Hijrah Ramadhan?

Pagi ini agak hangat dengan kisah pindah. Di rawikan dari bilik bos bahawa perpindahan yang dijadualkan pada minggu hadapan ditangguhkan lagi. Maka timbullah pelbagai pandangan dan reaksi negatif dan positif.

Bagi yang telah tenggelam dalam keghairahan dan birahi untuk pindah, angin juga datang menyapa. Tanpa disedari terpacul juga perkataan-perkataan yang boleh memanaskan telinga bagi yang hinggap di telinga nipis itu (tapi tiadalah perkataan itu berbentuk rafas, caci carut dan sebagainya.

Penulis berangapan bahawa jadual perpindahan ke pejabat baru masih jauh lagi. Silap2 selepas eid ataupun selepas kemasukan pelajar baru. Namun itu semua terserah kepada kebijaksanaan pihak pentadbir. Penulis bukanlah duduk di unit pentadbiran am pejabat. Jadi tiadalah pandangan dan pendapat penulis yang diperlukan oleh mereka. Penulis hanya diamanahkan bagi menjaga unit akademik, yang dilihat sebagai unit utama atau 'core bussines' di fakulti. Jadi biarlah urusan pindah ini diserahkan kepada mereka yang sememangnya layak dan diamanahkan. Jika pandangan dan pendapat anda diperlukan, maka berilah pandanganmu dan ianya merupakan sedekah. Jika pendangan mu tidak diperlukan, jangan pula kamu resah gelisah. Jika pandangan yang telah diberikan tidak diambil kisah, jangan pula dilanda perasaan "sentap" (bahasa yang diguna pakai di pejabat penulis). Hanya kepadaMu kami berserah...

Wallahu alam...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol