Pejabat baru

Perpindahan telah selesai menjelang Syawal. Walaupun belum sempurna proses penyiapannya, namun itulah hakikatnya. Kami tetap berpindah.

Penulis ditempatkan di sebuah bilik yang agak luas dan selesa. Sebenarnya staf CC ke atas dapat menikmati kemudahan bilik. Hal ini menimbulkan persoalan di benak pemikiran manusia yang ada di dalam hatinya sedikit perasaan gundah gulana dan kurang senang. Mana boleh pangkat cacai ini duduk di bilik selesa. Ini tidak mengikut norms…dan jutaan alasan rekaan dipenuhkan atas kertas A4 hak kerajaan, atau komplen berbentuk lisan. Biarlah mereka hendak berkata-kata. Kalau kemudahan telah disediakan dan tidak pula digunakan atas alasan dangkal bukankah itu membazir pula namanya?

Tapi tiada patut pula kalau kerani biasa juga mendapat bilik sendiri. Kalau nak dapat juga, kena bagi semua kerani. Kalau ada yang terpilih sahaja muncul fitnah dan bahaya. Nanti takut ada pula yang berani bersuara, atau setidak-tidaknya memberontak dalam diam. Lagi sakit kalau didedahkan di dalam FB yang mungkin boleh dibaca oleh profesor di University of Michigan USA. Tentu malu seluroh organisasi berprestij nanti. Bukankah menolak fitnah itu lebih baik dari membersihkan fitnah.

Pejabat baru semoga warganya juga berjiwa baru. Jiwa yang segar dan berwawasan. Hadir ke pejabat hanya kerana Allah. Untuk membantu para pelajar menuntut ilmu boleh membuahkan hasil pahala yang lumayan. Buangkanlah segala sifat mazmumah yang melekat di hati. Bukankah hati sudah dibersihkan sepanjang pentarbiahan Ramadhan lepas? Jadi sudah pasti tertanggal segala perasaan dengki sesama manusia. Sudah barang pasti tersuci hati dari sifat kotor membenci sesama Muslim. Tersuci hati dari sifat buruk sangka terhadap rakan taulan. Maka barang sudah pasti tiada lagi hasil buah yang buruk dan busuk seperti penyebaran kata-kata buruk di FB dan sebagainya terhadap sesame muslim. Sungguh kotor dan jijik jika begitu. Menulis sesuatu di FB yang menyebabkan perasaan muslim lain menjadi marah, terguris dan terasa hanya mengundang MLM dosa. Semakin ramai yang membaca, semakin ramai yang menambah komen membakar, maka bertambahlah akaun sang penulis. Sayang sekali hanya akaun yang boleh menjerumuskan penulis ke lohong neraka. Kalau akaun ke syorga atau akaun maybank boleh tahan juga…Semua yang menyebar bahkan menyampaikan kepada yang tertulis itu juga terbabit dalam MLM terhebat ini. Inilah MLM tajaan iblis …

Dalam keheningan syawal yang masih hangat terasa (khususnya di kalangan melayu akhir zaman ini) marilah kita menolak dan menghindari segala dosa, sama ada di pejabat, di rumah dan sebagainya. Oleh kerana 8 jam kita di pejabat itu menghabiskan hampir separuh daripada umur atau usia kehidupan kita, marilah kita isinya dengan amal amal soleh. Mengisi kelapangan masanya dengan zikir dan menghindari umpatan, mengisinya dengan membuka laman-laman kesedaran dan ilmu, dari membuka FB dan memberi komen sepanjang hari hingga menjejaskan kerja kita.

Kita mungkin selalu terlupa yang gaji dibayar berdasarkan kerja 8 jam sehari. Namun kadang-kadang kita kerja hanya 3 jam atau kadang-kadang kurang dari itu. Selebihnya kita gunakan untuk chatting di internet, chatting secara manual, main game, berjalan ke sana kemari menguruskan perkara yang bukan kerja, hingga kadang-kadang kerja yang boleh siap sehari terpaksa ditangguh hingga berminggu, Cuma FB kita pula update selalu kerja tidak. Jadi bagaimana dengan kehalalan gaji kita? Apakah tiada syubhat?
Boring la kalau asyik tumpu pada kerja. Silap-silap boleh jadi gila. Itu hanya alasan orang malas dan memang berbilion alasan boleh direka. Tapi kita sebenarnya tahu kita boleh buat kerja dengan cekap dan pantas tanpa gangguan perkara-perkara itu yang sebenarnya lebih bersifat menganggu daripada membantu.

Berpada-pada dalam semua hal. Ingat Allah selalu. Kerja kerana Allah. Lafaz yang ringan untuk diucapkan tetapi hanya menjadi alat di lidah munafik yang gagal menterjemah dalam perlakuan realiti sebenar.

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol