Jumaat Ramadhan terakhir 1432

Jumaat 26 Ramadhan 1432, merupakan Jumaat terakhir untuk Ramadhan tahun ini. Bermula pada malamnya hujan sejak jam 12.00 tengah malam Jumaat hingga menjejak ke waktu sahur...sungguh syahdu saat-saat itu.

Walau bagaimanapun, sedarnya penulis ketika jam menjejak ke angka 5 pagi. Dan pagi ini juga agak lembab dengan titisan hujan yang seolah-olah tidak mahu berhenti. Seolah-olah alam ini turut menangisi pemergian Ramadhan kali ini. Jumaat Ramadhan yang sunguh syahdu.

Apa yang agak pelik ialah hujan yang turun sepanjang malam jika diikut secara logik kadar lebatnya (hasil dari pendengaran) boleh membuatkan sekurang-kurangnya logkang di hadapan rumah menakung air yang separuh penuh. Namun tatkala menjengah sekitar menjelang fajar, takungan adalah seperti biasa, seolah-olahnya tiada sebarang penambahan air yang berlaku!! Subhanallah..

Dan Sepanjang Jumaat terakhir Ramadhan 1432 hijrah ini, suasana mendung menyelubungi alam. Nyaman dan seronok. Seseorang memberikan pandangan bahawa malam semalam (malam ke 26 ramadhan) aialah malam al qadr. Penulis cuba menyangkal dengan mengatakan bahawa bukankah dalam hadis-hadis sahih menyatakan bahawa al qadr berlaku pada malam-malam ganjil, dan jikapun ingin lebih tepat, pada malam ke 27? Beliau menyatakan bahawa menurut kalender sufi, ianya berbeza...Wallahu alam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol