Ramadhan hanya batu loncatan untuk berhari raya sahaja?
Ramadhan ke 7 tiba dengan dendangan kepanasan yang agak membakar bumi Kluang...Gotham City jika bersandarkan kepada dalil dari filem Batman. Penulis bergerak ke Kluang Mall, pasaraya terbesar setakat ini di Gotham City, beberapa saat sebelum Asr.
Apa yang sememangnya kurang menarik di situ ialah pasaraya hebat telah mengumandangkan lagu-lagu sambutan eid walhal ianya masih jauh lagi dan bagi muslimin yang sangat mendambakan kehadiran Ramadan amat berharap agar sepanjang tahun ialah Ramadhan kerana segala ketaatan diterima, segala doa dikabulkan, segala amalan baik dilipat gandakan, pintu-pintu syurga terbuka dengan luasnya manakala pintu-pintu neraka ditutup serapat-rapatnya, bahkan syaitan dipenjarakan di dalam lautan.
Namun keanehan dan kelucuan sikap sesetengah penjual, khususnya yang seagama dan sama berpuasa dengan kita amat menyedihkan dengan memperdengarkan lagu-lagi eid dendangan para artis lama dan juga baru. Jika sekiranya pemilik perniagaan dari kalangan non muslim yang memperdengarkan lagu mungkin boleh dimaafkan kerana mungkin mereka tidak faham pengertian Ramadhan. Namun jika muslim yang memperdengarkan, apalagi menyanyikan dengan gumbire bahkan sanggup pula memperdengarkan di pejabat-pejabat kerajaan bahkan 'direstui' pula oleh para pemegang jawatan tinggi di jabatan tersebut.
Kemanakah semangat Ramadhan kita sebenarnya? Dimanakah kita hendak hadapkan muka kita bila berhadapan dengan hadis qudsi, "Setiap amalan anak adam untuk kaffarah, kecuali puasa. Ianya adalah untukKu.." Adakah kita akan bentangkan amalan puasa kita nanti di hadapan Sang Pemilik Arsy Yang Agung dengan puasa yang diwarnai oleh lagu-lagu Hari Raya sebelum tiba saatnya? Puasa yang dibajai oleh kepelbagaian kisah maknanan dan minuman untuk dipenuhkan ke dalam perut yang berbau itu? Puasa yang hanya dipenuhi dengan pelbagai amalan lagha semata-mata?
Ya Allah..Terimalah puasa kami..hambaMu yang cuba untuk menadah sedikit rahmat di permulaan Ramadhan ini....

Ulasan