Masjid baru
Zuhur tadi sebelum iqamah, sang bilal telah membuat pengumuman penting iaitu solat Asr pada hari ini merupakan solat Asr terakhir di masjid lama. Maghrib kelak akan mula solat di masjid jame baru yang tersergam indah.
Semalam tatkala acara pembersihan ruang bagi meraikan bakal-bakal jamaah pada keeesokan malamnya, itulah pertama kali menginjak ke tanah wakafan bangunan masjid itu sejak projek pembinaannya berjalan pada awal tahun. Ruang solatnya agak luas juga...dengan mimbar yang mempunyai senireka melayu serta mihrab yang diukir tangan oleh muslim uzbek.
Masjid tiga tingkat (pada pengamatan penulis) dilengkapi dengan ruang pejabat, kios, dewan seminar dan sebagainya. Sememangnya sebuah kompleks yang lengkap untuk keperluan muslimin dan muslimat ..
Acara solat pertama di masjid baru begitu hening...dengan keadaan kilat yang memancar melatari warna senja yang kelam bersama turunnya hujan renyai menambah kesyahduan. Berjalan ke bangunan dengan titisan hujan mula membasahi pakaian. Sayang sekali, azan pertama dari masjid tersebut tidak diizinkan keluar oleh pemiliknya.
Jamaah pertama yang datang secara rasmi juga tidak kurang ramainya. Pemimpin masyarakat dan organisasi bersama duduk dalam satu saf. alangkah indahnya kalau setiap waktu begitu. Pemimpin, ulama dan ahli akademik duduk bersama mempraktiskan ilmu, mendengar nasihat dan seterusnya merealisasikan hukum dalam masyarakat setempat. Maka diyakini keamanan dan kesejahteraan ummah akan berkembang dan terlaksana.
Harapan kami ialah agar masjid ini kalaupun tidak semakmur masjid lama (khususnya pada waktu zuhur dan Asr) maka ianya akan bertambah makmur. Dengan kedudukan yang kurang strategik, melainkan jika bangunan berhampiran mampu digerakkan agar menjadi tetamu masjid...wallahu a'lam
Ulasan