Kita dan punch card
Setiap pagi..penulis dan rakan2 lain yang bekerja makan gaji ini akan memandu kenderaan sama ada kecil atau besar, kereta atau motosikal, dengan keluar lebih awal, atau memecut laju kerana lewat, hanya semata-mata untuk mengejar punch card agar dapat di ketik sebelum jam 8.00 pagi!!
Selepas berjaya mengetik, walaupun hanya pada waktu 8:00:59 .. ianya sangat bermakna kerana ianya tidak akan membuatkan kad kita menjadi bertukar warna jika sekiranya mengalami kelewatan melebihi tiga kali dalam sebulan.
Tetapi walaupun kita berjaya mengatasi masa itu, adalah menjadi sesuatu yang sebenarnya kurang sihat apabila kita masih belum berada di hadapan meja kita pada waktu tersebut. Menurut salah seorang daripada ketua jabatan penulis, jam 8.00 pagi sebenarnya ialah waktu dimana staf sudah berada di meja kerjanya, bukan masih berada di hadapan punch card. Ertinya, jika kita berjaya merentas masa dan mengetik sebelum jam 8.01 sekalipun, kita masih dianggap sebagai pekerja yang kurang cemerlang, dalam pengertian yang perlu disyarahkan.
Sebenarnya kita biasa melihat manusia yang pada punch card senantiasa awal, tetapi hanya berada di meja kerja sekitar jam 8.15 - 8.30 pagi. Semasa penulis berada di organisasi sebelum ini, ada staf yang hanya mengetik dan kemudian lenyap sehingga jam 10.00 pagi...
Ada juga segolongan yang lewat tetapi mengirim agar diketik oleh sahabat yang datang lebih awal. Perkara itu adalah satu kesalahan di sisi peraturan. Tetapi kadang-kadang atas budibicara dan sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, maka mungkin ianya dibolehkan. Perkara ini juga berlaku semasa pulang dari pejabat.
Puan XX (bukan nama sebenar) misalnya kelihatan kerap pulang lebih awal dari waktu biasa. Namun yang anehnya, pada kad kedatangan beliau tidak kedapatan yang waktu keluar awal dicatat. Selalunya kad tersebut tetap memaparkan waktu pulang yang sebenarnya. Mungkin sahaja puan XX bersahabat dengan jin yang boleh membantu beliau mengetik kad perakam waktu tersebut apabila tiba waktu sebenar pulang ke rumah.
Mungkin dalam sistem ini manusia yang jujur ialah yang mengetik waktu masuk dan pulang dengan telus dan tulus. Kalau sudah lewat datang terima sahajalah...Jika pulang awal, ketik sahaja waktu pulang itu atau tidak perlu langsung diketik kad perakam itu...
Mungkin juga pentadbir harus memikirkan kaedah terkini, iaitu dengan menggunakan finger flex atau cap jari. Disini tiada lagi istilah wujudnya jin-jin afrit yang sanggup menghambakan diri sebagai pengetik kepada tuan-tuannya yang biasa serunuk menikmati waktu pulang kerumah lebih awal dari orang lain. Kecuali kalau jin-jin tersebut mampu pula copy cop cari tuannya itu...
Wallahu alam.
Ulasan