PDC Port Dickson

25 Nov 2011 sekali lagi penulis dijemput untuk menabur budi. Kali ini bersama dengan PPD. Peserta ialah pelajar yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan serta pelajar bermasalah.

Penulis bergerak dengan kenderaan jabatan bersama PH, ayahanda, dan beberapa orang fasilitator dari jabatan penganjur. Pergerakan kami agak lewat kerana urusetia perlu memastikan kehadiran pelajar. Kami sempat minum pagi terlebih dahulu sebelum bertolak. Menunggu dan mengambil penumpang kenderaan mengambil masa yang agak lama. Perjalanan sebenar ke lokasi hanya bermula sekitar jam 11.00 pagi. Kami kemudiannya singgah di sebuah pekan untuk menikmati makanan berupa roti canai dan kambing. Kami melalui jalan lama dan singgah disebuah perkampungan di Melaka, Kampung Durian Tunggal untuk solat Jumaat. Khutbah yang disampaikan oleh khatib bertajuk rasuah dan amat berkesan serta terkesan sekali isi kandungannya.

Pergerakan kemudian diteruskan ke lokasi yang ditentukan. Kami hanya tiba sekitar jam 3 petang dan hujan yang agak lebat menyambut kedatangan kami ke lokasi. Penempatan kami ialah sebuah apartmen satu bilik yang mengandungi dua katil double decker serta sempit. Bangunan lokasi program kelihatan agak uzur.

Taklimat disampaikan oleh ayahanda dan setiap fasi memperkenalkan diri masing-masing. Penulis juga diminta membaca doa. Lagu tema ialah tinggallah ibu tinggallah ayah..

Sekitar jam 5 petang, kami bergerak menuju ke lokasi jungle trekking, acara kemuncak program tersebut. Lokasi program tersebut ialah sebuah bukit 95 darjah. Kami berkira-kira untuk membuat tinjauan awal pada keesokkan harinya.

Solat maghrib dan Isya pertama di dalam program. Maghrib diimami oleh peserta daripada program lain yang berkebetulan juga solat bersama, tetapi tidak melakukan jama' qasr. Usai solat, tazkirah disampaikan oleh Mr. Ghaz. Isi sungguh menarik minat.

Penulis dan PH pulang ke penginapan untuk tukar pakaian. Aktiviti selepas ini ialah ice breaking oleh Tuan Haji S. Pelajar juga setelah dipecah mengikut kumpulan, diminta membentangkan war cry atau tarian perang sebagai satu lambang kumpulan yang direkacipta.

Sekitar jam 11 malam, tuan guru tiba untuk acara tangisan. Beliau tidak dapat hadir keseluruhan program kerana ada program lain yang sedia dihadiri. Acara ini berakhir sekitar jam 12.00 malam.

Pagi jam 4.45 qiam mengambil tempat dengan diikuti oleh solat subuh dan tazkirah. Kesemuanya dipakejkan kepada penulis.

Usai sarapan, sungai asid mengambil tempat diikuti oleh jati diri ayahanda. Penulis, PH dan pengarah serta urusetia bergerak ke lokasi jungle trekking untuk membuat tinjauan sebelum aktiviti bermula pada sebelah awal pagi nanti. Tiba di lokasi, jurulatih telah sedia menunggu. Sekitar jam 9 pagi, kami pun bergerak masuk ke lokasi. Keadaan hutan yang berbukit agak tinggi kelihatan sukar dari kacamata pengarah program. Ketika kami turun sekitar jam 11 pagi, beliau kelihatan agak risau dan cuba mencadangkan agar laluan diubah kepada yang lebih ringan serta mengajak kami masuk semula ke lokasi. Kami kemudian bergerak ke pekan berhampiran untuk mengisi perut.

Kembali ke kem penempatan, sekali lagi menikmati hidangan tengahari. Kemudian, menikmati tidur didewan kuliah sambil mendengar ceramah oleh seorang profesor. Kami kemudian kembali ke penginapan untuk menyambung tidur. Sekitar jam 5 petang membantu PH mengendalikan kanvas hikmah. Kemudian bersiap untuk acara makan malam dan solat serta bacaan doa akhir dan awal tahun.

Sebelum makan, berkumpul di dewan untuk bacaan doa dan sedikit tahlil ringkas. Kemudian, usai solat, tazkirah paling ringkas oleh ayahanda. Acara makan bbq dengan hidangan yang penulis rasa paling baik sepanjang penulis menceburi bidang fasilitator. Ada kupang. Ada Kerang. Ada Udan. Ada ayam. huhuhu

Usai makan, taklimat kembara oleh PH. usai taklimat, kembali ke penginapan untuk recharge sebelum bangkit semula jam 12.45 pm sebagaimana yang diseting pada alarm HP.
Tatkala alarm berbunyi, mata rasa begitu berat untuk diangkat. Bak bangun sahur lak rasenyee. Bila bersalin, Ya Allah! Sejuk macam nak demam rasanya. Ni kat London ke kat PD nih?

Setelah selesai berpakaian, bergerak ke tapak pelepasan. Peserta ditutup mata mereka dan kemudian naik ke dalam bas. Sepanjang perjalanan sekitar 5 km itu mereka bergerak dalam keadaan mata yang tertutup.

Tiba di tapak jungle trekking, mata masih tertutup. keadaan gelap gelita. tanpa lampu jalan. tanpa sinaran bulan. Al maklumlah, malam 1 muharram. Peserta memulakan pergerakan sekitar jam 2.15 pagi dengan diiringi laungan azan. Sementara menunggu, kami menyediakan CP untuk mereka lalui tatkala keluar dari hutan sebentar lagi. Kami menjangka mereka akan keluar sekitar jam 4 ke 5 pagi.

Penulis mengambil kesempatan untuk cuba berehat tetapi gagal dek kerana terdapat beberapa tugasan yang perlu diselesaikan. Menjelang jam 4.00 pagi, ayahanda memberi laporan melalui alat radio bahawa mereka sudah tiba di jalan tar menuju ke CP. Wah, kelam kabut dibuatnya kerana kami menyangka mereka masih lama lagi di dalam hutan.

CP penulis adalah sama dengan dengan PH. PH dan ayahanda agak sibuk di tapak pelepasan. Sementara menunggu, penulis sempat tidur sebentar. Peserta dibenarkan membuang air di kem berhampiran. Masa yang diambil agak lama juga.

Di CP penulis, kumpulan pertama berlalu tanpa sebarang refleksi. Kumpulan kedua, kami menemui sesuatu..

Penulis : "Cuba nyanyikan lagu tema program.."

Pelajar mula menyanyikan dengan keadaan lemah, tidak berapa hafal skrip dan sebagainya..

Penulis : "Nampaknya kamu semua tidak serius. Kamu menganggap bahawa program ini tidak serius dan hanya bermain-main.."

Ketua kumpulan :"Moral kami dah down .. Dulu saya ada masuk program 7 hari, tapi relaks je..program ni memberi tekanan kepada kami.."

Penulis, : "Semua ahli tertekan ke?" Terdapat 7 orang ahli di dalamnya. Hanya dua orang sahaja yang beranggapan begitu, termasuk sang ketua.

Penulis : "Bagaimana kata semua down? Awak nak bandingkan program tujuh hari dengan tiga hari..? Tentu tak sama.."

Dan seterusnya dek kerana Subuh telah muncul, kami berhenti solat berjamaah dan berwuduk dengan hanya sebotol air mineral...

Selepas solat, PH mengambil slot.

Kumpulan ketiga muncul sekitar jam 7 pagi. Tatkala refleksi, keadaan mereka akan terkejut, terperanjat dan geram..

Pulang ke penginapan sekitar jam 9.00 pagi. Menikmati sedikit sarapan pagi dan seterusnya menikmati mimpi di pagi hari. Sekitar jam 11.15 pagi, kami bangkit dan bersiap untuk program penutup.

Program penutup bermula jam 11.45 pagi dengan kendalian ayahanda. Penulis diminta memberi ulasan mengenai barang amanah. Penulis membawakan kisah amanah ini dengan kisah pengembala kambing di zaman pemerintahan Umar Al Khattab. PH memberi sedikit ulasan berkaitan kembara.

Terdapat lima perjaka yang lewat dengan alasan tertidur. Aneh kumpulan ini.

Pengarah mengakhiri program dengan sejuta harapan yang menggunung...

Bertolak pulang penulis menjadi supir dari Melaka hingga ke pejabat...


Tazkirah yang menyentuh..


Ice Breaking


Sungai asid yang membakar...


Hukum Karma ..Kulit Album Wing


Dalam air aku menyanyi


Kanvas hikmah


Ulasan seorang PH...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol