Hari ini hari raya di Organisasi
Hari ini (16 Syawal 1432) Hari rabu, merupakan hari raya bagi organisasi yang hebat ini. Maka berduyun-duyun warga organisasi dari kalangan staf dan juga pelanggan menuju ke kawasan berkumpulnya segala macam makanan dan minuman juga berhimpunnya segala macam hiburan serta nyanyian.
Hari raya bagi organisasi ini ialah acara makan, ucapan, sedikit doa yang dipanjatkan, dan diselang seli dengan deraian tawa serta beberapa peratusan hiburan berbentuk lagu-lagu dari cakera keras, mahupun dari alatan muzik dan juga lainnya. Itulah dia hari raya di oraganisasi. Oh ya..ada juga amanat dari big bos.
Setiap jabatan ditugaskan untuk menyediakan juadah berdasarkan bajet yang diberikan. Maka ada jabatan yang menyediakan ketupat. Ada jabatan yang menyediakan minuman. ada jabatan yang menyediakan lemang, sate, mee rebus dan sebagainya. Semuanya sudah ditetapkan dalam beberapa sesi mesyuarat yang panjang.
Suasana kali ini di lokasi baru yang lebih luas. Cuacanya agak nyaman dan menyegarkan. Tiada berhimpit2 untuk mendapatkan makanan. Tiada yang duduk berteduh lagi di bawah pohon atau bebayang bangunan seperti tahun-tahun sebelumnya. Tiada juga kedengaran hingga saat perkara ini ditulis sosek-sosek makanan tidak cukup sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.
Di jalanan, kita akan dapat melihat beberapa orang lelaki dan wanita menguyah sesuatu, atau memegang piring, ataupun ada juga yang seolah-olah sedang pergi ke bazaar ramadhan memilih juadah berbuka. Tangan di kiri kanan penuh dengan bungkusan berisi pelbagai juadah.
"Untuk kawan-kawan kat opis.." itu jawapan standard apabila ditanya dan ianya sudah menjadi jawapan rasmi sejak majlis hari raya ini diperkenalkan di organisasi.
Alangkah cantik kalau pesta hari raya ini diserikan lagi dengan sedikit (kalau tidak mahu terlalu panjang) tazkirah dari tok lebai kampung sebelah, ataupun jika mahu yang lebih bermakna dari penceramah tersohor negara untuk menyampaikan sedikit sentuhan. Wang yang terlalu banyak dibelanjakan hanya untuk memenuhkan perut buat beberapa jam itu boleh diambil sedikit untuk membiayai penceramah. Dalam masa yang sama, jasad kenyang, rohani turut merasa nikmatnya. Maka barulah agaknya terjelma kecantikan hasil tarbiyyah ramadhan yang suci..
Walau bagaimanapun syabas kepada pihak penganjur dan juga petugas. Moga2 Allah taala menjadikannya sebagai satu catatan amal yang ikhlas dan mendapat ganjaran dariNya...Amiin.

Ulasan