Tiga hari tiga malam
Bermula Jumaat...sebenarnya malam Jumaat lagi ..keluarga besar ini sudah semakin sibuk dengan pelbagai aktiviti bagi menyambut kehadiran menantu baru...Ya..menantu baru ..
Persiapan untuk majlis akad nikah yang akan berlangsung pada 25 Syawal 1432 sekitar jam 3.00 petang semakin rancak dijalankan. Sudah barang pasti isteri penulis yang merupakan saudara kandung kepada bakal pengantin lelaki sepertimana biasa akan disibukkan selaku wedding planner.
Persiapan serta perbincangan awal sebenarnya sudah berjalan sejak awal ramadhan lagi dan semakin memuncak memacu apabila tiba saat-saat akhir ini.
Dan Jumaat yang mendebarkan itupun tiba. Bakal pengantin diarak dengan kenderaan menuju ke rumah bakal pengantin perempuan. Ramai juga pengiring. Maklumlah, bapa saudara agak ramai yang menghantar. Pengantin yang berpakaian serba putih kelihatan segak dan agak gementar. Bacaan doa serta sedikit ucapan dilaksanakan sebelum berangkat.
Setibanya di rumah pengantin perempuan, tuan imam masih belum hadir. Maka masa masa itu diisi dengan perbualan rasmi di antara pihak rombongan lelaki dengan wakil daripada pihak pengantin perempuan.
Keadaan menjadi agak genting juga apabila sang imam yang dinantikan tidak kunjung tiba. menjelang sekitar jam 3.50 petang, akhirnya sang imam yang dinantikan tibalah jua. Maka perasaan gementar sang pengantin lelaki semakin menjadi-jadilah lagaknya...
Namun, dek kerana puteri kedua penulis yang tidak berapa sihat itu merengek untuk menukar pakaian, maka penulis dengan berat hati meninggalkan majlis bersama-sama sang puteri menuju ke kereta. Setelah selesai, penulis hanya berada di veranda rumah pengantin perempuan dan berkebetulan waktu Asr pula menjengukkan dirinya. Maka penulis dan salah seorang adik ipar beransur menuju ke surau berhampiran.
Pabila tiba semula, majlis akad nikah telahpun selesai. Rombongan kami kemudiannya dijemput menikmati hidangan. Dan petang nan indah itu terpahat sebagai sejarah dalam kehidupan dua insan tersebut.
Malam hari sang isteri semakin sibuk untuk penyediaan bagi menghantar sang mempelai lelaki ke rumah pengantin perempuan pada keesokkan harinya.
Tiba harinya, maka kami bergerak selepas solat zuhur. Tiba di kawasan kediaman sekitar jam 2.30 petang dengan terik sang mentari. Sang kompang telah sedia menanti. Maka tatkala mempelai tiba, kami diarak masuk ke perkarangan rumah. Seperti biasa adat melayu, maka ada tol yang menunggu. Jurutol pula agak ramai. Maka wakil kami menghulurkan bayaran tol bersampul...kemudian pengantin lelaki didudukkan untuk acara silat pengantin. Sebelum tiba di pintu rumah, tol kedua menjelma dan akhirnya tol ketiga di pelaminan.
Maka kedua mempelai pun disandingkan. Ini adat melayu. Kemudian direnjis dan ditepung tawar. Sila rujuk perkara ini di http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8505.0 untuk penjelasan berkaitan.
Selesai majlis, rombongan dijemput menikmati hidangan. Anak penulis yang kecil muntah pula maka penulis segera melarikan diri berdua ke taman berhampiran...
Majlis di rumah pengantin lelaki juga tidak kurang hebatnya. Boleh tahan juga tetamu yang berjaya menghadirkan diri

Ulasan