Jumaat Yang Hangat...

Jumaat 23 Zulkaedah 1432.. solat Jumaat pertama di bangunan masjid baru UTHM. Keadaan yang sangat kondusif dan nyaman. Jamaah agak ramai kerana solat Jumaat. Khatib oleh Imam Besar negeri Johor Ustaz Khalid Sono.

Penulis juga sempat menemui As Sheikh Hj Mohd Nooh Kadri...Bekas qadhi daerah kluang yang merupakan boss penulis tatkala bertugas di pejabat agama kluang.

Namun tatkala solat Asr di masjid baru tadi, kebimbangan yang pernah disuarakan mula terbayang menjadi kenyataan. Jumlah jamaah merosot berbanding jamaah di masjid lama. Beberapa wajah sahabat yang biasa kelihatan menyertai jamaah sudah tiada...Ya...faktor jarak telah mula memisahkan kita dengan rumah Allah yang tersergam indah ini...

Malang sekali rumah Allah yang hebat ini sememangnya hanya dikunjungi (baca: hadir jamaah) oleh orang yang hampir, ataupun orang yang benar-benar mengerti. Namun hingga artikel ini ditulis, suara azan dari menara itu masih belum dapat mnusuk gegendang dan seterusnya merasuk hati agar memmerintahkan seluruh anggota bergerak ke masjid. Corong suara azan dari pembesar suara masjid lama yang penuh nostalgik itu jauh lebih kuat dan mampu mengeggar bumi wakafan ini serta mampu pula menggerakkan penghuninya agar segera menyahut seruan Allah. Penulis berani menjadi saksi bahawa sesungguhnya jamaah di masjid lama jauh lebih ramai dan lebih meriah berbanding jamaah di bangunan masjid baru.

Dan paling menyedihkan ialah suara azan yang dirindui itu belum kedengaran dari menara biru kehijauan itu. Kalau sesiapa yang berada berhampiran sekitar 100-200 radius sekeliling bangunan barulah boleh kedengaran suara sayup-sayup kerana mungkin hanya pembesar suara dari dalam sahaja.

Hati ini begitu dihiris dan disayat-sayat melihat keadaan ini. Adakah kita telah menyerupai masjid2 di negara jiran bersebelahan yang tidak membenarkan pembesar suara melebihi kadar yang telah ditetapkan? Ataukah bilal ini sudah kembali ke zaman rasulullah SAW, naik ke menara melaungkan azan tanpa penggunaan alat canggih? Maka kalau begitulah, maka sudah barangpasti semakin jauh umat ini dengan masjid. Apabila Ummi Maktum yang buta bertemu Rasulullah SAW untuk mohon keuzuran untuk tidak menyertai jamaah solat dek kerana tiada yang memimpin, Nabi SAW pada awalnya memberi keuzuran. Namun belumpun jauh Ummi Maktum melangkah, Nabi SAW memanggil beliau semula dan bertanya, adakah anda mendengar suara azan? Beliau menjawab, ya.. Dan Jawab Nabi SAW, kamu wajib memenuhinya...

Dan kini masjid bermenara sebatang itu tidak kedengaran azan yang dilaungkan, hatta jika berada di bangunan yang paling hampir sekalipun, kecuali dalam jarak yang diterangkan tadi, bermakna gugurlah kewajipan jamaah atas semua warga organisasi ini?
Masjid bermenara satu akan terus ditinggalkan...masjid bermenara satu akan terus dibungkus kesepian..masjid bermenara satu akan kehilangan tarikan..melainkan bagi mereka yang tertarik dengan senibina keindahan duniawi...

Wallahu a'lam.

Ulasan

hurm.
sekarang masjid semakin banyak dibina..cantik2 bgunan nya..
tetapi knpe semakin kurang jemaahya?
adakah ini suatu petanda kiamat sudah hampir?
abu uzair berkata…
Kerana manusia membina masjid bukan lagi atas asas taqwa..tetapi atas asas kemegahan dan hendak menunjukkan kekuasaan...

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol