Ramadhan ke dua

Ramadhan kedua merupakan hari pertama penulis ke pejabat. Bagi isteri pula, cutinya dipanjangkan sehingga ke 3 Ramadhan.

Sebagaimana biasa di pejabat selalunya banyak dugaan dan ujian yang berlaku untuk mengganggu gugah amalan puasa kita. Ujian ini mungkin datangnya dari sahabat-sahabat sekeliling sama ada dalam bentuk tarikan untuk berbicara perkara yang lagha, atau tarikan untuk makan daging saudara sendiri, ataupun tarikan mata dari segi pakaian-pakaian yang menakjubkan hati sang lelaki...

Juga di pejabat kita akan menemui golongan yang membuka radio online..jika IKIM FM buleh le tahan lagi. Tapi kalau buka siaran lain yang 99% mengarut dan merepek serta ditambah dengan lagu2 lagha, pemujaan terhadap kaum berlainan jantina dan sebagainya, bagaimana kita hendak menjaga dan mengawal amalan puasa kita?

Kita juga kadangkala diuji dengan perkara-perkara yang mampu menaikkan darah. Hanya bersabar sahaja yang mampu dilakukan. Bukankah Nabi SAW pernah mengajarkan apabila kamu diajak bertekak, bergaduh dan sebagainya, maka katakanlah, sesungguhnya aku ini sedang berpuasa.

Ramadhan mendatangkan kebaikan dengan masa kembali ke rumah dipercepatkan dari jam 5 petang ke 4.30 petang. Walau bagaimanapun, waktu rehat disingkatkan selama hanya 30 minit sahaja.

Kelemahan yang muncul di pejabat ialah serangan mengantuk yang maksimum. Apabila serangan berlaku, semua yang dilihat kelihatan kabur dan kelam.

Petang singgah di bazaar untuk menyelesaikan misi perut. Bazaar kali ini kelihatannya lebih kecil saiznya berbanding tahun sebelumnya. Paling ketara jumlah PEMBAKAR IKAN semakin berkurangan. Mungkin kerana tidak tahan dengan persaingan sengit sepanjang tempoh tahun sebelumnya menyebabkan jumlahnya sang pembakar berkurangan.

Cuba mengejar solat Maghrib berjamaah meskipun hanya dapat di rakaat terakhir. Isya juga di surau qaryah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol