Hamba Allah : Benarkah begitu?









Berpagi-pagi kita menyapa sahabat sekerja, dimana nak makan sarapan pagi ni? Jarang pula kita bertanya, dah juz berapa al quran kau baca hari ni?

Ketika sarapan kita sibuk berbicara hal-hal dunia, hal kenaikan gaji, hal pembelian dan pembesaran rumah sementara kita yang berhutang dengan bank riba, hal ehwal orang lain yang sepejabat dengan kita yang selalu saja menyebabkan kita berbulu bila melihatnya, hal geopolitik negara dan sebagainya, hal ehwal kereta dan pembeliannya, hingga kita terlupa bertanya dan bercerita hal-ehwal iman dan amalan kita, subuh kita pagi tadi dimana di masjid ke di rumah, kalau di rumah sempat berjamaah ke solat sendirian berhad jek..?

Di pejabat, dihadapan meja kerja kita, kita diasyikkan pula dengan penerokaan alam maya yang hanya dengan hujung jari sahaja kita sudah tahu hal ehwal yang berlaku di Putrajaya, Petrajaya bahkan di hujung dunia. Sekali klik pada button mouse, kita sudah berada di hadapan pintu rumah Presiden USA. Klik sekali lagi, kita sudah bertemu bahkan kadang-kadang berbual mesra dengan manusia-manusia yang tidak pernah kita kenali dan temui secara wajah ke wajah melalui perantara muka buku, atau medium yahoo msg dan sebagainya..




Puas dan bosan di hadapan PC, kita merayap pula ke meja rakan sepejabat yang lain. Maka mulalah kita bersembang lagi hal-hal duniawi yang fana ini. Mengata pula orang di sana sini. Kununnya semua orang lain tidak pandai membuat kerja, orang lain kaki ponteng, orang sana kaki MC, orang sini kaki cuti, orang situ pura-pura je bekerja, orang sanun kerja untuk menunjuk-nunjuk, dan pelbagai lagi penambahan catatan di dalam diari harian amalan kita yang bisa menghumbankan ke suatu daerah kekal beraura azab sengsara..

Menjelang tengahari kita sibuk pula dengan urusan makan dan sebagainya. Menjelang jam 1430, barulah kita kembali ke pejabat, namun yang pertama sekali dijengah adalah muka buku. Ada juga mahkluk-makhluk yang tidak keluar kemana-mana sewaktu rehat dan menghabiskan masa-masa mereka dihadapan PC mereka.

Kenapa diri kita ini semakin rakus dan terpesona dengan dunia? Kenapa kita melihat wawasan akhirat itu sangat jauh dari kita? Bukankah kampung akhirat sudah melambai-lambai kepada kita? Bukankah countdown kematian kita semakin menghampiri kita..?

Kita bertanya kepada diri kita..benarkah kita ini hambaNya? Hamba jenis apakah ini yang jarang sangat mengingati tuannya..jarang sangat ingin berbicara mengenai tuan serta perkara-perkara yang boleh mendatangkan keredhaan tuan milik diri ini? Lidah kita lebih sibuk mengata dan mengumpat serta ketawa besar daripada membicarakan ayat-ayatNya serta menangis memikirkan nasib kita yang masih kabur di alam baqa kelak..mata kita lebih sibuk menatap perkara2 lagha daripada menatap kebesaran dan ayat-ayatNya..pemikiran kita masih jauh dari ingat kepadanya berbanding ingatan kuat serta pautan hati kita kepada dunia..


"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)." Al Imraan:14

wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol