kem AH air hitam muar

14 okt kami bergerak malam selepas isya menuju ke kem AH air hitam Muar, lokasi setersunya dalam siri pengembaraan hidup bersama...

Sememangnya operasi kali ini agak berbeza dengan pergerakan pada waktu malam hari. Singgah sebentar menikmati semangkuk sup kambing beserta nasi putih dek kerana perut mengerang kelaparan disebabkan tidak sempat menjamah makanan tatkala menunggu waktu Isya' di rumah tua..

Tiba di lokasi sekitar jam 12.00 tengah malam. Pengisian awal dengan berborak .. Pelbagai ceritera dan rahsia serta dogengan yang keluar hinggakan sahabat PH yang seawal tadi sudah disampuk sang mengantuk telah berjaya meloloskan diri dan akhirnya hanya tidur sekitar jam 3.00 pagi...

Sekitar jam 5.15, Tuan Guru telah mengejutkan kami untuk solat Subuh. Usai subuh ialah taklimat dan taaruf. Kemudian bergerak ke gerai berhampiran untuk sarapan pagi yang enak. Sepinggan nasi goreng bercampur mee maggi goreng dan kuey teow cukup menyelerakan.

Peserta tiba sekitar jam 8.45 am. Acara pertama ialah taklimat ayahanda diikuti oleh sesi taaruf. Tuan zainudin mengambil acara awal ice breaking dengan mencari lokasi bunyi kenderaan...

Diikuti pula oleh acara dinamika kumpulan. Sembilan kumpulan dikenalpasti melalui modul kali ini. Kumpulan penulis dinamakan sebagai THE BLACK TIGER..nama yang menggerunkan dengan ahlinya lapan orang pelajar tahun lima dan seorang pelajar tahun empat!!

Dinamika menuntut peserta melukiskan logo kumpulan di atas bendera kain putih beserta nama kumpulan dan lima sifat mahmudah dicoretkan di atas kertas mahjung yang diberi. Kumpulan juga diminta membuat gaya kumpulan.

Pembentangan dinamika sepertimana biasa kurang menyelerakan, namun apabila ayahanda yang diberi amanah selaku penilai, ianya menjadi agak memberangsangkan. Apa yang kurang seronok ialah sebarang pertanyaan yang diajukan kepada peserta selalunya dijawab sama ada dengan sepatah perkataan sahaja, ataupun hanya terdiam. Namun kali ini jawapan mereka boleh dikategorikan sebagai agak sempurna juga..

Selepas zuhur dan makan, ceramah oleh Tn Haji Z. Beliau adalah seorang yang sangat memberangsangkan apabila berkata-kata. Seterusnya ialah acara solat Asr dan kemudiannya ialah riadah petang. Waktu riadah ini digunakan oleh penulis untuk leuar bersama PH dan Urusetia mencari bahan makanan jajanan dan juga bekalan.

Tiba kembali ke base camp sekitar jam 1815. Bersiap untuk tazkirah Maghrib dengan tajuk hikmah solat.

Menjelang jam 2100 PH mengambil peranan dengan xtvt pertama membina rumah. Kemudian peserta diminta tidur. Beberapa minit kemudian, ketua pembuat kecoh dan bising di dalam dorm yang masih belum tidur diberkas, ditutup mata dan dibawa tidur di kawasan gelap di sekitar kem...

Jam 2330, operasi mengejutkan semua yang sedang menikmati tidur, ditutup kedua matanya dan digiring ke dalam hutan dengan alunan suara azan. Hutan gelap yang tidak berapa pekat. Kemudian peserta dipisahkan dengan jarak yang terlalu dekat sebenarnya. Namun dek kerana kegelapan mata dan kesunyian malam, ada peserta yang menangis ketakutan..

Operasi hanya berakhirs ekitar jam 2.00 am. Menjelang sahur, mereka dibangunkan lagi untuk qiyam. Subuh baru penulis terjaga dan hanya mendapat serakaat jamaah..

Aktiviti selepas subuh ialah bersama tuan guru hingga menjelang syuruq. Kemudian ialah kanvas hikmah yang senantiasa dimenangi oleh pihak fasi, KECUALI jika ada sang penyebab. Kalau sang penyebab ini muncul duduk di tepi court sekalipun, mereka boleh kalah...hebat tul...huhuhu

Refleksi program semalam bermula sekitar jam 9.15 hingga 10.15 diikuti oleh K-POP yang terdengar menarik tetapi hanyalah satu aktiviti untuk menggalakkan pelajar bercakap di hadapan agar lebih berani. Dengan tajuk cita-citaku...banyak cita-cita dan tokoh masa depan yang keluar seperti pemain rugbi negara, pakar bedah, pilot, doktor haiwan, pemain bolasepak Chalsea, tentera, guru, usahawan dan sebagainya termasuk juga seseorang yang mahu mewujudkan hospital percuma...Jauh rupanya pemikiran mereka memang sangat tidak terjangka..

Acara penutup dihadiri oleh guru dari kedua-dua sekolah dan akhirnya makan tengahari serta solat dan bergerak pulang. Penulis hanya menyulam mimpi sepanjang perjalanan pulang dek kerana hutang tidur yang masih belum langsai...

Kadang-kadang kita terlalu berkira untuk melakukan sesuatu..Kita rasakan bahawa kita telah memberikan yang terbaik...kita juga kadang-kadang terasa bahawa diri ini seolah-olah dipergunakan dengan semahu-mahunya...tanpa ada sedikitpun perasaan segan silu. Analoginya ialah , anda dijemput untuk rewang di sebuah kenduri kahwin, tetapi dalam acara rewang untuk penyediaan majlis pada hari esok itu, hanya tetamu sahaja yang sibuk membuat persiapan, manakala tuan rumah dan keluarga mereka hanya tidur enak-enak di pembaringan mereka. Adakah anda selaku yang dijemput rewang akan rasa selesa atau rasa dipergunakan untuk kepentingan orang lain?

Tuan rumah mungkin akan bersuara, aihh kalau tak ikhlas menolong baik pergi (baca : blah/berambus) ramai lagi yang buleh tolong, tapi tuan rumah terlupa bahawa majlis ini adalah majlis meraikan perkahwinan anaknya, bukan anak yang datang rewang, bukan anak orang lain, anak sendiri, tapi tuan punya rumah buleh asyik dengan rehat dan bersenang-senang seolah-olah yang datang rewang itu bagaikan hamba abdi...lama kelamaan tuan rumah akan ditinggalkan, atau silap-silap keesokkan harinya tinggallah tuan rumah dengan kerabatnya sahaja .. orang lain pulaukan ..


Hanya Dia sahaja yang Maha Tahu...


Sesi Taaruf selepas subuh ..


Taklimat oleh ayahanda ..


Penyerahan barang peribadi...


Lagak seorang hutan (bukan orang hutan)


The Black Tiger


Pembentangan a.k.a bosan.com


bentang tak habis


makan time...semua orang gumbire...


Baiti....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol