Aku dah jemu....
Dalam perjalanan pulang dari pejabat yang mengambil masa selama lebih kurang satu jam ataupun kurang, bergantung kepada keadaan trafik.
P : " Aku rasa dah bosan la bang..kerja kat pejabat tu. Asyik kena buat benda yang sama jek tiap hari..."
P1 : "Dah berapa lama nko kat pejabat tu..?"
P : "Dah lima tahun. Semua benda aku dah master. Cumanya aku dah bosan. Ada ketikanya sepanjang lapan jam bekerja, aku hanya hasilkan empat keping surat jek..selebihnya aku tenggelam dalam keboringan yang mendukacitakan..."
P2 : "kalau kau boring selalunya kau buat apa?"
P : "Aku pergi ke lokasi lain. Lepak situ kadang hingga berjam-jam. Aku bukannya tak suka pejabat aku. Tapi aku dah boring. Suasana sama. Kawan-kawan sama. Bos pun sama..uiihh.."
Ini adalah sebenarnya satu fenomena yang biasa berlaku di organisasi ini. Dan rasanya dimana-mana organisasi sama sahaja. Kebosanan biasa berlaku di tempat kerja. Banyak faktor yang merangsang perkembangan perasaan tersebut. Antaranya ialah suasana tempat kerja yang memboringkan, sama ada dari segi rakan sekerja yang langsung tidak mendatangkan mood, ataupun ketua jabatan yang terus-terusan memberikan impak yang memboringkan staf, dengan arahan-arahan atau peraturan yang dianggap mengada-ada, tanpa sebarang pertimbangan budibicara.
Bidang kerja yang sama sehingga memakan masa bertahun-tahun juga boleh mendatangkan perasaan bosan yang berpanjangan. Cuba anda bayangkan anda terpaksa melakukan kerja berkaitan latihan, iaitu menjaga kursus, mengeluarkan surat panggilan, mengeluarkan sijil kehadiran, secara berkala sepanjang tahun selama 5 tahun tanpa berpeluang melakukan kerja lain. Kerja lain selain bidang tugas pun adalah merupakan kerja yang sama. tidak mencabar.
Ada staf yang gembira dengan kerja yang sama. biarpun berpuluh tahun duduk di post yang sama tapi sangat jarang berlaku. Kalaupun ada yang mahu kekal dengan tugasan sedia ada, contohnya jaga fail sejak mula berkhidmat hingga masuk tahun ke sebelas perkhidmatan, masih juga bercita-cita untuk dapat jawatan kanan. Masih rasa diri dipinggirkan bila saban tahun rakan-rakan seangkatan sudah dua kali naik ke pentas menerima anugerah cemerlang.
Maknanya setaat mana sekalipun seseorang staf itu terhadap organisasi, pasti dia akan mengalami satu keadaan dimana terasa diri berada pada zon yang memboringkan..
Maka bahagian pengurusan sumber sebenarnya perlu mengenalpasti keadaan ini. Alangkah ruginya kalau staf yang telah berbelas tahun berkhidmat akhirnya angkat kaki kerana tiada sebarang pembaharuan dari segi tugasan, tanggungjawab apatah lagi mata gaji yang lembab...
Wallahu a'lam.
Ulasan