Kluang-Sogo-TAR-IKEA-Kluang

Sabtu 13 Ramadhan, seawal jam 6.30 pagi, penulis, isteri, anak sulung dan dua orang adik ipar bergerak menuju ke destinasi pertama, SOGO. Dengan kelajuan meter kenderaan sekitar 120-160km, penulis berjaya tiba di tol serdang sekitar jam 9.15 am.

Lawatan pertama ialah ke makam nenda di Cheras Perdana. Sudah agak lama tidak ziarah makam beliau. Lawatan pertama ialah sekitar tahun lepas. Itupun kami gagal menemui lokasi makam yang sebenar disebabkan tiada sebarang nama atau petanda. Kali ini, terpaksa juga mencari dan membaca setiap nisan muslimah. Terik mentari Dhuha di ibu kota terasa mula membakar wajah. Hampir 40 minit mencari akhirnya bertemu jua. Nisan nenda terlindung di sebalik dedaunan renek. Itulah sebabnya kami gagal menemuinya..

Perjalanan diteruskan ke destinasi utama, SOGO. Kesesakan mula menjelma tetapi tidaklah seteruk dua minggu lepas. Kami berjaya masuk ke parking utama di basement namun untuk memuatkan kenderaan di petak parking bukanlah perkara yang mudah kerana pencarian ruang kosong bukannya senang. Terpaksa bertawaf beberapa kali. Akhirnya, terpaksa menunggu sehingga bertemu dengan pengguna yang sudah selesai.

SOGO penuh dengan ratusan manusia pada pandangan penulis. Kami hanya pergi ke ruang pakaian kanak-kanak. Keadaan amat sesak dan ramai. Penulis hampir pitam melihat gelagat dan kelakuan ratusan manusia yang ghairah mencari pakaian untuk anak-anak.

Menjelang zuhur, penulis mula letih. Ambil keputusan ke tingkat bawah untuk berehat di meja makan dan kerusi yang disediakan. Penulis tertidur di meja tersebut. Penulis juga dapat melihat gelagat manusia tidak berpuasa yang makan dengan selamba di khalayak. Orangnya bertudung dan berumur bersama anak perempuan ataupun adik perempuan. Tapi dia bukan orang Malaysia. Mungkin orang Turki.

Sekitar jam 3 petang, kami bergera pula ke jalan TAR. Kesesakan amat teruk di jalanan. Langit mula mendung. Setelah berpusing beebrapa kali akibat jalaa-jalan yang ditutup, akhirnya kami tiba ke destinasi yang dituju. Hanya menurunkan penumpang sahaja. Tiada parking sebagaimana yang dirancang. Jalan masuk ke Masjid India ditutup rupanya sedangkan kami masih belum solat. Ketika itu, jam menunjukkan angka 5 petang.

Hujan turun sekitar jam 5.30 petang. Penulis bertawaf mencari parking. Akhirnya, setelah melihat sedikit keksongan di line kuning hadapan kedai, letak sahaja kenderaan. Berfikir dan menunggu sejenak, berdoa moga Allah permudahkan. Penulis bergerak dalam hujan menuju ke masjid untuk menyelesaikan solat jama dan qasr. Alhamdulillah, tatkala kembali, kenderaan masih ada di tempatnya. Tiada pula kertas saman yang ditampal. Tatkala duduk menunggu di dalam kereta kemudiannya, muncul sang bangau mengetuk cermin, penulis menghidupkan enjin dan bergerak. Mata mencari-cari lorong masuk ke kawasan masjid India. Syukur, ianya telah dibuka. Tatkala melalui perkarangan masjid, terjumpa dengan isteri dan pengikutnya. Alhamdulillah. Tadi kami keputusan perhubungan dek kerana masalah bateri kong.

Meletak kenderaan di tepi jalan yang sesak agak merungsingkan. Lebih-lebih lagi bila melihat kelibat motosikal yang melalui di sisi. Khuatir jika terguris badan si besi hitam ini. Tatkala melihat penguatkuasa DBKL mundar mandir, hanya menunggu arahan bergerak dari mereka sahaja. Namun mereka langsung tidak memandang.

Jam di kereta menunjukkan jam 6.30 petang tatkala isteri dan pengikutnya masuk ke dalam perut kereta. Destinasi seterusnya ialah IKEA yang terletak lebih kurang 9 km dari lokasi kini, berdasarkan kepada petunjuk GPS. Keperluan asas untuk berbuka perlu disediakan sebelum bergerak ke lokasi seterusnya.

Tiba di IKEA beberapa minit sebelum waktu iftaar. Syukur kerana menemui kedai-kedai makanan. Mulakan dengan air mineral dan juga buah-buahan. Selesai iftaar, bergerak ke tujuan asal. Penulis hanya menunggu di surau berhawa dingin.

Surau dan pengunjung di kompleks membeli belah adalah sama sahaja. Tiada inisiatif untuk mendirikan jamaah. Penulis hanya duduk menunggu bateri HP untuk charge. Sekitar jam 8.20, ada lelaki muda yang iqamah untuk solat berjamaah. Maka terdirilah jamaah solat Maghrib.

Urusan isteri dan rombongan hanya berakhir sekitar jam 10.45 malam. Bergerak pulang dan mengantuks. Tiba di kediaman sekitar jam 2 pagi...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol