibadah puasa ditonjolkan. Bagaimana mereka berpuasa, bagaimana mereka berbuka, semuanya dikisah dan dirawikan. Hairan juga kita kerana ulama dan para ustaz jarang pula dijadikan kisah utama mengenai kehidupan Ramadhan mereka. Belum pernah kita temui televisyen yang menghidangkan rancangan berkaitan kehidupan sehari Ramadhan bersama mufti Johor, contohnya. Apalagi di majalah mahupun akhbar. Entah bilakah ianya akan berlaku, entahlah...silap-silap langsung takkan berlaku. Diharapkan agar TV yang berbau Islami akan mampu membawa rancangan seumpama ini nanti, bukan hanya seqadar mengajak tokoh itu bersama memasak sahaja, tetapi lebih dari itu lagi...
Wallahu a'lam

Ulasan